Tuesday, July 21, 2009

Umi Pusing Kepala atau Kepala Pusing

Hari ni Umi tiba-tiba pusing kepala atau kepala pusing(ntahlah mana satu betul ni). Ntahlah pasal apa. Datang tiba-tiba je katanya. Mahu tak mahu, terpaksalah aku ambik alih tugas Umi uruskan anak-anak pagi ni. Selalunya, rutin pagi aku kalau Umi ada lain sket. Pertama, buatkan susu(bukan minum susulah) untuk Kakak dan Angah(lain macam je bunyinya tu-nak dapat adik kot).Kedua, start(hidupkan enjin) Kelisa dan Innova, sambil tu, angkat beg serta kerusi Angah masukkan dalam Innova aku.Pagi ni, aku rangkum semua sekali..hehehe. Tapi aku tak kisah sangat. Dah biasa macam tu.hehehe(berapa kali nak gelaklah)

Dalam pukul 9 pagi gitu, aku mintak izin ngan Ketua Jabatan nak bawak bini p klinik jap. Nak suruh bini memandu sendiri, kepala pening katanya. Ingat nak p dekat je, klinik swasta kat Arau(nama dirahsiakan atas alasan keselamatan..huhuhu). Yang lawaknya,masa aku sampai tu, klinik dah buka, tapi pembantu klinik kata, doktor malam baru ada. Kenapa semua itu harus terjadi. Malas aku nak fikir, setakat tulis ni aku laratlah.

Tanpa sebarang kata, aku start Innova semula, bergerak hanya dengan satu matlamat(masa tu aku bermonolog sendiri je), cari klinik yang paling dekat dalam perjalanan ke Kangar. Nasib baik klinik Adnan kat Jejawi bukak. Oklah, tunggu pun kira kejap jerlah. Cuma ada satu soalan yang buat aku suspen jugoklah tadi.

Dialog antara Dr ngan Bini Aku(Aku kat belakang, memasang telinga yang memang sudah terpasang)
Dr : Ya, sakit apa?
Bini Aku: Kepala pusing Dr.
Dr : Ada muntah-muntah ngan cirit-birit ke?
Bini Aku: Ada, 2 kali, kul 3 sekali, masa nak mari sani sekali.
Dr : Ok, mai saya periksa tekanan darah,(sambil tu Dr menambah, ngandung kot-soalan ni yang buat aku suspen)
Bini Aku : Tak kot(sambil gelak2 orang sakit-macam terpaksa je)

Aku bermonolog sendirian : Setahu aku benih yang ku tanam, selalunya diracuni oleh Marcelon.
Aku bermonolog lagi ; Aku pasrah.

Selesai urusan di klinik, balik hantar bini jap. Kos semuanya termasuk ubat dan MC sehari RM 26.00. Standardlah tu kata orang sekarang. Sampai pejabat semula kira-kira jam 10.20 pagi. Harap-harap, apa yang telah aku lakukan itu bukan satu dosa di sisi Allah yang Maha Esa. Aku terpaksa.

Razak Nordin berpesan ; Yang terbaik ialah apa yang telah ditakdirkan untuk kita.
Razak Nordin berpesan ; Berdoalah sentiasa, semoga rahmat Ilahi sentiasa bersama kita.

No comments: