Monday, December 7, 2009

Selamat Hari Jadi Along Syuhada

Along,
Esok 8 Disember 2009. Along akan genap berumur 4 tahun, insyaallah. Kesempatan ini Abi ingin mengucapkan selamat hari lahir yang ke 4 untuk Along. Abi doakan semoga Along terus berada di bawah rahmat Ilahi selalu sama ada dari segi mental dan juga fizikal. Rohani dan jasmaninya. Semoga Along terus gembira dan menggembirakan Abi, Umi, adik Razin dan semua orang yang menyayangi Along di dunia ini. Biarlah Along terus membesar di bawah lindungi Ilahi selamanya. Pesan Abi semoga Along tidak akan melupakan orang-orang yang pernah menyayangi Along termasuk arwah Tokwan walaupun arwah Tokwan jarang-jarang dapat memegang dan mencium Along serta melafazkan kata cinta dan sayang buat Along kerana antara Tok Wan dan Along ditakdir tinggal berjauhan. Jangan lupa sesekali sedekahkan Al Fatihah buat Tok Wan apabila Along mula mengerti sebuah kehilangan orang yang disayangi dalam hidup ini.  Arwah Tok Wan memang tidak meninggalkan kemewahan dunia untuk Along. Tiada harta dan wang berjuta. Kerana Tok Wan orang susah. Yang di bawanya hingga ke akhir hayatnya. Tapi Tok Wan tinggalkan cinta dan kasih sayangnya untuk kita semua termasuk Along juga. Al Fatihah untuk Tok Wan. Semoga rohnya di cucuri rahmat Ilahi hendaknya.

Along anakku,
Abi dan Umi juga manusia. Mana mampu memberikan Along semuanya. Tetapi percayalah. Abi dan Umi telah cuba memberikan yang terbaik untuk Along. Semoga Along terus membesar menjadi anak soleh yang menghormati  serta menyayangi Abi dan Umi selamanya. Bukan kemewahan yang kami pinta. Hanya sayang dan cintumu anakku.


Along,
Bukan juga kemewahan yang mampu Abi dan Umi berikan untuk Along. Tiada bunga yang akan layu mekarnya dan hilang harumnya di hari jadimu. Tiada kek yang akan habis di makan dan basi jika dibiarkan di hari jadimu jua. Tapi Abi dan Umi memberikan seluruh hidup kami berdua untuk anak-anak Abi dan Umi selepas Allah, Rasul dan kedua ibubapa kami. Tanda sayang dan cinta kami. Buat anak-anak penyeri hidup Abi dam Umi.


Along,
Abi tahu bahawa anak-anak hanyalah perhiasan dunia semata. Tetapi bukankah perhiasan itulah juga yang mencantikkan pandangan mata jika digilap dan disusun atur dengan elok. Dan diletakkan ditempat yang sesuai. Membiarkan perhiasan cantik yang mahal harganya di bilik berabuk tentunya sesuatu yang tidak wajar. Perhiasaan perlu sentiasa digilap,disapu dan dijaga supaya ia sentiasa menyegarkan pandangan mata. Begitulah juga anak-anak Abi. Perhiasaan dunia yang mesti hidup terus subur, mekar dan mewangi di sudut dunia ini.


Razak Nordin berpesan ; Sekali lagi selamat hari lahir anakku. Selamat berjuang anakku. Jika ditakdirkan. Perjalanan hidupmu masih panjang dan penuh liku tentunya. Berpeganglah dengan Al Quran dan Sunnah RasulNya. Kau tidak akan sesat selama-lamanya. Itu pesan Rasul Junjungan. Abi hanya menyampaikannya.

No comments: