Friday, July 24, 2009

Sepandai-Pandai Tupai Melompat

Pagi tadi, secara tak sengaja tertengok(tak sengaja kerana bukan aku yang buka TV) segmen keratan akhbar kat TV3. Sambil-sambil duk bersiap, tiba-tiba terdengar suara Mazidul Akmal Sidek membacakan lalu tertengoklah aku satu keratan akhbar yang tertulis dan terpampang di kaca TV "Dua Peragut Maut". Sekali imbas macam muka depan je. Tapi tidak pasti akhbar apa, cuma yang perasan warna merah kot kat headernya .

Selalunya aku tak layan sangat TV pagi-pagi begini. Terutama channel kecik-kecik ni. Channel aku selalunya 811 dan ke ataslah. Mungkin nilai berita yang menarik itu, lalu menarik aku untuk menjadi tertarik untuk ambil tahu walaupun sedikit.

Nilai berita maksud aku, selalunya mangsa ragut yang maut, hari ini peragut yang maut. Aku tak nak ulas panjang-panjanglah. Nanti tersalah ulas, payah pulok jadinya. Cuma aku nak berpesan macam biasalah.

Razak Nordin berpesan ; Sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh ke tanah juga.

No comments: