Thursday, September 4, 2008

Takleh Upload

Mula-mula nak mintak maaf dulu kepada semua( mereka tahulah siapa mereka semua yang aku maksudkan) kerana handout yang dijanjikan untuk di upload dalam blog ini tak dapat dilakukan kerana ada masalah-masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Insyallah untuk akan datang masalah ini akan cuba diusahakan untuk kemudahan semua. Sebagai alternatif, sesiapa yang berminat untuk mendapatkan handout tersebut, bolehlah email ke ajaknordin@yahoo.com. Permintaan akan dilayan hanya untuk topik-topik yang telah belajar sahaja.

Puasa oh Puasa

Hari ni dah masuk hari ke 4 puasa dah. Rasa macam kejap je. Cuma aku risau, rasa kejap tu sama ada kerana kita tidak menghargai ramadhan sepenuhnya atau dunia akhir zaman ini masa akan sentiasa cepat berlalu. Ramadhan datang dan pergi..maka beruntunglah orang-orang yang berubah bersama keberkatan Ramadhan. Mudah-mudahan perubahan itu akan berterusan sampai bila-bila..hingga kita di panggil oleh Allah untuk mengadapnya. Cuma dulu aku pernah dengar satu ceramah dari seorang penceramah terkenal Indonesia Ustaz Nursalam al Hafiz, dulu pernah diharamkan di Malaysia atas sebab-sebab tertentu (aku tak tau sebabnya...atau aku tak berani nak tulis...hehehe..). Ceramah tu selepas solat Terawih kat Surau An Nur, Bandar Baru Bangi masa aku ngaji kat UKM dululah, dekatPusat Rawatan Darul Syifa. Dekat-dekat dengan rumah Dr Haron Din tu. Dia kata, dia cukup risau dengan kemungkinan menjadi syirik apabila orang hanya berubah di bulan Ramadhan. Hanya berubah pada Tuhan Ramadhan tapi syirik dengan Tuhan di bulan-bulan yang lain. Orang hanya sembah Allah di bulan Ramadhan tapi menyengutukan Allah pada bulan-bulan lain. Hujjahnya ringkas..kenapa bulan Ramadhan kita jadi baik, tapi selepas Ramadhan orang-orang durhaka pulok. Seolah-olah manusia hanya takut pada Tuhan bulan Ramadhan sahaja, tapi Tuhan bulan-bulan lain manusia tidak takut. Seolah-olah sesetengah orang buat pembahagian seperti itu. Seolah-olah ada Tuhan Ramadhan dan ada Tuhan bulan lain.Fikir-fikirkan jika ada kebenarannya.
Share/Bookmark