Wednesday, June 9, 2010

El Zahraa Inn : Hotel HPA Di Sungai Petani

Bermula semalam sehingga esok, 10 Jun 2010, kami mengadakan Kursus Audit Dalaman 5S, di Hotel El Zahraa Inn milik HPA yang terletak di Legenda Height, Sungai Petani, Kedah.

Walaupun hotelnya bukanlah bertaraf lima bintang atau bertaraf antarabangsa, namun sebagai salah seorang ahli HPA yang baru setahun jagung, saya tumpang berbangga dengan pencapaian ini. Dan tentunya ada kelainan semasa anda menginap di hotel ini. Tentunya ianya juga tidak lahir dari usaha sehari dua dan tanpa sebarang kepayahan. Dengan izin Allah s.w.t.tentunya. Juga berkat sokongan dan dokongan ahli-ahlinya yang setia di kala senang dan susah. Bukan mudah bagi sebuah syarikat untuk bersaing di persada ekonomi negara yang telah sedia "dikuasai" itu.

Kalau pun ada "kekurangan" adalah mungkin kerana tempat letak keretanya adalah di ruang terbuka "milik" Majlis Perbandaran Sungai Petani. Namun begitu terdapat beberapa petak yang telah di sewa khas oleh pihak hotel dan telah diwarnakan dengan garisan kuning.

Keduanya, tiada lif untuk naik ke tingkat atas. Tetapi mungkin ianya baik untuk kesihatan anda.

Tetapi sedikit kekurangan itu tidaklah mencacatkan kelainan hotel ini pada persepsi saya.   

Irama nasyid sebagai "penyedap telinga" dan laungan azan setiap kali masuk waktu solat adalah antara kelainan yang akan anda temui di sini.

Di bilik pula, al Quran juga disediakan bersama dengan rehalnya sekali untuk bacaan pengubat rohani para penghuninya.

Saya sentiasa mendoakan agar HPA terus mengorak langkah untuk terus mara memenuhi tuntutan ummah sejagat.
"PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

Kelainan-kelainan lain mungkin boleh dilihat dari gambar-gambar di bawah ;
Di sebelahnya adalah Restaurant Organic Recipe juga milik HPA. Rasa makanannya juga tidak mengecewakan setelah dua hari saya merasainya sendiri.

Lebih kurang 50 meter di sebelah kirinya pula terdapat Radix Fried Chicken(RFC) yang pertama-tama ditubuhkan di Malaysia. Sekarang ini khabarnya sudah berkembang di banyak tempat di serata Semenanjung Malaysia. Dan insyaallah suatu hari nanti akan bertebarlah ke serata pelusuk dunia sebagaimana apa yang telah dibuktikan dengan produk Kopi Radixnya.
Maaf!!! Tidak boleh merokok di bilik hotel ye...
Basahkan tekak-tekak anda yang kering dengan air-air keluaran HPA. Bayar dan minum.
Kain pelikat, kain batik, sejadah dan kain sembahyang perempuan juga disediakan.
Dewan yang kami gunakan untuk kursus tersebut.
Surau lelaki dan perempuan di aras paling bawah. Bersebelahan kaunter pendaftaran masuk. Berkipas dan berhawa dingin sekali.
Jika anda secara sengaja atau tidak sengaja datang ke Sungai Petani dan berminat untuk menginap di El Zahraa Inn, anda bolehlah menghubungi nombor telefon,faks atau email berikut untuk sebarang maklumat :-

Tel : 04-4259144/04-4259150
Fax : 04-4259131

Razak Nordin berpesan ; Ini bukan promosi. Hanya suatu perkongsian.

1 comment:

Unknown said...

Salam teams , Layari website terbaru facebook pages hotel elzahraa inn : https://www.facebook.com/ElZahraaBoutiqueHotel dan juga boleh layari website google elzahraa inn iaitu : www.elzahraahotelsp.com..
El-Zahraa Boutique Hotel
El-Zahraa Boutique Hotel is designed with Middle East concept to give the best experience to its guests - "experience the myth"
Page: 85 like this.