Thursday, November 5, 2009

Masih Belum Terlambat

"Pusingan 1"
Hari ini merupakan hari kedua aku "dengan sepenuh dan rela hati" ke Klinik Kesihatan Arau untuk membuat susulan pemeriksaan kesihatan. Abe De pun "tumpang dua kaki" untuk buat pemeriksaan tersebut. Kata orang pemeriksaan awal ada baiknya juga. Langkah pencegahan yang dialu-alukan.

Semalam tekanan darah aku atasnya 135. Bawah pula tidaklah pasti. Kira tinggilah juga dalam usia baru mencecah 37. Hati-hati wahai diri. Untuk kandungan gula dalam darah pula 6.1. Atas pagar atau di luar pagar. Aku pun tidak pasti. Hakikatnya lepas ini aku harus lebih berhati-hati dalam memilih diet yang sesuai.  Hari ini test lagi untuk kepastian. Harap-harap oklah tu. Tapi pagi ni agak mencabar sikitlah. Apa tidaknya. Kalau semalam hanya di hujung jari, pagi ini di lipatan tangan. Jarumnya pula lebih panjang dari semalam.  Pahtu kena 2 "pusingan". "Pusingan" pertama sudah selesai pukul 8 pagi tadi. "Pusingan" ke 2 menyusul lebih kurang pukul 10.15 setelah kami di beri minum air oren gula. Gelasnya pula kira boleh tahanlah juga saiznya.

"Pusingan 2"
Pra Diabetes
Alhamdulillah. Tanda syukur sebelum terlambat. Kadar kiraan biasa sebelum minum air gula masih kekal macam semalam juga 6.1. Kiraan kandungan gula dalam darah menunjukkan 10.4 selepas 2 jam meminum air gula. Alhamdulillah barangkali atas bebeberapa sebab. Pertama ; belum lagi disahkan menghidapi diabetis. Baru pra-diabetis kata pembantu perubatan tersebut. Paras minima untuk disahkan mengidap diabetes adalah 11.1. Keduanya ; Dan masih ada peluang untuk kembali ke"pangkal jalan" tetapi tentunya memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Sebagai manusia, ikhtiar dan tawakkal adalah hak kita, kesembuhan dan ketentuan sudah pasti milik Allah. Rentetan itu kenalah menghadiri ceramah kesihatan pada 16 November 2009 jam 2 petang di Klinik Kesihatan Arau. Selepas 4 bulan kena buat pemeriksaan lagi. Harap-harap selepas ini semua akan kembali normal. Ingatan untuk diri. Kembalikan gaya hidup sihat.

Razak Nordin berpesan ; Pada teman-teman yang belum pernah membuat pemeriksaan penuh. Sudi-sudikanlah. Walaupun anda masih sihat hari ini. Mana tahu. Kerana ikhtiar milik kita.

2 comments:

Akhmar said...

salam ustaz...
ustaz dah sihat ka?
apa pun amal diet seimbang..
elok kalau ustaz berjinak dgn buah peria... bukan peria biasa tu tapi peria yg kecik tu.. kalau kat umah ni panggil peria katak..
hanya untuk di kongsi.. langkah kepada no diabetis.. gud luck... dah lulus ujian peria, nnt raha bgtau ada satu jenis daun untuk ustaz cba.. tak diabetic pun bleh mkn.. mkn ulam2 sekali sekala elok dr amik pil2.. wallahualam..

Ibnnordin said...

Dah semakin baik petang tadi dan malam ni...harap2 oklah tu..daun ulam apa tu..leh gak try...

Share/Bookmark