Wednesday, March 3, 2010

Yang Terpaksa Dan Dipaksa Keluar: Sitara Petang.

Perhatikanlah.

Yang "terpaksa" dan "dipaksa" keluar selalunya memang tidak diperlukan atas pelbagai sebab. Sama ada atas sebab-sebab tabei atau pun sebab-sebab mendatang yang lain.

Sebab-sebab tabei atau mendatang menjadikannya "terpaksa" dan "dipaksa" keluar. Terpaksa atau dipaksa keluar untuk memberikan kelegaan atau menghilangkan sakit pada "jasad" induknya.

Kalau tebu pula, yang dibuang adalah hampasnya setelah manisnya telah habis. Dia tetap hampas walaupun ia dahulunya adalah tebu yang manis dibibir.

Tahi.
Kalau tahi, ia dibuang kerana ia adalah sisa-sisa makanan yang tidak diperlukan oleh badan walaupun dia dahulunya mungkin berasal dari makanan yang enak-enak dan mahal harganya.

Kencing.
"Lahir" dari pelbagai jenis air yang hebat-hebat yang telah diminum oleh tuannya. Dan sekarang ia tidak diperlukan lagi, lalu jadilah ia air kencing yang hancing dan busuk lagi membusukkan.  

Muntah.
Terjadi apabila "anak tekak", perut dan "badan" tidak dapat menerima sesuatu. Muntah adalah jalan perlu untuk memberikan kelegaan sementara atau selamanya.

Peluh.
Air "masam dan melekit" yang dikeluarkan dari badan yang juga lahir dari pelbagai air yang diminum oleh empunya badan sebelum dipaksa keluar.

Dan lain-lainnya.

Nanah.

Bisul.

Air bisa.

Tahi telinga.

Tahi hidung.

Adakalanya.

Adanya hanya menambah beban. Hilangnya pula tidak dikenang.
Ibarat melukut tepi gantang. Masuk ke dalam tidak menambah, jatuh keluar tidak mengurang.

Kalau begitu.
Jom jerit ramai-ramai.
Hei...Hampas yang hampeh!!!

Ada mu menambah beban. Hilang mu pula tidak dikenang.

Pergilah wahai hampas yang hampeh!!!

Razak Nordin berpesan ; Ini hanyalah satu sitara. Huhuhu.Hahahahaha.

1 comment:

adanz said...

sama la tubuh kita be... bila roh sudah tiada... maka campaklah jasad itu kemana pun.... maka ia menjadi bangkai yg busuk

Share/Bookmark