Thursday, July 30, 2009

Bercantik-Cantik Untuk Siapa ?

Tajuk yang aku pilih kali ini agak pelik sikit. Bercantik-cantik untuk siapa? Aku sengaja memilih tajuk ini kerana perkara yang nak aku sebutkan ini mungkin juga berlaku pada aku, kalian dan mungkin juga orang lain di sekitar hidup kalian.

Sepanjang hidup kalian, barangkali sudah banyak kali kalian menerima hadiah dari insan-insan yang kalian sayang disekeliling kalian. Mungkin juga kalian sendiri pernah memberikan hadiah kepada insan-insan yang kalian sayang dan cintai dalam hidup ini. Tapi bagi tujuan tulisan ini, aku hanya nak fokus kepada pasangan suami dan isteri, terutama hadiah yang berbentuk hiasan luaran (seperti rantai, gelang, jam tangan, tali pinggang ) dan pakaian(sama ada dalam atau luarnya-seperti baju,seluar, tudung, stokin).

Persoalannya ; Adakah semua hadiah yang kalian hadiahkan tersebut dihargai oleh pasangan kalian.Atau barangkali , kalian juga pernah tidak menghargai hadiah pemberian pasangan kalian.

Sengaja aku lontar perkara ini ,kerana kisah "sadis" seperti ini ada yang sampai ke pengetahuan aku(mungkin juga aku pernah mengalami dan kalian juga pernah mengalaminya).

Dulu-dulu aku tak ambil "pusing" sangat perkara ini. Tapi entah macam mana, tiba-tiba je rasa macam nak ambil "pusing". Bila perkara seperti ini terjadi hanya satu persoalan(tak banyak pun) yang berlegar dalam minda setengah abad aku ni ;

Kalian bercantik-cantik untuk siapa sebenarnya ;
1. Untuk diri sendiri
2. Untuk pasangan kalian yang kalian sayang dan cintai
3. Untuk rakan-rakan pejabat kalian
4. Untuk bos kalian
5. Untuk saja-saja .

Pada aku(kalian terpulanglah) , kalau jawapan kalian selain dari nombor 2, makanya betullah tindakan kalian tidak menghargai hadiah pemberian isteri atau suami kalian. Mudah-mudahan, kalian bahagia atas penderitaan pasangan kalian.

Tetapi jika kalian bercantik-cantik untuk pasangan kalian, sudah tentu kalian akan menghargai setiap pemberian hadiah yang diberikan oleh suami atau isteri kalian, kerana hadiah tersebut pastinya yang "terbaik dan tercantik" pada pandangan mata pasangan kalian. Terimalah hakikat bahawa "kecantikan dan kemachoan" kalian adalah untuk di"nikmati" oleh pasangan kalian, bukan orang lain.

Razak Nordin berpesan ; Anda bagaimana??????????. Sedangkan pelangi pun "mungkin" tidak mengetahui bahawa manusia sentiasa memuji-muji keindahannya. Kerana keindahan itu bukan untuk "dirinya" tapi untuk orang-orang yang memerhatikan. Pada kejadian pelangi itu ada pengajaran untuk orang-orang yang berfikir. Amin.

Manusia Hanya Berikhtiar, Allah Maha Berkuasa

Kebetulan(sebenarnya telah dijadualkan) malam tadi aku jadi "ambulan" untuk bawa pelajar-pelajar kamsis yang sakit bagi kes kecemasan ke hospital. Tambah pulok musim-musim macam ni. Risaulah jugok bila aku bila rakan warden telefon kata ayah pelajar telefon kata anaknya demam teruk. Kebetulan pulok masa tu tengah azan kat Pusat Islam. Aku masa tu memang dah bersiap nak pergi Pusat Islam dengan bapak aku. Jadinya bapak aku tak jadi pilah, terkilanlah jugok aku sebenarnya. Tapi nak buat macam mana. Kita merancang, Allah tentukan.

Lepas solat maghrib kat Pusat Islam,dengan sedikit "kalut dan kebimbangan" aku terus je bawak pelajar tersebut ke Hospital Kangar. Sambil tu sempat gak aku tanya, sakit apa kat pelajar tu. Dia kata gastrik. Laaaaaaa,(masa ni" kalut dan kebimbangan" dah mula hilang), tapi aku tak sebutlah kat pelajar tu pasal bapak dia kata dia demam teruk. Silap maklumat kot.


Sambil-sambil tunggu pelajar tersebut dapatkan rawatan, sempatlah aku sembang-sembang ngan Mak Guard kat situ. Aku saja-saja tanya pasal "topeng" yang dipakai oleh pekerja hospital tu, depa beli kat mana. Hasilnya,sila tengok kat bawah ;



Inilah hasilnya ; aku pun dapat topeng percuma. Mak Guard tu tolong ambilkan. Tq Mak Guard.

Razak Nordin berpesan ; Ikhtiar dari manusia, tapi ketentuan dari Yang Maha Esa. Berdoalah mudah-mudahan kita semua dilindungi dari segala bala atas dosa-dosa yang kita lakukan. Amin

Wednesday, July 29, 2009

Akhirnya Kat S. Petani Sudahnya.

Hanya gambar, tanpa kata-kata.
1. Gambar sekitar makan malam kat Radix Fried Chicken(RFC) kat Laguna Merbok, SP. Happening giler, kata orang sekarang.
2. Gambar mandi-manda kat kolam Hotel Seri Malaysia SP.
















Razak Nordin berpesan ; Bolehlah daripada tak ada langsung.

Indah Khabar Dari Rupa

Percutian yang kami rancang kat Kuala Kurau tidak menjadi kenyataan. Ubah plan untuk bercuti kat Kuala Gula pulok. Akhirnya, kedua-duanya tak menjadi. Kesimpulan puncanya pada aku mudah sahaja, tempatnya indah khabar dari rupa. Tapi sempat jugoklah aku ambik gambar sepanjang perjalanan itu. Sebagai bukti aku p jugoklah ke sana, walaupun tak bermalam di kedua-dua destinasi tersebut.


Muka Poyo aku



Along bergambar kat Kuala Gula
Razak Nordin berpesan ; Jangan mudah percaya .

Sepanjang Perjalanan Ke Kamunting

"Mood" untuk menulis tak mai lagi. So untuk kali ni, gambar jelah yang mampu aku masukkan dulu.













Along makan laksa dengan penuh berselera.










Gerai Bihun Sup yang pasti aku singgah kat RnR Semanggol, Perak.













Senja di lebuhraya













Razin pun tumpang sekaki jugok













Bihun sup yang aku maksudkan.













Susur ke Taiping Utara, sesudah Maghrib

Razak Nordin berpesan ; Singgah-singgahlah kalau jika ingin mencuba.

Friday, July 24, 2009

Sejam Sebelum Bertolak Ke Kamunting

Pertama ;
Aku tulis catatan ni sambil-sambil sembang dengan Jaki Pakleman (Hafizi nama sebenarnya). Bekas student PTSS semester lepas. Dia ni kira paling hansomlah kat kelas tu(janganlah terperasan sesangat pulok). Katanya, esok nak p(pergi) KL(Kuala Lumpur bukan Kelang Lama) pasal ada peperiksaan pengadil peringkat kebangsaan. Aku doakan dia berjaya hendaknya. Ini antara dialog kami ;

ajak nordin: SALAM...STUDY KAT MANA TU
jaki pakleman: dekat umah... ustaz
ajak nordin: ada exam apa pulok
jaki pakleman: study untu peperiksaan pengadil peringkat kebngsaan
jaki pakleman: besok nak g amek exam dekat kl

Kedua ;
Insyaallah, petang ni kalau tak ada aral melintang, hajat hatinya nak balik Taman Lela Satu, Kamunting, Taiping, Perak. Sambil-sambil balik tengok bapak dan mak mertuaku(sian kat bini aku, rindu sangat dah tu) ,cadangnya nak p bercuti kat Kuala Kurau. Bukan apa, sebab hari tu pernah tengok dalam TV tentang resepi kari ikan sembilang. Terliuarlah pulok rasanya. Harap-harap dapatlah" try,cuba, test" tu.

Doa dari kalian amat kami harapkan. Mudah-mudahan perjalanan kami selamat pergi dan balik.

Razak Nordin berpesan ; Bahagiakanlah hati orang tua mu, mudah-mudahan hidup sentiasa dirahmati.

Sajak Kerinduan Seorang Teman

Kerinduan Seorang Teman Kalau Seperti Selalu
Razak Nordin berpesan ; Kadangkala sepi itu indah dan mendamaikan

PTPTN-Tengoklah Sendiri

Sambil-sambil sarapan pagi tadi, tiba-tiba terkeluarlah perkataan PTPTN. Isu ni keluar mungkin kebetulan petang ni ada taklimat daripada PTPTN untuk semua pelajar diploma semester satu. Maka macam-macam andaian yang dibuat tentang PTPTN. Tapi yang pastinya bini aku kena bayar kos perkhidmatan sebanyak RM 65 sebulan,siap ada kolum peringatan lagi kat belakang surat tu{ PERINGATAN ! Kos pentadbiran dikenakan setiap bulan selagi mempunyai baki pinjaman}. Tapi aku tak pastilah bini aku terlibat atau tidak dengan caj yang telah diturunkan baru-baru ini.

Lihat bukti bil PTPTN bini aku ;


(KLIK PADA IMEJ UNTUK LEBIH JELAS)











Razak Nordin berpesan ; Rujuk pada bahagian yang telah dibulat itu.
Razak Nordin berpesan ; Terimakasih kerana bagi pinjam kat bini aku, tapi tengok dan nilailah sendiri gambar di atas.

Sepandai-Pandai Tupai Melompat

Pagi tadi, secara tak sengaja tertengok(tak sengaja kerana bukan aku yang buka TV) segmen keratan akhbar kat TV3. Sambil-sambil duk bersiap, tiba-tiba terdengar suara Mazidul Akmal Sidek membacakan lalu tertengoklah aku satu keratan akhbar yang tertulis dan terpampang di kaca TV "Dua Peragut Maut". Sekali imbas macam muka depan je. Tapi tidak pasti akhbar apa, cuma yang perasan warna merah kot kat headernya .

Selalunya aku tak layan sangat TV pagi-pagi begini. Terutama channel kecik-kecik ni. Channel aku selalunya 811 dan ke ataslah. Mungkin nilai berita yang menarik itu, lalu menarik aku untuk menjadi tertarik untuk ambil tahu walaupun sedikit.

Nilai berita maksud aku, selalunya mangsa ragut yang maut, hari ini peragut yang maut. Aku tak nak ulas panjang-panjanglah. Nanti tersalah ulas, payah pulok jadinya. Cuma aku nak berpesan macam biasalah.

Razak Nordin berpesan ; Sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh ke tanah juga.

Thursday, July 23, 2009

Puteriku...Penyejuk Hati Abi





Razak Nordin berpesan ; Mudah-mudahan Nur Syuhada Najihah bt Razak menjadi muslimah sejati untuk Allah, Rasulnya serta Abi dan Umi.

Mereka Pernah berkata

"Bagi saya lebih baik muflis daripada mati!" -Sirivat Voravetvutthikun, Broker saham yang bertukar menjadi penjaja sandwich.

"Ketika saya tiba di Amerika-BOOM! Pertama, saya tidak tahu cakap bahasa Inggeris. Dan kedua, tak ada seorangpun yang kenal saya-semasa saya berjalan di jalan raya, tak ada seorangpun yang ambil peduli.-Jackie Chan.

Kerana tidak mampu menyaranya semasa bayi, ibu bapa Jackie telah mempertimbangkan untuk menjual beliau dengan harga US$ 26.00 (RM 65.00) kepada pakar obstetrik Inggeris yang menyambut kelahiran beliau. Ketika masih seorang kanak-kanak berumur 7 tahun, beliau telah diperantiskan di Akademik Opera China yang terkenal kerana kedahsyatannya, tempat beliau terpaksa menahani jadual latihan menyeksakan, dalam bidang muzik, tarian dan seni bela diri tradisional Cina, dari jam 5 pagi hingga tengah malam selama 10 tahun. Latihan yang diterimanya sungguh keras dan kejam, yang mana para pelatih dipukul dan tidak diberi makan jika tidak menunjukkan prestasi memuaskan.

"Susah benar, susah benar", kata Jackie. "Jadi, daripada saya cuba meniru dia (Bruce Lee), lebih baik saya menjadi diri saya sendiri."

Pada suatu masa dua orang pembantu Thomas Edison yang kecewa berkata : "Kami baru sahaja menyiapkan ujikaji kami yang ketujuh ratus dan kami masih belum mendapat jawapannya. Kami telah gagal."

"Tidak sahabat-sahabatku, kamu belum gagal," jawab En. Edison. "Hanya yang sebetulnya kita yang lebih mengetahui tentang perkara ini daripada sesiapa pun yang hidup ketika ini. Dan kita yang lebih hampir mendapat jawapan kerana kini kita tahu tujuh ratus perkara yang tidak patut kita buat. Anggaplah ia suatu "pendidikan".

(Dipetik dari buku "BERANI GAGAL"-Pengarang Billi P.S. Lim)


Razak Nordin berpesan ; Kalau tiada hujan mana mungkin munculnya pelangi.

Wednesday, July 22, 2009

Tersayang, Tercinta-Berbezakah Untuk Suami dan Isteri

Aku perasan perkara ini bila membaca buku "ADUHAI SUAMI" yang pernah aku promosikan dalam blog ini sebelum ini. Perkataan "tersayang, tercinta" mungkin membawa makna yang berbeza apabila ia disebutkan oleh seorang suami atau isteri. Kelihatannya macam sama,mungkin sama dan mungkin jugok berbeza.

Razak Nordin berpesan ; Berwaspadalah wahai isteri-isteri bila sang suami selalu mengungkapkan isteriku 'tersayang' atau isteriku "tercinta".

Razak Nordin berpesan ; Kepada pengunjung blog ini, susi-sudilah bagi komen tentang perkara ini, saja nak melihat adakah persepsi kita sama atau berbeza.

Razak Nordin berpesan ; Tunggu komentar pengunjung untuk respon seterusnya.

Sarapan Pagi Rabu dan SMS Seorang Sahabat

Pagi ni aku ada terima sms dari seorang sahahat dari Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah. SMS tersebut ditulis begini "Terimakasih. Yusaini berpesan : ingat penyakit, tengok perut. Tolong la krgkan lemak2 d bdn tu."

Sebelum tu, kesempatan ni, aku nak ucap terima kasihlah atas pesanan yang amat baik tu. Cuma masalahnya, masalah lagi aku ni, mampukah aku untuk istiqamah untuk membuang tital "YB" tu. Azam dan semangat tu ada, cuma macam tahi ayamlah, hangat kejap je. Mudah-mudahan lepas ni aku kena ingat konsep "ASRS" yang aku dapat masa kursus CPCM tempohari.

Tengok gambar ni ;





(GAMBAR "MUKA" TERPAKSA DI"CLEAR"KAN ATAS BEBERAPA FAKTOR..HUHUHU)

Tu dia, sarapan pagi ke makan pagi, aku pun tak pasti. Masa ni baru sudah buat solat sunat gerhana matahari kat Pusat Islam.

Razak Nordin berpesan ; Gambar itu bukan "AKU" tapi sahabat-sahabat seperjuanganku.
Razak Nordin berpesan ; Jadi "YB" ("YB" Yang Boroi, Yang Buncit) boleh gagah lagilah, tapi jangan sampai jadi "YAB" dahlah, lagi parah.("YAB" Yang Amat Boroi, Yang Amat Buncit)

Tuesday, July 21, 2009

Umi Pusing Kepala atau Kepala Pusing

Hari ni Umi tiba-tiba pusing kepala atau kepala pusing(ntahlah mana satu betul ni). Ntahlah pasal apa. Datang tiba-tiba je katanya. Mahu tak mahu, terpaksalah aku ambik alih tugas Umi uruskan anak-anak pagi ni. Selalunya, rutin pagi aku kalau Umi ada lain sket. Pertama, buatkan susu(bukan minum susulah) untuk Kakak dan Angah(lain macam je bunyinya tu-nak dapat adik kot).Kedua, start(hidupkan enjin) Kelisa dan Innova, sambil tu, angkat beg serta kerusi Angah masukkan dalam Innova aku.Pagi ni, aku rangkum semua sekali..hehehe. Tapi aku tak kisah sangat. Dah biasa macam tu.hehehe(berapa kali nak gelaklah)

Dalam pukul 9 pagi gitu, aku mintak izin ngan Ketua Jabatan nak bawak bini p klinik jap. Nak suruh bini memandu sendiri, kepala pening katanya. Ingat nak p dekat je, klinik swasta kat Arau(nama dirahsiakan atas alasan keselamatan..huhuhu). Yang lawaknya,masa aku sampai tu, klinik dah buka, tapi pembantu klinik kata, doktor malam baru ada. Kenapa semua itu harus terjadi. Malas aku nak fikir, setakat tulis ni aku laratlah.

Tanpa sebarang kata, aku start Innova semula, bergerak hanya dengan satu matlamat(masa tu aku bermonolog sendiri je), cari klinik yang paling dekat dalam perjalanan ke Kangar. Nasib baik klinik Adnan kat Jejawi bukak. Oklah, tunggu pun kira kejap jerlah. Cuma ada satu soalan yang buat aku suspen jugoklah tadi.

Dialog antara Dr ngan Bini Aku(Aku kat belakang, memasang telinga yang memang sudah terpasang)
Dr : Ya, sakit apa?
Bini Aku: Kepala pusing Dr.
Dr : Ada muntah-muntah ngan cirit-birit ke?
Bini Aku: Ada, 2 kali, kul 3 sekali, masa nak mari sani sekali.
Dr : Ok, mai saya periksa tekanan darah,(sambil tu Dr menambah, ngandung kot-soalan ni yang buat aku suspen)
Bini Aku : Tak kot(sambil gelak2 orang sakit-macam terpaksa je)

Aku bermonolog sendirian : Setahu aku benih yang ku tanam, selalunya diracuni oleh Marcelon.
Aku bermonolog lagi ; Aku pasrah.

Selesai urusan di klinik, balik hantar bini jap. Kos semuanya termasuk ubat dan MC sehari RM 26.00. Standardlah tu kata orang sekarang. Sampai pejabat semula kira-kira jam 10.20 pagi. Harap-harap, apa yang telah aku lakukan itu bukan satu dosa di sisi Allah yang Maha Esa. Aku terpaksa.

Razak Nordin berpesan ; Yang terbaik ialah apa yang telah ditakdirkan untuk kita.
Razak Nordin berpesan ; Berdoalah sentiasa, semoga rahmat Ilahi sentiasa bersama kita.

Sekeping Kad, Seribu Makna



Razak Nordin berpesan ; Berbahagialah selagi mampu.

Hanya Untuk Lelaki




Razak Nordin berpesan ; Iklan Tidak Berbayar Sementara Sahaja.

Monday, July 20, 2009

Belum Pasti, Kemungkinan Tetap Ada

Semalam aku dapat satu berita baru. Sumbernya(dirahsiakan atas faktor keselamatan-hehehe) kira pastilah. Cuma keputusan je belum muktamad kata depa(ganti nama ketiga-jangan ditanya siapa depa yang aku maksudkan). Berita gembiranya,jawatan Pengurus Kualiti telah ditiadakan. Maka secara automatik, aku pun digugurkan sekalilah dari jawatan tersebut. Alhamdulillah, syukur (anggaplah perkataan ini takder, pasal aku sebut dalam hati je).

Tapi dengar citernya aku akan diamanahkan dengan satu tugas baru yang agak mencabar jugak kata depa(tul ke mencabar). Sumber tidak rasmi mengatakan aku akan dilantik sebagai Pengerusi/Pengurus 5S. Betul ke. Kita tunggu dan lihat. Datang tidak diundang, pergi tidak diusir. Meniarap makan pasir, telentang menadah embun. Itulah resam dunia.

Razak Nordin berpesan ; Aku yang nenurut perintah.
Razak Nordin berpesan ; Setakat hari ni tak taulah makna 5S yang dimaksudkan, 5S versi aku adalah (Selak Sikit Sikit Senyap Senyap).

Razin Semakin Macho






Razak Nordin berpesan ; kadangkala cukup sekadar gambar, tanpa kata-kata.

Catatan Pagi Isnin

Pagi ni aku tak nak tulis banyak2lah. Mood menulis tak kunjung tiba lagi ni sejak p kursus CPCM tempohari. Walaupun sebenarnya banyak benda yang berlegar dalam benak kepala aku yang aku nak curahkan ni.
Saja nak berkongsi hasil kursus personaliti power(lama dah kursus ni,cuma baru pagi ni tergerak hati nak kongsikan diblog ini) ;

LIMA HABIT PERSONALITI POWER
1. PANDAI AMBIL PELUANG
2. JANGAN MALU JIKA BENAR
3. USAHA YANG SEMPURNA
4. BERANI
5. BERFIKIRAN POSITIF

Razak Nordin berpesan : Mulakan pagi ini dengan senyuman

Tuesday, July 14, 2009

Sebelum Pergi Kursus CPCM

Kat sini saja aku nak maklumkan bermula hari ini 14-17 Julai 2009, aku akan menghadiri kursus Career Path Competency Matrix(CPCM) Seri Malaysia, Kulim, Kedah. So kemungkinan blog aku ni tak dapat di update dalam tempoh tersebut. Jika diizinkan Allah, kita akan bertemu lagi minggu depan. Mohon maaf kepada pengunjung setia blog ini(ada ke..huhuhuhu..harap2 adalah tu sorang dua).

http://www.jppkk.gov.my/esis2/latihan/utamaesis.jsp

Razak Nordin berpesan ; Harap-harap dapat laluinya dengan tabah.

Monday, July 13, 2009

Kelmarin Dulu dan Kelmarin

Entahlah pasal apa, hari minggu kali ini agak melemaskan. Maybe pasal kepala aku ni rasa berat jer. Ntahlah pasal apa pulok. Lama dah tak jadi macam ni. Hujan pun mencurah2 jugoklah(orang ganung kata kira dok celik matelah-matahari dok celik mate tu maksudnya).

Tapi hari Sabtu tu, sempatlah p servis "kekasihku" kat Kangar. "Kekasihku" yang ni kena jaga betul2lah sket. Pasal mas kahwinnya mahal. Bila dah sakit nanti payah pulok nak cari ubatnya.huhuhu. Servis kali ni kenalah RM 206.10



(BUKTI BIL)

Keduanya, hari sabtu jugok,bapa dan mak mertua datang ziarah kami anak beranak kat Perlis ni. Kesempatan ni, aku nak ucap terima kasihlah kat bapa dan mak mertuaku kerana sudi mai melawat kami anak beranak kat Perlis ni. Maaflah kalau layanan kali ini tak berapa istimewa. Makan kat umah jer, pasal susah nak kuo hujan2 ngan anak2 ni. Siap bawak buah durian lagi tu(sempatlah berkelah depan umah aku -ajak Abe De, Taiko dan En. Dzul makan sekali-harap2 tu oklah kot-berkelah pagi Ahad ), cempedak, rambutan, serta kuih2(maaf, aku tak ingat nama kuih tu). Rindu kat cucu kata depa(kat aku pun rindu jugok kot, maklumlah satu-satunya menantu lelaki, hansom giler pulok tu). Untuk makluman, bini aku tu satu-satunya anak perempuan bapa dan mak mertua aku-tulah pasalnya.

Hari Ahad pulok duk lepak umah je. Kepala masih terasa berat lagi. (sempatlah berkelah depan umah aku -ajak Abe De, Taiko dan En. Dzul makan sekali-harap2 tu oklah kot

Akhirnya satu kerja pun tak jadi. Perancangan yang tadi pada hari Ahad :

1. Nak p tengok2 umah kat matrikulasi Changloon-saja nak tengok2 dulu
2. Nak p HPA beli barang2 sket
3. Nak main takraw.
Maka jadilah hari Ahad semalam tu, hari "nak" jelah, tak jadi pun. Kita merancang, Tuhan yang tentukan, aku akur.

Ketika aku menulis ni pun, kepala aku masih "berat" lagi ni. Harap2 sket2 masa lagi oklah tu. Aku bermohon padamu ya Allah.

Friday, July 10, 2009

Iktibar Dari Khutbah Jumaat 10 Julai 2009

Hari ni khatib telah membicarakan tentang penyucian jiwa atau hati yang perlu dilakukan oleh setiap individu muslim. Bandingan mudahnya, jika pakaian dan juga tubuh badan yang tidak dicuci akan menjadi semakin hari semakin kotor, begitulah juga dengan hati manusia. Khatib mengingatkan, walau sesibuk mana pun kita dengan kehidupan ini, carilah ruang masa untuk setiap dari kita untuk membuat muhasabah, bertaubat dan menyucikan hati-hati kita yang mungkin penuh kekotoran. Kadang-kadang kekotoran itu tidak cukup dengan sekali cuci untuk menhilangkannya. Begitu jugalah dengan hati-hati manusia. Perlukan istiqamah dan mujahadah.

Ingat pesan Rasullullah s.a.w : Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat
Kata aku : Ambillah pengajaran walaupun hanya satu dari sekelian banyak pengajaran yang ada di dalamnya, daripada tak dapat apa-apa langsung.

Mudah2an akan jadi seperti kata perpatah "Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain"

Mesyuarat Jabatan

Baru kejap sakni selesai mesyuarat jabatan. Adalah beberapa perkara penting yang perlu diambil perhatian. Ada yang sempat aku catatkan, ada jugok "tangan keluar"(hand out) yang diedarkan oleh KJ. Ada kat bawah ni ;



(KLIK PADA GAMBAR UNTUK LEBIH JELAS)
Oklah, perut tiba2 sakit ni.......argggggggggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..nanti sambung balik .......

Thursday, July 9, 2009

Menu Sarapan Pagi(Selalunya)

Aku pun sebenarnya dah larat nak makan menu sarapan sama tiap2 pagi ni. Tapi apakan daya. Terpaksa jugak makan nasi lemak. Kalau setakat kueh, mana leh tahan perut aku ni. Nasib baik ada Kopi Radix"mai secawan". Kalau kat kampung aku (Kg. Bukit Kulim, 21600 Marang ,Terengganu) macam2 ada. Nasi Minyak, Nasi Dagang, Tepung Kapur,Laksam, Lempeng, Buah Bom,Paung, dll lagilah, silap2 "kepok gete" pun ada pagi2 buta tu.

Sarapan pagi aku selalunya ;
1. Nasi Lemak 2 bungkus(yang "maker biru" biasanya lagi sedap)
2. Karipap lembut(dalamnya ada inti)
3. Kopi Radix(yang ori punya)
4. atau air mineral..

Jom tengok2..



p/s : Kalau kebetulan p Jertih,Ganung, jangan lupa singgah pekena Mee Rebus Jusoh dulu. Kedai tu lokasinya "tepi bawah" jambatan Jertih,kalau tak jumpa gak, tanya2lah orang kat situ, mesti kenal punya. Glamour tu, tanyalah Abe De kalau tak percaya..hehehe

Gambar-Gambar Sekitar Program Kenal Mesra Sesi Julai 2009 PTSS


Orang Kamera Dengan Gaya Tersendiri





Jejaka Macho Sedang Meng"ayat" awekz2..Macam mana, ada harapan ke...hehehe



Fasi Yang Keletihan, Jasamu Tetap Di Kenang

Ini adalah sebahagian gambar-gambar yang semput aku "pukul"(bahasa buku maknanya ambil atau tangkap) masa Majlis Perasmian Program KenaL Mesra(PKM) tempohari. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah PTSS.

Menunggu Ke Pulanganmu.

Insyaallah malam ni orang umah aku sampailah. Kebetulan pulok malam jumaat. Tambah pulok seminggu dah kena tinggal ni.(hehehe..padahal 3 malam je). Saja gempak Abe De.
Apa yang terjadi selepas bini sampai umah tu takleh aku citer kat sini. Im sorryyyyyyyy.
Apapun, doaku mudah-mudahan dia selamat sampai bersama rindu dan kasih sayangnya untuk Razak Nordin(akulah tu), Nur Syuhada Najihah(along yang sentiasa tanya Umi p mana) dan Ruknuddin Razin Raziq(si kecik macho yang masih tak mengerti erti sebuah kerinduan).

p/s :1.Lauk untuk makan malam ni pun aku dah beli, 3 jenis lagi tu.
2. Harap2 Abe De tabah ditinggal isteri selama 2 minggu untuk p induksi. Kira TnG jelah Abe weh....huhuhu...

Wednesday, July 8, 2009

Petang Rabu 8 Julai 2009

Aku postkan coretan ini lepas bagi taklimat ISO 9001:2008 kat pelajar2 baru sempena minggu Program Kenal Mesra(PKM) Sesi Julai 2009. Ikut jadualnya pukul 2.15 mulanya..makanya aku pun sebelum jam 2 dah sampai kat Dewan Besar.Itu memang stail aku kat mana2 pun. Masa tu pelajar2 takdok semua lagi. Adalah setompok(sekumpulan pelajar2 pempuan(perempuan) duk sain autograf ngan kakak2 Fasi (agak aku yang bercuti wajib kot).Awal lagi kot masa tu, aku bermonolog sendirian. Tunggu punya tunggu, jam 2.15 pun tak masuk jugok pelajar-pelajar baru ni. Rupa2nya AJK PKM buat "sport cek" mengejut kat budok2 baru,so lambatlah jadi.(Itupun setelah aku didatangi ketua Fesi untuk maklumkan perkara tersebut kat aku). Dikuti oleh Fasi-Fasi lain jugoklah.Depa pun risau jugok kot tengok aku tunggu lama. Aku macam biasa cool je dalam dewan yang amat sejuk tu. Bagi aku tak kondusif dah tu. Kondusif yang aku faham selesa, bukan sejuk.

Nasib baik aku ada bawak buku ADUHAI SUAMI. Sempat jugaklah baca beberapa topik. Best jugok,ringkas dan santai. Sampai adakalanya aku gelak sorang2.(jap2 ye, ada orang tel, no tel PTSS naik ni, rupanya kak Nurul Unit Exam tel-aku panggil dia kakak walaupun aku lebih tua, lebih mesra begitu)

Ok, sambung balik. Akhirnya dekat2 kul 2.50 baru start, kul 3.20 aku pun stoplah. Aku bagi yang asas2 je. Depa semua pun aku nampok tak larat benor dah. Kebetulan Ustaz Iruwan pun dah sampai untuk bagi taklimat Ko-Kurikulum( aku pun ada tel dia suruh mai awai sket). Tak tahulah gini pulok jadinya.

Last sekali aku sebut kat pelajar-pelajar baru. Aku sebut "INGAT TAKLIMAT KUALITI, INGAT ISO 9001: 2008 YANG DIAMALKAN DI PTSS BERMULA 06 JULAI 2009"

Kalau depa ingat yang ni pun dah kira oklah daripada tak ingat apa2 langsung.

Suatu Malam Di Radix Chicken House (RCH)






RCH ni taklah jauh sangat dari rumah aku.Tepi jalan antara Kodiang-Arau,kawasan Jelempok kot lebih kuranglah tu. Kebetulan pulok abang, kak ipar, serta anak2 buah mari dari ganung, sempatlah aku bawak semua p merasa(tanda sokongan kepada barangan muslim). Sempat jugoklah ambik gambo beberapa keping. Tapi bila ambik gambar malam je, mesti tak clear. Ini yang buat aku gerammmmmmmmmmm ni. Tapi tak per, aku buhlah jugak.