Friday, March 12, 2010

Panasnya : Inikah Yang Allah Maksudkan?

Panasnya!Panasnya!Panasnya!

Ramainya yang bersungut pasal kepanasan yang sedang melanda bumi yang sama-sama kita diami ini.

Bolehkah kita berfikir dan merenung sejenak dan "membina persoalan" seperti di bawah? 

Inikah yang Allah maksudkan dalam firmannya dalam surah Ar Ruum ayat 41 ;

41. telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut Dengan sebab apa Yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya Yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk Yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).

Razak Nordin berpesan ; Sama ada suratan atau kebetulan. Sedar, insaf, sentiasa berwaspada dan menyesali dengan bertaubat kepada Allah s.w.t adalah langkah terbaik bagi manusia. Itupun jika kita masih sudi melihat semuanya dari sudut agama juga.

Jika tidak. "Terpulang".  Masihkah kita mempunyai pilihan?

1 comment:

askRAIN said...

tepat ustaz... betul sangat...

panas... berbahang... ada orang kata; "itu belum panas di akhirat lagi..."

kekadang bala tu tak datang dalam bentuk fizikal sahaja.... kekadang dia datang dalam bentuk yang kita tak nampak... resah gelisah pon bala jugak.

p/s: sentiasa berusaha untuk menginsafi diri.

Share/Bookmark