Saturday, March 6, 2010

Kenapa Mat Dan Minah Bukan Awang Dan Mek.

Dalam perjalanan pulang dari Mai Cafe malam tadi.

Isteri bercerita.

Katanya, seorang penceramah yang berceramah sempena sambutan Maulid al Rasul di sekolahnya tempohari "marah-marah" kepada orang-orang yang menggunakan nama Mat dan Minah kepada beberapa gelaran yang agak popular dewasa ini. Kaunselor dari Kuala Nerang dan khabarnya berasal dari Terengganu "belah-belah" sempadan Kelantan. Saya lupa sama antara Besut atau Jertih.

Mat Rempit.
Mat Gian.
Mat Dadah.
Mat Ganja.

Minah Rempit.
Minah Keret.

Dan pelbagai lagi gelaran Mat dan Minah yang mungkin ada.

Sedangkan gelaran-gelaran itu disandarkan kepada sesuatu yang tidak sesuai atau sesuatu yang dipandang negatif. Perkahwinan yang tidak sekufu barangkali.

 Dia "memandang" begini.

Sedangkan katanya nama Muhammad(Mat) itu adalah nama Nabi Muhammad s.a.w. dan nama Aminah(Minah) pula adalah nama ibu kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Kenapa tidak dipanggil sahaja Awang dan Mek atau nama-nama lain katanya. Panggilan Awang dan Mek agak popular di sebelah Kelantan dan Terengganu. Awang untuk lelaki dan Mek untuk perempuan.

Saya sendiri pun tidak pasti sama ada gelaran itu adalah suatu"suratan atau kebetulan".

Sengaja disandarkan atau lain-lain sebab yang tidak diketahui asal usulnya.

Lalu saya tuliskan di blog ini.

Pandangan semua pengunjung pokok-kayu(jika ada)  adalah amat dialu-alukan.

Razak Nordin berpesan; Semoga ada yang mendapat manfaat dari perkongsian ringkas ini.

No comments: