Wednesday, April 7, 2010

Mee Rebus Terengganu : "Nyebut-Nyebut" Membawa Rezeki

Kalau untuk manusia, mungkin istilah "panjang umur" bolehlah digunakan.

Petang semalam, saya dan seorang kawan yang "enggan disiarkan" namanya ada "nyebut-nyebut" pasal "kesedapan" Mee Rebus Terengganu. Daripada Mee Rebus Jusoh di Jertih, Terengganu hinggalah Mee Razak di Bukit Payong, Marang, Terengganu.

Dan petang semalam juga sambil-sambil saya "pekena" kopi radix, tidak semena-mena isteri saya bersuara ;

"Abang, tolong rendamkan kaki ayam jap, Umi nak buat Mee Rebuslah".

Dan tanpa berlengah lagi saya "dengan bersemangatnya" mengeluarkan kaki-kaki ayam yang keras membeku itu dari peti sejuk. Mendengar namanya pun sudah memecahkan liur di petang hari semalam.

Dalam hati saya bermonolog ; "Panjang umur" Mee Rebus Terengganu". "Nyebut-nyebut" yang membawa rezeki. Memang sudah suratan, bukan kebetulan. Banyak berlaku, cuma manusia jarang perasan dan ambil kisah. Itulah kuasa Tuhan.

Fuh..Menjadi..
Sambal Kicap "Satu Kemestian" jika anda minat pedas!!!!


Bapa Borik, Anak-Anak Rintik
Kedua-duanya peminat "bapok kaki ayam"

Razak Nordin berpesan ; Banyak berlaku, cuma manusia jarang perasan dan ambil kisah. Itulah kuasa Tuhan.
Share/Bookmark