Thursday, March 11, 2010

Hari Ini Kita Masih Beruntung

Hari Ini Mungkin Kita Masih Beruntung kerana ;

Kita masih diberikan peluang untuk hidup.
Kita masih ada nyawa untuk hidup.
Kita masih mata yang boleh melihat.
Kita masih ada kaki yang boleh berjalan dan berfungsi.
Kita masih ada telinga yang boleh mendengar.
Kita masih ada mulut yang boleh minum, makan dan bercakap.
Kita masih boleh buang air kecil dan besar dengan selesa tanpa masalah.
Kita masih boleh menyedut udara segar.
Kita masih boleh ketawa, gembira, sedih dan menangis.
Kita masih sihat.
Kita masih ada isteri, suami, anak-anak dan keluarga yang di sayangi.
Kita masih ada rumah untuk didiami.
Kita masih ada makanan untuk dimakan.
Kita masih ada kerja untuk mencari rezeki.
Kita masih ada rasa sayang, cinta dan rindu.
Kita masih ada kenderaan untuk dinaiki.
Kita masih ada teman bicara untuk mengadu.
Kita masih ada tangan yang pelbagai fungsi.

Dan.

Kita masih ada segala-galanya, kurniaan dari Yang Maha Esa.

Segalanya dan terlalu banyak  nikmat dari Allah s.w.t. Untuk kita yang bernama manusia.  
Sama ada kita sedar atau tidak.

Jika kamu menghitung nikmat Allah, tidak terhitung banyaknya. Maksud salah satu firman Allah s.w.t.

Razak Nordin berpesan ; Tanda mensyukuri nikmat ada tiga cara ; Syukur dengan hati, syukur yang dibuktikan dengan ucapan, syukur yang dibuktikan dengan perbuatan.

Sudahkah kita memenuhi ketiga-tiganya atau paling tidak salah satu dari tiga tersebut.

Tepuk dada tanya Iman.
Jangan tepuk dada tanya selera yang tidak dibimbing.
Ia mungkin ada kesilapan.

Nota ; Al Fatihah untuk Syeikh Tantawi.

No comments:

Share/Bookmark