Thursday, December 10, 2009

Bekerja Untuk Membayar ; Berbaloikah

Berbaloi atau tidak. Barangkali itu sahaja pilihan yang ada.

"No money no talk". Jika ingin hidup selesa, mestilah bayar lebih. Itu kata sesetengah orang.

Entahkan betul, entah tidak. Lihatlah  diri sendiri. Kemudian nilailah diri sendiri. Saya menulis hanya untuk memperingatkan diri. Kalau tidak tulis, tiada pula bukti. Dan juga untuk sesiapa jua yang ingin berkongsi. Hidup ini biarlah tiada kontroversi. Dari terlalu mengkritik lebih baik koreksi diri. Insyaallah ada juga faedahnya nanti.

Untuk rekod. Bayaran yang saya "terpaksa" langsaikan bagi bulan November 2009.  Dalam Ringgit Malaysia(RM).

i.   Kereta            : 1335.00
ii.  Broadband     :  68.00(yang kadangkala lembap tahap" baban")
iii. TNB               : 135.27
iv. Air                  : 76.60(sekali tunggakan)
v.  Kad Kredit     : 108.77
vi.  Maxis            : 203.25
vii  Astro            : 105.95

Jumlah   Besar         : 2032.84

Saya telah "menghabiskan" RM 2032.84 bulan ini hanya untuk membuat bayaran "kononnya" kerana ingin hidup selesa dalam dunia serba canggih ini. Berbaloikah?. Entahlah. Untuk "keselesaan" perut sendiri, isteri dan anak-anak belum dimasukkan dalam perkiraan di atas. Juga untuk keluarga sedikit sebanyak mesti dihulur.

Razak Nordin berpesan ; Berbaloikah.   Entahlah. Tetapi sesekali terfikir juga!!!!!
Razak Nordin berpesan ; Salam, anak siapa yang tabur kacang ni!!!!!!!!!!!. Kutip balik, kutip balik!!! Nanti monyet-monyet  datang....

No comments: