Monday, December 7, 2009

Tempat Anda Bagaimana? Kelas 3.2.1.

Saya ditakdir telah menghadiri kursus "Ke Arah Pengurusan Kerja Yang Baik 5S" pada 3 Disember 2009 yang lepas. Dan hari ini izinkan saya untuk berkongsi barang sedikit apa yang saya dapat. Berdikit-dikit, lama-lama banyaklah juga. Kali ini saya ingin berkongsi tentang jenis-jenis tempat kerja yang ada di seputar kita semua barangkali.

Jenis-Jenis Tempat Kerja.

Tempat Kerja Kelas 3

Tempat kerja yang mempunyai ramai pekerja membuang sampah di merata-rata tempat tetapi tiada seorang pun membersihkannya

Tempat Kerja Kelas 2
Tempat kerja yang mempunyai ramai pekerja membuang sampah di merata-rata tempat tetapi mempunyai sekumpulan pekerja-pekerja membersihkannya.

Tempat Kerja Kelas 1

Tempat kerja di mana tiada seorang pun membuang sampah di merata-rata tempat tetapi setiap pekerja menjaga kebersihan persekitaran.

Razak Nordin berpesan ; Tempat kerja anda bagaimana? 3 atau 2 atau 1. Manusia.Sistem. Manusia dan sistem. Mana yang perlu berubah?

2 comments:

anN said...

manusia perlu de kesedaran.. sistem xde pun xpe, klu manusia tahu pe yg dowg buat.. hmm.. hehe

Ibnnordin said...

Kalau manusia sedar dan sistem pun baik...mantop barangkalinya...