Wednesday, March 10, 2010

HIKMAH BESAR Dari Kesilapan "Kecil Dan Mudah"

Adakalanya Allah mendidik manusia dengan pelbagai cara yang tidak dijangka.

Dan sekurang-kurangnya ada dua perkara "kecil dan mudah" yang Allah takdirkan berlaku dalam hidup saya semalam. Saya mengambilnya sebagai suatu pendidikan secara tidak langsung dari Allah s.w.t. Allah s.w.t mendidik saya dari kealpaan dan kesilapan tetapi kadangkala saya,  manusia yang sering terlupa. Atau lupa untuk berfikir.

Moga Allah s.w.t. menjauhkan saya dari penyakit DEMENTIA.

Pertamanya.
Seperti yang telah saya kongsikan dalam tulisan sebelum ini. "Turun" ke bawah sikit, akan "berjumpalah" apa yang saya maksudkan. Ada nilai pendidikan untuk saya.  Saya tidak bercadang mengulas lagi.

Keduanya.
Ketidaktelitian saya membaca satu"MEMO PERHUBUNGAN" menyebabkan saya "tersalah" faham. Kesan dan hasilnya, saya terlewat dalam melaksanakan tanggungjawab saya, padahal saya mampu dengan "campurtangan" Allah s.w.t pastinya untuk melakukannya pada masa yang ditetapkan oleh memo tersebut.

Saya cuba melihatnya dari sudut yang positif.

Pendidikan tidak langsung dari Allah s.w.t. kepada saya untuk masa-masa yang akan datang. Bahawa kemampuan, kebolehan, kelaratan, kehebatan, kejayaan dan semuanya  yang pernah,sedang dan akan kita lakukan semestinya dan pasti adalah dengan "campurtangan" dan perkenan Allah s.w.t. jua.

Bukan "milik' manusia secara mutlak.

Peristiwa kecil yang mempunyai HIKMAH BESAR untuk saya.

Khususnya.
Untuk lain ketika.
Jangan ambil mudah kepada semua perkara dalam hidup. Kecil atau besar pada penilaian kita.  Belum tentu kecil atau besar pada penilaian orang lain.

Dan pastinya semalam dan hari ini tidak semestinya serupa.
Serupa tidak semestinya sama.
Hidup dengan pasti bukan persepsi.
Semalam adalah semalam.
Hari ini adalah hari ini.
Pastinya berbeza walaupun matahari "tetap yang itu juga".

Saya cuba dan mula memahami sedikit demi sedikit.

Razak Nordin berpesan ; Segala puji milik Allah s.w.t kerana mendidik diriku secara halus dan memberikan peluang untuk diriku "menyedari" kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan.

No comments: