Sunday, May 16, 2010

Warung Kita

Selalunya.
Apabila kami sekeluarga pulang ke Jalan Limbat, Taman Lela Satu, Kamunting, Perak, pagi esoknya kami akan keluar untuk sarapan pagi di "warung" Nasi Lemak Warong Muhibbah.

Lokasinya di Jalan Tupai, Taiping Perak.
Jika dari Zoo Taiping, anda perlu membelok ke kiri apabila sampai ke bulatan kecil di hadapan Flamingo Hotel, melalui sedikit kawasan perkuburan Cina sehingga sampai di simpang tiga di penghujung jalan tersebut. Di sebelah kiri simpang tiga tersebutlah, anda akan berjumpa dengan warung tersebut.

Antara menu utama yang anda boleh mencubanya ;
1. Nasi lemak dengan pelbagai macam lauk tetapi untuk memakan nasi lemak, anda terpaksa melalui proses layan diri dengan beratur bagi mendapatkannya. Menu-menu lain akan diambil "order" macam kebiasaan.
2. Soto Jawa
3. Bihun Sup
4. Dan lain-lain menu yang saya pun tidak pernah ambil tahu pun sebenarnya.

Menu wajib saya setiap kali ke warung ini ialah sama ada Bihun Sup(Bihun Sup Soto Jawa) atau Soto Jawa. Setakat ini rasanya tidak pernah mengecewakan deria rasa saya. Mungkin ianya kena dengan selera saya.

Kepada sesiapa yang kebetulan bercuti di Taiping, tidak salah rasanya untuk mencuba. Kata orang, mengubah selera sekali sekala.  

Untuk memakan Nasi Lemak, anda perlu beratur terlebih dahulu. Ukuran "sedapnya" yang mungkin boleh diukur dari pandangan "sambutannya".
Maaf, saya tidak mencubanya. Kerana saya sebolehnya mahu "berpatah arang" lama dengan nasi lemak.
Masing-masing tidak sabar menunggu "ketibaan" Soto Jawa dan Bihun Sup.
Antara peminat Bihun Sup..
Dah sampai dah...Tambah sikit sambal kicapnya.  Bismillah. Jemput makan.
Dan jangan lupa "Mai Secawan" Kopi Radix yang "ori" punya. Palsu-palsu minta dijauhkan.

Razak Nordin berpesan ; Makan-makan juga, kesihatan jangan dilupa. Makan apabila lapar, berhenti sebelum kenyang. Itu yang diajarkan oleh Nabi junjungan.

2 comments:

Unknown said...

Nasi lemak warung muhibbah (Nasi lemak org kaya) kini telah berpindah Ke panggung wayang Lido,beroperasi dari 20 September 2015 dari jam 7am Ke 1pm setiap hari,segala sokongan anda amat kami hargai,hubungi Nizam 0175069016 ieta 0124121278....

Unknown said...

Nasi lemak Warung Muhibbah tidak pernah berpindah ke mana-mana...Untuk pengetahuan, kami telah menambah menu...In shaa Allah, akan berpuas hati dengan servis yang kami berikan....