Monday, April 5, 2010

Coret-Coret Konvokesyen Ke 4 PTSS 2010

Mungkin inilah antara keseronokan menjadi seorang pengajar. Kerjayanya tidaklah "glamour" tetapi kepuasan selalunya datang tanpa diundang. Melihat kejayaan para pelajar yang pernah menjadi pelajar-pelajar kita.

Seronok benar rasanya apabila mereka masih menyapa-nyapa dan mengingati. Melalui saluran apa sekalipun. Terima kasih untuk semua.

Tahniah untuk semua graduan yang telah menerima Diploma dan Sijil masing-masing pada hari ini 5 April 2010. Teristimewa kepada semua yang pernah menjadi pelajar-pelajar saya, sama ada yang saya masih ingat nama-nama mereka atau yang ingat-ingat lupa nama mereka.

Sebagai tanda tahniah dan penghargaan atas kejayaan mereka, saya paparkan di sini beberapa gambar yang sempat diambil sempena konvokesyen yang telah diadakan siang tadi. Seperti yang saya janjikan  kepada mereka siang tadi. Pengubat keletihan sehari berkonvokesyen.


Razak Nordin berpesan ; Selamat maju jaya buat semua. Jangan sesekali berhenti melangkah selagi masih mampu.
Share/Bookmark