Tuesday, June 8, 2010

Apa? Razin Nak Dapat Adik

"Macam mana", separuh suspen saya bertanya soalan ringkas itu kepada isteri saya pagi tadi.
"Pergilah tengok sendiri", tanpa memberitahu jawapannya ya atau tidak. Dan juga "buat-buat" muka seriusnya.

Sebaliknya memulangkan tugas "pengesahannya" semula kepada saya.

Tanpa berlengah lagi, saya mencapai telefon sekiranya diperlukan untuk mengambil gambar apa-apa yang patut dan terus ke bilik air. Membuat pemeriksaan terhadap  alat "pengesan" di bawah dan cuba membandingkan dengan manual yang ada bersama di situ. 

Ada dua garisan.

Dan ini bermakna tuan punya alat ujian itu telah disahkan mengandung. Dan dia telah dimengandungkan oleh seorang jejaka hampir separuh abad umurnya dengan izin Allah s.w.t jua. Dan jejaka itu adalah saya. Suaminya.

Alhamdulillah.
Jika betullah "alat pengesan" ini maka sahlah Nursyuhada Najihah dan Ruknuddin Razin Raziq akan mendapat adik.  Insyaallah.

Walaupun "kerjanya" tidaklah berapa keras sangat, tetapi kalau sudah namanya rezeki, rezekilah juga. Ibarat benih yang baik jatuh pula di tanah subur. 

Ibaratnya.

Jatuh ke laut menjadi pulau. Jatuh ke darat menjadi gunung. Dengan izin Allah s.w.t., tidak mengambil masa yang lama untuk benih itu "bercambah dan tumbuh" di tanah yang sedia subur itu.

Semoga zuriat yang tumbuh dari benih yang suci itu berkembang menjadi alaqah, mudhgah dalam keadaan yang baik-baik semuanya. Seterusnya menjadi bayi yang sihat, sempurna sifat fizikal serta rohaninya dan walafiat untuk lahir ke dunia menjadi pewaris kesinambungan ummah.

Razak Nordin berpesan ; Doakan untuk kami. Semoga semuanya baik-baik belaka.

2 comments:

adanz said...

oh tahniah, kaloh doh kawe!

ajak said...

huhuhu...harap2 jadi moleklah weh

Share/Bookmark