Monday, August 31, 2009

Hari Pertama di Taman Lela, Kamunting

HARI PERTAMA(29.08.2009)
Bertolak dari Arau kira-kira jam 9.28 minit pagi. Bersama doa dan harapan kepada Allah Maha Berkuasa agar semuanya berjalan lancar. Selamat pergi dan kembali untuk meneruskan sisa-sisa perjuangan di bidang yang aku pilih ini.
Alhamdulillah, perjalanan yang agak mendamaikan. Meredakan sikit mana-mana ketegangan-ketegangan minda dan fizikal yang bersarang dalam diri ini. Memandu di lebuhraya adakalanya mendamaikan dalam "kerisauan".
Bila sampai sahaja di area Jitra, mata mula rasa mengantuk yang amat sangat. Padahal baru lebih kurang setengah jam memandu. Bukan lama pun. Barangkali inilah antara masalah utama kebanyakkan pemandu termasuk aku juga. Aku gagahkan juga mata ini menahan mengantuk yang amat sangat itu sehingga ke RnR Gurun, Cadangnya hendak singgah lelapkan mata sekejap di situ. Sampai di RnR Gurun, mata masih mengantuk dan aku pun singgahlah seperti yang dirancangkan. "Malangnya" lelap mata yang diingini itu tidak dapat di"langsai"kan. Objektif kira tidak tercapailah.
Apa tidaknya. Ketika isteriku ambil peluang untuk ke tandas. Anak-anak pula mengambil peluang untuk memanjat-manjat tubuh badan montelku yang semakin "slim" ini. Makanya tidak dapatlah aku hendak lelapkan mata barang sekejap cuma. Selalunya bukan lama pun, cukuplah 10-15 minit. Lepaskan mengantuk kata orang.
Bila isteri sudah selesaikan "hajat"nya. Ku teruskan perjalanan ke Kamunting tanpa melangsaikan hutang mengantukku itu. Tapi kali ini, tidaklah semengantuk tadi lagi. Mata makin segar dan bugar. Harap-harap, segar dan bugarnya sampai ke Kamuntinglah.
Kelancaran perjalanan agak terganggu sikit akibat hujan lebat selepas aku bertolak dari RnR Gurun. Area Sungai Petani kalau tidak silap. Sebelum sampai ke Tol Sungai Dua hujan sudah mula reda. Sempatlah juga aku ambil beberapa keping gambar tapi tidak bercadang hendak "letakkan" di sini.
Perjalanan selepas itu alhamdulillah berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Sampai di Taman Lela Satu lebih kurang pukul 12.30 tengahari. Sebelum itu, singgah sekejap di HPA Kamunting untuk dapatkan Radix Jumbo, Radix Oren dan juga air mineral. Masa sampai di Teman Lela, mataku amat mengantuk. Selesaikan mana yang patut dan aku lenakan diri sehingga jam 3 lebih untuk bangun solat jamak.
Diringkaskan. Di sini aku dapat suatu pengalaman baru berbuka puasa. Macam-macam juadah serta bebarapa jenis lauk-pauk dihidangkan. Nama-nama juadah tersebut aku tidaklah ingat sangat. Sebabnya aku bukan "jenis" peminat kuih-muih. Selalunya cukuplah berbuka dengan sedikit air, nasi dan memadai satu jenis lauk sahaja. Pauknya tidak ada pun tidak mengapa. "Razak tak kisah" . Tapi "tang" lauk pauk tu aku boleh ingat sikit-sikit. Paru-paru goreng, daging masak kurma, udang goreng, ketam rebus, taugeh besar dan beberapa jenis lagi yang aku tidak berapa ingat. "Maybe" orang putih kata, itulah satu petunjuk atau lambang seronoknya hati orang tua bila anak-anak, cucu-cucu serta menantu balik untuk berbuka puasa sama-sama . Selalunya makan berdua sahaja. Makan sahaja mana yang ada.
Satu lagi perkara yang aku hendak kongsikan di sini ialah pasal solat terawikh di surau Nur Khairiah, Taman Lela Satu. Menariknya, inilah pertama kali aku solat terawikh dalam surau yang ada "econ". Kira berhawa dingin jugalah aku malam pertama tu. Setakat yang aku tahu, semua itu hasil sumbangan ahli jemaah surau tersebut, bukan "subsidi" kerajaan pun. Suatu yang boleh dicontohi pada hemat akulah. Berdikari dari meminta-minta. Menambah kecintaan kepada hasil titik peluh sendiri. Mudah-mudahan ukhwah ahli-ahli jemaah semakin kuat dan teguh serta kekal selamanya.
Lepas 4 rakaat solat terawikh, diselangi pula dengan tazkirah ringkas selama lebih kurang 30 minit lebihlah. Kukira budaya yang sudah diterima pakai oleh semua jemaah di situ. Mereka tidak menampakkan sebarang kegelisahan dan terpancar keseronokan. Cuma aku sahaja rasa "tegang sikit" pasal lenguh pinggang dan belakang duduk bersila lama-lama. Sedang mereka yang "veteran" disekeliling aku nampak "steady" je. Terasa "koman spanarnya" diri ini. Dan pertama kalinya malam tersebut solat terawikhku berakhir lebih kurang jam 10.45 minit malam.
Razak Nordin berpesan ; Dan sesungguhnya banyak iktibar yang aku kutip sepanjang hari pertama berhujung minggu di Taman Lela Kamunting, Taiping, Perak. Catatan hari kedua Insyaallah akan menyusul.
Razak Nordin berpesan ; Sebelum sampai RnR Gurun, aku terima panggilan dari En. Rashdan Rashid untuk sediakan teks ucapan Tuan Pengarah sempena perasmian sempena Seminar Pemantapan Akidah pada 5 September 2009. Ok bos...bisa di atur setakat yang terdaya dan termampu kerana aku bukanlah yang terbaik . Aku hanya golongan marhain dan insan kerdil di pinggir kosmos milik Tuhan.
Ditulis dari bilik tengah
Dirumah 203, Jalam Limbat
Taman Lela Satu
Kamunting, Perak.

Beberapa Persoalan Ramadhan Tapi Anda Malu Hendak Bertanya

Beberapa Persoalan Ramadhan Tapi Anda Malu Hendak Bertanya. Kepada sesiapa yang berminat, bolehlah klik di sini.
Razak Nordin berpesan ; Permudahkan...permudahkan...permudahkan..untuk manfaat manusia seluruh alam.

Saturday, August 29, 2009

Sebelum Bertolak Ke Taman Lela Kamunting

Sebelum bertolak ke Taman Lela Kamunting Taiping Perak pada pagi yang damai ini, sempatlah aku uploadkan gambar-gambar aku, Razin dan Syuhada kat blog aku yang satu lagi. Bukan apa. Pagi ini tidaklah rajin sangat untuk aku menulis...hehehe. Untuk kepuasan diri semata.


Syukur alhmadulillah, Along nampaknya sudah semakin sihat. Bangkit-bangkit tidur terus boleh melawak, kira sihat sikitlah kot pada perkiraan aku. Risau juga hati ini. Hampir seminggu tidak berapa sihat seperti yang aku pernah ceritakan seminggu lepas. Bila makan ubat, oklah sekejap, lepas itu tidak larat pulok jadinya. Makan pun tak nak. Cengkung muka, kempis perutnya dan bertambah keciklah puteri sulung aku ni.


Malam tadi, selepas berbuka puasa. Keadaannya masih tidak larat dan asyik baring-baring serta tidak aktif langsung seperti biasa. Lalu isteriku dengan kerisauan seorang ibu cadangkan padaku untuk bawa Along ke klinik. Nurani seorang Abi seperti aku pun kesian juga tengok keadaan Along. Lemah dan tidak bermaya.


Lepas solat maghrib serta bersiap, cadangnya hendak ke klinik paling dekat sahaja di pekan Arau. Maklumlah aku pun hendak berterawikh secara berjemaah serta kebetulan 'duty' pula malam tadi. Malangnya klinik tutup pula. Terus ke Jejawi sebelum sampai ke bandar Kangar, tutup juga. Mungkin doktor pergi solat terawikh kot. Meneruskan pencarian ke Kangar. Alhamdulillah ada juga klinik yang bukanya , tapi pukul 9.30 baru doktor ada kata pembantu klinik tersebut. Akhirnya kami pergi ke klinik Menon di pekan Kangar juga. Walaupun pesakit-pasakit agak ramai, tapi aku tidaklah risau sangat. Pasal setahu aku, klinik Menon tersebut ramai doktornya. Lagipun aku sebenarnya bukan ada banyak pilihan pun . Maklumlah malam Ramadhan. Bila ada klinik yang buka, kira sudah cukup baiklah.


Kepala masa itu bercelaru juga. Pikirkan pasal anak yang kurang sihat. Pasal solat terawikh yang terpaksa dibuat secara solo serta duty pulok pada malam tadi. Tapi takperlah, masalah jika ada, kena selesai satu-satulah, mana boleh sekaligus. Syukurlah Along demam biasa sahaja. Pasal ulser dalam mulut kata doktor. Balik dari klinik kurang lebih pukul 10.10 malam sampailah ke rumah. Selesaikan mana yang patut dan terus ke pejabat warden. Sampai sana lebih kurang pukul 10.14 minit malam. Selepas pusing-pusing tinjau kawasan kamsis, sempat jugalah aku tunaikan solat terawikh walaupun secara solo. Syukur alhamdulillah.
Razak Nordin berpesan ; Semasa aku menekan butang "publish post" ini, Along sudah agak sihat dan aktif macam biasa. Harap-harap sihat walafiat sentiasa.

Thursday, August 27, 2009

Tazkirah Ringkas-Siapa Yang Merindui Ramadhan

Pagi tadi aku diamanahkan oleh Ketua Jabatan untuk menghadirkan diri ke Forum Penghayatan Ramadhan Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan 2009, di Dewan Warisan, Kangar. Boleh lihat di bawah ini ;
Backdrop Utama


Sabar Menanti Kehadiran Peserta Lain dan Ahli-Ahli Forum


Masih Sabar Menanti, Terus Menanti

Salah Seorang Peserta Contoh, Siap Buat Catatan Lagi Tu
(Lihat Bawah)


Sumbangan Ikhlas Buah Kurma Untuk Peserta

Kerusi-kerusi masih menunggu "tuan-tuannya"


Gambar-gambar di atas hanyalah sebagai "bukti" kehadiran kami ke forum tersebut. Apa yang aku hendak kongsikan disini ialah suatu perkara yang disebut oleh ahli forum daripada banyak-banyak perkara yang disebutkan.

ADAKAH KITA MERINDUI KEDATANGAN RAMADHAN?
Persoalan ini telah dilontarkan oleh salah seorang ahli forum untuk renungan semua yang hadir termasuk aku. Rasanya ada benar jugak apa yang cuba dilontarkan itu.
Apa tidaknya kata ahli forum tersebut. Antara hujahnya ialah lihatlah reaksi setiap dari kita apabila hendak menyambut kedatangan Ramadhan. Mungkin ini antara kata-kata yang terkeluar dari mulut antara kita ;
1. Laaa, Ramadhan pulok ke, puasa tahun lepas tidak habis diganti lagi
2. Ish, esok Ramadhan dah, hari ini "last"lah makan waktu siang ye.
3. Ish, Ramadhan datang lagi, rasanya baru lagi sambut rayanya. Dan banyak lagilah.
Itu antara ayat-ayat yang menunjukkan kita mungkin tidak merindui sangat kedatangan Ramadhan Al Mubarak yang penuh barakah, rahmat dan keampunan itu. Barangkalilah. Persepsi yang dilihat oleh ahli forum tersebut. Selalunya kerinduan tidak akan melahirkan perkataan Laaaaaa dengan nada yang panjang atau ishh yang menunjukkan kepada sesuatu yang menggelisahkan hati, jiwa dan perasaan. Ini ayat akulah.
Selalunya kerinduan akan melahirkan perkataan. Yes.Yes.Yes. Dan selalunya disebut-sebut berulang-ulang kali tanda terlalu gembira. Beberapa contoh mudah. Antaranya apabila cinta teruna atau dara bersambut apabila diluahkan kepada pasangan yang diminati atau seseorang yang dapat sambung belajar ke U atau memperolehi sesuatu yang menggembirakan. Barangkali tidak pernah berlaku orang yang mendapat masuk U akan berkata. Isssshhhh masuk Universitilah pulok. Paling tidak pun melompat beberapa tinggi yang boleh kalaupun tidak sampai ke syiling rumah. Ayat aku juga.

Razak Nordin berpesan ; Kau dan aku bagaimana, rindu ke dengan kedatangan Ramadhan kali ini. Harap-harap begitulah.
P/s ; Beberapa ayat dalam tulisan ini telah diedit semula kerana berlaku beberapa kesalahan kecil yang tidak disengajakan. Barangkali itulah kesan menulis pada waktu rehat tengahari dan kelas pula pada pukul 2 petang. Agak tertekan barangkali mengejar masa. Harap maaf kepada pengunjung blog ini.

Wednesday, August 26, 2009

Sesudah Subuh 5 Ramadhan

Sesudah subuh 5 Ramadhan, selepas balik dari Pusat Islam, aku tidak bercadang untuk menyambung tidur kerana itu sudah tidak lagi menjadi sebahagian dari hobi aku sejak umur semakin tua ini. Lalu seperti biasa aku hidupkan laptop serta pasangkan broadband, dan kutuliskan apa yang berikutnya ini ;
Untuk pengetahuan semua pembaca blog aku ini, kiranya inilah entry yang ke 100 aku buat untuk blog utama aku ini. Yang lagi satu tu agak kurang aktif sikitlah. Nama pun "second car". Bawa pun jarang-jarang. Lainlah kalau "second wife", lain pulok konsepnya...huhuhu..kerap sikit "bawaknya". En Yus kat kulim tu jangan marah ye, saja nak melalut sikit pagi-pagi ni. Order Xango jangan lupa yer..huhuhu. Untuk diri sendiri dan tolong kawan-kawan juga.
Bukan itu yang sebenarnya aku nak ceritakan. Pagi ini aku sebenarnya hendak bercerita dan kongsikan bahawa sesungguh(ayat penegasan tu ) sahur pagi tadilah pertama kalinya sepanjang Ramadhan ini aku makan nasi lauknya berkuah. Selalunya aku memang jenis mulut dan tekak tak jalan punya kalau sahur lauknya berkuah-kuah ni. Tapi pagi tadi lain macam pula, gulai ayam dimasak menggunakan kerisik. Bau kerisikpun sudah berjaya mengubah selera tawar sebelum subuh itu.
Itupun "lebihan" berbuka maghrib semalam. Namun rasanya terus dan masih memikat sehingga ke sebelum subuh tadi. Selalunya lauk sahurku yang paling popupar, telur masin tanpa kuah, ikan kering tanpa kuah atau nasi goreng tanpa kuah. Sebelum makan nasi tu, pasti minum Xango 30ml, tudung sukatannya dah hilang En. Yus, aku main agak-agak sahajalah. Anak-anak curi buat main pondok-pondok kot atau aku pun tidak pasti. Yang pasti, peti sejuk selalu sangat diselongkar. Gitulah jadinya. Lepas makan nasi, tambah pula Set Lengkap HPA, kalau belah pagi ni DDEU + OMEGA 3 disamping secawan kopi radix.
Razak Nordin berpesan ; Pengajaran dari kisah ringkas ini, berpadalah dalam menyayangi dan membenci sesuatu. Boleh jadi apa yang kita sayang hari ini, menjadi sesuatu yang kita benci suatu hari nanti dan begitulah sebaliknya. Kecuali menyayangi Allah dan Rasul, dulu, kini dan selamanya.

Tuesday, August 25, 2009

Memang Itu Fitrah Manusia

Sempena Ramadhan kali ini, ada juga aku menerima beberapa sms ucapan sempena menyambut Ramadhan. Seingat aku, kalau dulu, bila sambut hari raya barulah melambaknya ucapan hari raya diterima. Selalunya aku cuma baca dan balas dengan perkataan yang paling mudah dan ringkas. Ok, tq. Bukan bermaksud aku tidak menghargai semua ucapan itu, cuma aku kadang tu tidak larat untuk mengarang ayat-ayat serta pantun-pantun yang berbunga-bunga bahasanya dalam bentuk sms. Itu sahaja.
SMS sempena menyambut Ramadhan kali ini yang aku terima ;
Adik Na-"Jika hati sejernih air,jgn biar ia keruh, jika hati seputih awan,jgn biar ia mendung. Jika hati seindah bulan, hiasi dia dgn Iman" Selamat Menyambut Bulan Ramadhan al Mubarak dan Selamat Berpuasa. Semoga Ramadhan kali ini akan menjadi Ramadhan yg terbaik dlm hidupmu. Insyaallah.
Lias Muda-Ramadhan al Mubarak penawar bagi sepi, pelindung bagi mati. Kekuatan bg matahari...Sinar y menyuluh diri..hadirnya dirindui. Kedatangannya kini pasti..Salam Ramadhan -Drp Alias, Zue & anak2.
Fyfy- Sujud Dahi Mencecah Bumi, Tanda Syukur Kebesaran Ilahi, Ramadhan Al Mubarak Datang Lagi, Bersamalah Kita Menambah Iman DiHati.
Mat Embong- SLMT MENYAMBUT RAMADHAN ALMUBARAK 1430, selamat berpuasa smg sntiasa d lindungi Allah drp kami sekeluarga.
Razak Nordin berpesan ; Memang itu fitrahnya manusia. Pastinya kepada ketuhanan, keakhiratan, kerohanian.
Semua isi kandungan disalin bulat-bulat dari sms asal untuk mengekalkan keasliannya. Wording saja yang mungkin berubah.

Monday, August 24, 2009

Ditulis Semula-Sebelum Masuk Tidur Malam Ini

Dalam kebosanan memikirkan "macam-macam benda" di dunia ini yang sedikit sebanyak menyerabutkan kepala "hotak" aku ni. Ku "hidupkan" laptop serta pasang broadbandnya . Sebelum masuk tidur malam ini, ingin kucatatkan sesuatu setelah 2 hari 2 setengah malam Ramadhan kita lalui kali ini. Paling tidak pun, sedikit sebanyak telah mengurniakan aku sesuatu ;
1. Aku masih mampu mendirikan solat terawikh 3 malam berturut-turut secara berjemaah dengan isteriku walaupun dalam "kekalutan" dengan karenah anak-anak yang sedang membesar dengan pelbagai ragam dan karenah. Acapkali juga solat kami terganggu, walaubagaimanapun berkat kesabaran,kami dapat menunaikannya sampai selesai. Rindu juga sebenarnya hendak solat di Pusat Islam dengan sahabat-sahabat yang dikasihi . Tapi kesian juga dengan isteriku. Nanti tidak solat terawikh pulok dia jadinya. Sementara "lampu masih hijau", kesempatan ini ada baiknya aku solat berjemaah dengan isteriku di rumah. Bila "lampu sudah merah" nanti, harap-harap dapatlah aku bersama-sama sahabat-sahabat solat di Pusat Islam.
2. Aku masih dapat berbuka dan bersahur secara sederhana, ala kadar sahaja. Bukankah salah satu hikmat Ramadhan supaya kita bersederhana dalam berbelanja serta menginsafi orang-orang yang susah disekeliling kita. Kata orang, biar berpada dalam berbelanja, tapi biar "tamak dan haloba' dalam beribadat dan bersedekah. Jangan jadi sebaliknya sudahlah.
3. Aku masih dapat bertadarrus daripada takdok(tidak) terus. Meminjam kata-kata Ustaz Hazri Jusoh. Kawan lama aku, pejuang tanpa nama. Entah di mana dia sekarang. Moga kita akan dipertemukan suatu masa nanti. Selamat berjuang sahabatku. Jalan kita mungkin berbeza. Darah yang mengalir dalam urat sarafku ini makin mendingin dan tidak sehangat dulu lagi. Aku pun tidak pasti kenapa dan mengapa. Moga suatu hari ia akan kembali hangat dan menyegarkan.
4. Along demam dan batuk-batuk. Bila bagi makan ubat, nampak macam ok sikit. Bila "power" ubat sudah hilang, Along kembali terdampar. Kesianlah pulok. Bila Along kurang sihat, Abi dan Umi mula rindukan "kenakalan" yang menghiburkan itu. Petang tadi, lepas solat zohor, aku dan isteri bawa Along pergi jumpa doktor di klinik Zainuddin di Pekan Changlun. Alhamdulillah, doktor kata demam biasa sahaja. Yalah, risau jugalah dalam keadaan sekarang ini. Mudah-mudahan Along cepat sembuh untuk terus menghiburkan Abi dan Umi dengan pelbagai karenah dan kenakalanmu. Abi dan Umi sentiasa doakan.
Razak Nordin berpesan ; Anggaplah coretan ini di postkan malam tadi walaupun tidak sama seratus peratus.

Sunday, August 23, 2009

Sebelum Masuk Tidur Malam Ini

Sebelum masuk tidur malam ini, ingin kucatatkan sesuatu setelah 2 hari 2 setengah malam Ramadhan kita lalui kali ini. Paling tidak pun sedikit sebanyak telah mengurniakan aku sesuatu ;


1. Allah menguji kesabaranku. Setelah banyak aku menulis. Rupanya apa yang aku tulis tidak di"save" pasal line broadband kejap ada, kejap putus. Ingatkan dah ok. Nasib baiklah aku cuba dinginkan diri ini sedapat mungkin. Sedikit menguji kesabaran di malam Ramadhan ini. Jadinya, tidak dapatlah aku "publish post". Mood sudah hilang. Jom tidur. Kalau mood datang balik aku tulis semula.(Perenggan ini ditulis sebaik sahaja catatan tersebut hilang tiba-tiba)

Razak Nordin berpesan ; Kali ini tiada pesanan. Tunggu sambungan catatan ini, baru ada pesanan Insyaallah.

Saturday, August 22, 2009

Berkongsi Nasihat Sempena Ramadhan

Sesiapa yang sudi untuk berkongsi bolehlah klik kat sini. Mudah-mudahan En. Mohsen mengizinkannya.

Razak Nordin berpesan ; Sampaikanlah dari kebenaran itu walaupun hanya sedikit.

Benarlah Awal Ramadhan Itu Rahmah

Semestinya rasa syukur alhamdulillah kupanjatkan kehadrat Allah s.w.t kerana diberikan kesempatan untuk terus menikmati Ramadhan kali ini. Mudah-mudahan aku diberikan kekuatan oleh Allah untuk memberikan yang terbaik mungkin dalam menghidupkan Ramadhan ini. Agak lama rasanya aku tidak solat berjemaah dengan isteriku atas "kesibukan" anak-anak yang menyebabkan kami "tidak boleh" solat berjemaah. Tidak tahulah alasan tersebut diterima oleh Allah atau tidak. Kadangkala dalam "kesibukan mengisahkan anak-anak" aku gagahkan juga pergi ke Pusat Islam untuk solat berjemaah. Hakikatnya sememangnya aku lebih gemar begitu. Kepuasan dan ketenangan yang tidak jumpa aku cari ditempat lain. Sesungguhnya aku amat merinduinya kerana ia pernah hadir dalam hidupku suatu ketika dulu. Cuma kadang itu kesian juga dekat isteri yang terpaksa solat dalam "kekalutan" dengan karenah anak-anak yang tengah membesar itu. Kadang itu termanggu dan tersentak juga bila isteriku berkata bahawa dalam aku seronok solat tanpa gangguan di Pusat Islam sedang dia "kelam kabut" untuk menyelesaikan solat maghribnya.
Aku amat memahami maksud isteriku. Kerana ibuku pun pernah bercerita tentang "kesusahan" dan "kekalutan" mendirikan solat semasa membesarkan kami, anak-anaknya. Sebab itu katanya, dipenghujung usia ini dan ketika anak-anak sudah besar serta membawa haluan masing-masing ,dia ingin menebus balik "dosa-dosa" silamnya itu. Dan ibu memilih untuk tinggal di Pondok* di "pondok usang" itu daripada bersama kami anak-anaknya di rumah batu ini.
Dikesempatan Ramadhan yang mulia ini, kuucapkan terima kasih yang tulus kepada isteriku atas pengorbanannya selama ini. Terima kasih kerana penuh tabah menjaga dan membesarkan anak-anak permata dunia kita bersama itu. Kenakalan mereka mudah-mudahan menjadi penghibur kesepian kita bersama.
Benarlah awal Ramadhan itu rahmah. Malam pertama Ramadhan bukti pertama untuk diriku. Setelah sekian lama, akhirnya rahmat Tuhan memberikan kami peluang untuk solat Isyak, Terawikh serta Witir secara berjemaah. Syukur Allah atas rahmatMu itu. Semoga rahmat tersebut akan terus berkekalan sampai bila-bilapun. Kekuatan dari Allah kupohonkan untuk selamanya.
Razak Nordin berpesan ; Semoga rahmat Allah sentiasa bersama kita. Ketenangan hidup yang mendamaikan dengan rahmat Allah S.W.T.
*Pondok -Pusat pengajian yang terkenal di sebelah pantai timur terutama Kelantan dan Terengganu. Begitu juga sebelah utara terutama di Kedah.

Friday, August 21, 2009

Ah Kepalaku Masih Berdenyut-Denyut.

Ingatkan pagi ini kepalaku yang berdenyut-denyut sejak petang semalam sudah kebah. Rupanya belum lagi. Ujian kecil dari Allah untuk hambanya yang kerdil ini. Aku pun tidak pasti kenapa petang semalam tiba-tiba sahaja kepala ini berdenyut-denyut, macam lagu dangdutlah pulok. Sebelum maghrib tu, aku gagahkan juga diri ini untuk mandi, bagi sejuk badan. Kot-kotlah boleh kurangkan sedikit denyutan itu.
Lepas mandi, selepas bersiap terus pergi ke Pusat Islam untuk solat maghrib. Kepala masih berdenyut lagi. Angin segar di senja kelmarin masih tidak banyak membantu mengurangkan denyutan itu. Balik rumah selepas solat, terus sahaja makan malam berlaukkan ikan jaket bakar(tempat aku panggil ikan keras ekor) vs sambal belacan. Ringkas tapi cukup menyelerakan. Lepas makan kepala masih berdenyut-denyut. Ingatkan pasal lapar, kot-kotlah angin masuk. Tapi tidak juga. Lepas makan rehat sekejap sementara tunggu Isyak. Hajat dihatinya hendak pergi solat di Pusat Islam. Tapi akhirnya aku terdampar antara lena dan jaga kerana kepalaku masih seperti tadi. Berdenyut-denyut. Entah macam mana tiba-tiba isteriku bersuara. Katanya mungkin pasal makan laksa petang tadi kot. Kebetulan petang semalam aku makan laksa yang isteriku bawa balik dari sekolahnya. Jamuan sambut Ramadhan. Pelik juga, sambut Ramadhan dengan jamuan. No komen. Mungkin banyak sangat "Mak Aji" di dalamnya. Entahlah, itu hanya andaian.
Penadol ada, cuma tak nak ajar sangat memakannya. Bertahan semampu mungkin dan mudah-mudahan ia sembuh sendiri. Lebih kurang pukul 1 pagi lebihlah baru aku terjaga untuk solat Isyak. Masa tu kepala sudah "clear". Lepas itu, aku tidur balik sehingga subuh dan rasanya kepalaku ini dah ok bila bangun tadi, tapi tiba-tiba ia datang semula pagi ini. Lalu kutuliskan cerita ini dalam blogku ini. Perkongsian cerita hidup untuk sesiapa yang sudi membacanya.
Razak Nordin berpesan ; Maka jadilah malam jumaat ini, malam jumaat yang sia-sia. wawawawa..adaz77 komen sikit...malam jumaat yang sia-sia jugok ke..harap-harap tidaklah ye..buat bekal sambut Ramadhan.

Wednesday, August 19, 2009

Keras Sangatkah Hatimu Untuk Setitis Airmata

Keras Sangatkah Hatimu Untuk Setitis Airmata. Ia disini.

Razak Nordin berpesan ; Untuk satu keinsafan pada diri dan sesiapa yang sudi menerimanya.

Tuesday, August 18, 2009

Mee Rebus Terengganu

Aku uploadkan semua gambar kat bawah ni selepas selesai menikmati mee rebus Terengganu. Kira terubat jugalah rindu ini walaupun tidaklah "sepower" mee rebus kedai Bab Wie. Kedai mee rebus kesukaan aku kat Pengkalan Berangan, Marang, Terengganu. Setiap kali balik kampung, aku pasti "pekena" mee rebus tersebut walaupun hanya sekali. Melepaskan rindu kata orang. Kira cukup kenalah dengan selera aku. Sampai bini akupun, setiap kali balik Terengganu mesti ajak pekena juga mee rebus ni. Kira selera kami samalah kot.
Perkakasannya secara kasar sahaja aku bagi kat bawah ni ;
1. Kaki Ayam(belum diproses)

2. Kaki ayam direbus untuk melembutkannya(air rebusan tersebut digunakan untuk kuah mee rebus)

3. Air sedang mendidih dan melembutkan kaki-kaki ayam yang telah dipotong(boleh ambil airnya sahaja jika anda tidak makan kaki ayam)


4. Mee kuning, bahan2 yang telah campur dan ditumbuk ( bawang putih,bawang merah, lada hitam, halia), telur ayam(dipecahkan separuh masak...fuh.. dan sedikit sawi hijau adalah bahan utamanya.

5. Mee rebus yang siap untuk dimakan dan jangan lupa sambal kicap sekali. Kalau kat kampung aku, guna lada jeruk pun boleeee.

Along pun tumpang sekaki

Aku pun makan dengan berseleranya.
Cara-cara membuatnya ;
1. Tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi
2. Masukkan air rebusan kaki ayam ke dalam kuali.
3. Masukkan perencah sup 1/2 camca kecil(ikut kesesuaian air rebusan).
4. Garam ikut suka anda.
5. Masukkan telur, mee kuning dan sawi...siapppppppp dahhhhhhh laaaaaaaaaaa
6. Makanlah seselera mungkin jika sedap, jika tak sedap, bagi je kat ayam pagi esoknya dan jangan putus asa, cuba lagi lain kali, anda pasti ketemu kesedapannya.
Razak Nordin berpesan ; Selamat mencuba.

Menariklah Rasanya Untuk DiKongsi

Kali ni aku hanya tulis ringkas sahaja. Kalau bercadang hendak berkongsi kliklah kat sini.

Razak Nordin berpesan ; Sekali-sekala tiada rugi dan salahnya berhenti menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku diseputar hidup kita. Lihat ke dalam diri, mencari makna diri.

Radix Bakery House

Malam Ahad lepas 15 Ogos 2009 tiba-tiba sang isteri bersungut hendak mencuba kek-kek serta roti-roti di Radix Bakery House yang baru dibuka pada 5 Ogos 2009 yang lalu di Sungai Petani. Bila dia tengok kat internet tentang Radix Bakery House serta produk-produk yang dikeluarkan dengan pelbagai jenis kek dan roti , maka lagi merontalah jiwa nuraninya itu..huhuhu. Aku pula hanya minat ala kadar sahaja kalau benda-benda macam ini. Kira kurang terliur sikitlah kalau dibandingkan dengan mee rebus ala Terengganu tu...hehehe. Katanya, teringin rasanya hendak cuba jugak sebelum Ramadhan ini. Sebagai menghargai segala jasa-jasa baik serta pengorbanannya kepada ku dulu dan kini serta juga tanda sokongan kepada HPA, kami pun anak beranak bertolaklah dari PTSS seawal pagi mungkin di pagi Ahad yang damai itu. Sebelum tu, singgah sarapan pagi kat Menara Star, Changlun. Pekena roti canai, aku rasa dah ok, tapi bini aku pula suka yang garing-garing. Tak sedap katanya kalau tidak garing-garing. Takperlah, lain kali cuba lagi.


Diringkas cerita, kami sampai di S. Petani lebih kurang pukul sebelas pagi. Masa tu pintu kedai pun belum buka habis lagi. Sekerat sahaja, tetapi pintu cermin tidak berkunci pula. Bila aku jengukkan kepala dan bertanya kepada pekerja kat situ, rupa-rupanya kedai belum buka lagi.

Dengan "ayat" yang agak "power" aku gunakan beserta dengan izin Allah, dapatlah kami masuk lebih awal dari biasa. Awatttt, nak tengok bukti. Jom pakat-pakat tengok, tapi nama-namanya aku sudah lupalah. Korang layan jelah gambar yang ada kat bawah ni ;


Tidak termasuk jam tangan ye. Yang tu beli kat lain termasuk juga pintu Innova...huhuhu..Silap teknik ambil gambar. Lain kali kena hati-hati sikitlah



Razak Nordin berpesan ; Teringat kata-kata ini
Razak Nordin berpesan ; Malam esok* Abi nak makan mee rebus, Insyallah, harap-harap tercapai jugalah hajat tu .

* Bermakna malam ini kerana pesanan tersebut dibuat petang semalam.

Saturday, August 15, 2009

Sekitar Percutian Di Sungai Petani

Makan malam di RFC Laguna Merbok Sungai Petani



Mandi manda di pagi hari kat Hotel Seri Malaysia SP




Sarapan pagi kat hotel

Kecik-kecik dah pandai sarapan kat hotel


Taman permainan kat RFC Laguna Merbok,SP ,suasana malam

Tersandar selepas "belasah" ayam RFC


Aku, muka memang tak makan dek kamera, mata mesti pejam

Along dengan peha ayamnya

Razak Nordin berpesan ; Thank You God atas segala rahmat dan kasih sayangMU

Thursday, August 13, 2009

Pertama Kali Mencuba..Tidak Mengecewakan

Petang semalam entah macam mana tiba-tiba sahaja rasa terliuar nak makan mee rebus ala Terengganu. Telefon kat bini tanya apa bahan-bahan yang dah ada, apa bahan yang belum ada. Katanya banyak bahan yang tak ada. Bahan untuk buat mee rebus ni lain sikit daripada mee rebus kat sebelah utara ni. Kat Terengganu mee rebus kuahnya putih, tapi taklah sama macam mee sup kat sini. Hajat hatinya nak pergi Changlun beli bahan-bahannya, antaranya beberapa "batang" kaki ayam, perencah sup, mee kuning, sawi hijau, serbuk lada hitam serta telur ayam . Sambal kicap pelengkap rasa.
Sudahnya, apa yang dirancang itu semuanya tak menjadi. Aku malas nak pergi, kerana semalam ada pasar malam kat pekan Changlun. Sudah barang tentu(ayat klasik ni) parkingnya payah,jalannya pula pasti sesak. Selepas tamat waktu kerja, aku pulang ke rumah dengan sedikit kehampaan. Lantaran hajatku nak makan mee rebus Terengganu tak tercapai.
Tapi ini dia penyelamat sedikit kehampaanku itu ; Pesembor Kak Ina (kawan bini kat sek dialah)


Kesimpulannya ; Tidak mengecewakan walau baru pertama kali aku mencubanya. Pasal aku ni jenis fobia makanan berkuah yang "jenis" warna merah-merah termasuk mee kari. Tetapi bila dah kena sekali, tiga kali tambahnya. Terima kasih isteriku kerana "memaksa" aku mencubanya. Suamimu tak menyesal mencubanya.

Razak Nordin berpesan ; Betullah kata orang "jangan menilai buku dari kulitnya"

H1N1- Penawar Ikhtiar Bersama Doa

Hanya sekeping gambar, ikhtiar milik manusia.


Razak Nordin berpesan ; Sekadar perkongsian maklumat kepada yang sudi. Artikel penuh boleh rujuk di blog aku yang satu lagi.

Wednesday, August 12, 2009

Syukur PadaMu Tuhan

Apabila Along mula ingin Abi mandikannya di pagi hari dan tidur bersama Abi -maka inilah masa yang sesuai untukku coretkan kenangan yang telah berlalu.
Sebenarnya aku tidak tahu bagaimana harus aku mulakan coretan ringkas ini. Namun dalam "keresahan" itu, akhirnya ku temui jawapannya. Ku mulakan coretan ringkas ini dengan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah s.w.t. kerana terus mengekalkan cinta, kasih serta sayang dalam jiwa ini. Nikmat yang belum tentu semua orang di dunia ini dapat merasai pada setiap masa dalam hidup ini . Adakalanya ia datang tanpa di pinta, perginya pula bukan kerana di usir. Kadangkala di saat perlu ia tiada, di saat tidak dipinta, ia datang secara tiba-tiba.
4 tahun yang lalu
Aku dan Along ditakdirkan tidak dapat menyemai cinta, kasih dan sayang bermula dari lahirnya ke dunia ini pada 8 Februari 2005. Aku jauh di Perlis bekerja untuk mencari rezeki sedangkan Along mula mengenal dunia ini bersama Umi, Opah dan Atuk di Taman Lela Satu, Kamunting, Perak. Pertemuan mata bersama renungan kalbu serta aura bau yang jarang bercantum antara aku dan Along menjadikan aku seorang Abi yang kecewa dan menderita secara senyap kerana dahagakan cinta, kasih serta sayang dari Along masa itu. Ketika itu Along masih kecil dan tentunya tak mengerti apa-apa. Dunianya adalah dunianya. Sedangkan aku tidak mampu memberitahu Along bahawa aku amat rindu untuk memegangnya, meribanya, menciumnya, memeluknya, memangkunya. Isteriku menghabiskan tempoh pantangnya di rumah ibunya. Dan setiap hujung minggu aku pasti bersemangat untuk pulang untuk berjumpa Along. Maklumlah, anak sulung. Cumanya, banyak dari impianku tidak menjadi kenyataan pada masa itu. Masakan tidak, bila aku mengacah-acah untuk mengambilnya pun Along sudah lari, inikan pula untuk memegang, memeluk dan menciumnya. Bila aku secara "paksa" memegangnya, Along akan menangis sekuat mungkin tanda protesnya. Sampai sekarang pun, aku tidak pasti sejak bila Along mula rapat dan mesra dengan aku. Kalau duhulu, hidupnya hanya ada Umi. Tapi sekarang ini, aku Abinya juga telah sama-sama bertakhta di hati sucinya itu. Untuk menjadi seperti hari ini bukan senang. Macam-macam teori dan petua dicuba ketika itu . Mandi bersama Along(letak celah kangkang macam petua orang tua-tua) , basuhkan "b.....k" Along,serta mandikan Along, menggantikan tugas Umi. Aku tidak pastilah mana satu yang menjadi. Yang pastinya, kesabaranku berbaloi. Ucapan syukur hanya untuk Allah yang Maha Esa.


Hari Ini

Bila bangun tidur Along pasti cari Abi
Bila hendak tidur, Along hendak tidur dengan Abi
Bila Abi balik dari kerja, Along peluk kaki Abi
Bila Abi masuk tandas, Along tanya Umi, Umiiiiii Abi aner(ke mana)
Bila Abi solat kat rumah, Along tunggu Abi sampai habis solat
Bila nak mandi pagi, Along nak mandi dengan Abi
Bila petang, Along ajak Abi naik motor
Bila Abi pergi main takraw, Along pun ikut Abi
Bila Abi nak pergi masjid, Along pun nak ikut tapi Abi tak bagi, takut ganggu Abi solat nanti
Bila Abi tanya, Along sayang Abi atau Umi, Along jawab sayang Abi
Bila pagi-pagi, Abi hantar Along pergi ke PASTI, Along cium tangan Abi

Belum cukupkah alasan untuk aku katakan bahawa hari ini cinta, kasih dan sayang Along sentiasa bersama Abi. Thank You God atas semua ini.



















Razak Nordin berpesan ; Kejauhan pernah menjadikan kami tidak mesra. Tetapi dengan rahmat Allah menjadikan kami seperti hari ini. Cinta, kasih dan sayang penambat setia hubungan suci ini.
Razak Nordin berpesan ; Adik Razin jangan marah ye, lain kesempatan Abi tulis tentang Razin pulok yeeee.
Ditulis pada 12 Ogos 2009 jam 1.05 tengahari.
Share/Bookmark