Saturday, April 24, 2010

Pokok-Kayu.Blogspot.Com Berwajah Baru

Hari ini.
pokok-kayu.blogspot.com sedikit berubah dari segi penampilan. Biarlah "bentuk wajah" tidak sesegak mana, tetapi penampilan perlulah sentiasa dijaga. Terlalu statik dalam tempoh yang agak lama mungkin akan menimbulkan kebosanan dan kejemuan. Diri sendiri terutamanya dan juga pengunjung-pengunjung setia jika ada.

Perlukah berubah..
Seumpama penampilan diri manusia juga. Kacak, segak dan "hansom" pada paras rupa adalah anugerah Allah "tertentu untuk seseorang". Dan semua itu, kata orang bersifat relatif. Berbeza sudut pandang dari seseorang dengan seseorang berdasarkan cita rasa sendiri.

Dan perubahan juga "pengkemaskinian" penampilan yang dilakukan paling tidak pun untuk kepuasan sendiri kalau pun ianya tidak mampu membahagiakan orang-orang diseputar hidup kita.

Bagi lelaki.
Rambut digunting sesuai dengan bentuk muka, diminyak serta disisir rapi.
Misai dan janggut dijaga supaya "terbela".
Bulu-bulu yang tidak diperlukan, dicukur selalu.
Kulit wajah juga perlu dibersihkan.
Pewangi semerwak wanginya.
Dan lain-lainnya.

Bagi perempuan.
Bubuhlah gincu "secukup rasa".
"Lukislah" mana yang perlu tetapi jangan sampai "tabarruj".
Hiasilah dengan mana-mana aksesori jika perlu tetapi jangan sampai "tabarruj" juga.
Semburlah kewangian untuk menambah aroma ghairah di kala bersama suami.
Dan seumpanya lagi.

Air yang  bertakung tanpa mengalir boleh membiakkan jentik-jentik serta nyamuk yang boleh membawa ancaman kepada manusia dan paling tidak pun mengeluarkan bau-bauan yang mengundang ketidakselesaan hidung untuk menghidunya. 

Peubahan adakalanya perlu.
Bukan semata-mata untuk dilihat berbeza. Tetapi perlu untuk mencari sudut "terbaik diri" untuk diri sendiri dan orang lain juga. Berubah menjadi lebih baik bukan sebaliknya.

Sebagaimana...
Hiasan rumah perlu juga berubah penampilannya untuk mengelakkan kebosanan penghuninya dengan landskap yang tidak pernah berubah. Lalu lahirlah rancangan Casa Impian bersama Eric.

Menu masakan juga perlu berubah gaya "persembahannya" agar sentiasa melahirkan rasa "ingin" tangan untuk menjamahnya, mulut untuk memakannya dan lubang tekak untuk menelannya. Lalu lahirlah Chef Wan, Chef Li dan juga Chef Zam.

Hatta hubungan suami isteri acapkali juga perlukan "kelainan" untuk mengelak kejemuan dan kebosanan. Mungkin teknik, posisi dan gaya persembahan. Lalu carilah sendiri ilmu-ilmunya....

Mudah-mudahan perubahan penampilan ini akan menambah keyakinan kepada pokok-kayu untuk melangkah lebih jauh dalam dunia blog ini. Bukanlah hangat-hangat tahi ayam sahaja jadinya.

Razak Nordin berpesan ; Selamat maju jaya buat pokok-kayu. Jangan sampai bersawang dalam masa yang lama.

3 comments:

dba4624 said...

congrate blog pokok kayu .. bjya mengubah penampilan dan senantiasa sapu blog..rajin2..;)

adanz said...

'air yang bertakung' ibarat empangan yang tidak melepaskan alirannya... tiba masanya ia akan pecah dan mendatangkan 'kemudharatan' yang bukan sedikit...

cukup bahaya... ok dok metapora kawe guna ni be..? isteri2, sila ambil perhatian, ia bukan ayat kosong yang dibaca begitu sahaja

ajaknordin said...

Olohlah...hanya jauhari mengenal manikam,,,

Share/Bookmark