Saturday, March 6, 2010

"Tersinggah" Santai Di Mai Cafe

Semuanya berlaku secara tidak dirancang.

Keluar rumah malam tadi tanpa destinasi yang pasti.

Saya "memaksa" isteri untuk memilih destinasinya.

Dalam gharar(ketidakpastian) itu isteri saya membuat keputusan untuk ke Kangar. Itu pun setelah perjalanan sudah sampai di "bahu" lebuhraya Kuala Perlis-Changlun.

Ke kiri Pauh, Arau, Kodiang, Kangar atau Kuala Perlis.
Ke kanan pula sama ada Changlun, Jitra atau Alor Star.

Akhirnya destinasi pilihan adalah Kangar.

Teringin nak "pekena" sup. Kedai mana, lokasi mana, "terjah" je katanya. Tapi entah macam mana tiba-tiba isteri bersuara.

"Kita pergi kedai makan yang Abi buat majlis berbuka puasa dulu nak, apa nama kedai tu?", kata isteri, mengandungi harapan dan inginkan kepastian juga barangkali.

"K, lupa lah nama kedai tu", jawab saya seringkas itu sambil kepala cuba mengingati nama kedai tersebut dan juga cuba mengingati lokasinya secara tepat.

Setelah saya pasti.

"Ooo, Mai Cafe, dekat masjid biru kat Kangar tu", sambil fikiran saya cuba membuat lakaran peta perjalanan. Nama masjid tersebut saya pun tidak pasti pula.

Ternyata.

Sekali sekala menyelusuri suasana malam menuju ke Kangar agak mendamaikan juga. Lampu neon sepanjang perjalanan yang tidaklah terlalu lama itu, memeriahkan juga suasana. Perjalanan yang sederhana sibuk tidaklah memberikan tekanan sangat ketika memandu. 

Dari Arau, saya memilih untuk melalui lampu isyarat ke Tasik Melati, kemudian selepas kira-kira 200 meter dari lampu isyarat tersebut, saya membelok ke kiri untuk menuju ke Mai Cafe yang terletak kira-kira 100 meter dari simpang tersebut.  

Setibanya di sana.

Makanan yang dipesan.
1. Steamboat(2-3 orang makan) -RM 19.00
2. Nasi Goreng Cina-RM 5.50
3. Air Kosong- 30 sen
4. Teh Tarik Power-RM 2.50
5. Jus Tembikai-RM 3.00
-----------------------------------
Jumlah              -RM 30.30
-----------------------------------
Ini "dia" steamboat dalam mangkuk saya bersedia untuk dihabiskan.

Kepada sesiapa yang rasa teringin mencuba. Mungkin Mai Cafe tidak mengecewakan anda. 

Suasananya.
Dan juga rasa makanan-makanannya juga.

Sesuai untuk sesiapa sahaja yang mempunyai anak-anak yang masih kecil dan sedang membesar.
Sesuai untuk seisi keluarga. Kecil, besar, tua dan muda.

Razak Nordin berpesan ; Ada "rasa" kata orang. Sesekali bertukar selera "terlanggar" pantang juga. Catatan perkongsian pengalaman peribadi kami sekeluarga. Tiada kaitan dengan mana-mana pihak sama ada yang disebutkan atau yang tidak disebutkan. Ditulis tanpa sebarang prajudis. 

No comments: