Monday, June 21, 2010

Kepanasan Itu Belum Lagi Api

Seperdua Malam Tadi
"Abang, abang, kenapa panas ni",  kejut isteri saya seperdua malam tadi ketika saya seperti biasa sedang diulit mimpi-mimpi meletihkan yang tidak sudah-sudah itu. Dia pun mamai, saya pun mamai juga.

"Oo, takdok letrik kot", jawab saya ringkas dalam keadaan separuh mamai itu, sambil "meninjau keadaan sekeliling". "Klunya" agak mudah. Tandas gelap kerana terpadam lampunya dan penghawa dingin pula kehilangan "warna hijaunya" kerana terputus "karan"nya.

Selepas benar-benar stabil, baru saya perasan bahawa udaranya ada sedikit kehangatan. Cumanya, tidaklah terlalu hangat kerana sisa-sisa kedinginan tadi masih sedikit berbaki.

Termenung seketika bagi memastikan pengaliran darah menjadi lancar.

Jam di dinding sekitar jam 2 pagi.

Bermakna lambat lagilah siang akan tiba. Entah pukul berapa "karan" mula terputus saya pun tidak pasti. Keletihan melayan mimpi-mimpi "bengong" mungkin menyebabkan saya tidak "perasan" pun apa yang sedang berlaku.  

Sudahnya.

Semua terbangun "secara sengaja" dan juga "secara tidak sengaja".
Mula-mula kami berdua.
Kemudian si kakak menyusul setelah agak lama juga isteri saya mengipas-ngipas anak-anak yang dalam kehangatan itu. 
Dan akhirnya si Razin pula terjaga.
Kami sama-sama berjaga dalam tempoh yang "agak lama" juga. Jika dinisbahkan dengan "panjangnya" malam untuk tidur dan berehat itu.   

Saya keluar dari bilik mencari lokasi yang "lebih selesa". Sekejap di sofa di ruang tamu, sekejap lagi mengintai di jendela. Bersilih ganti mencari "damai" di seperdua malam itu.  Rimas dan menggelisahkan juga.

Suasana di kuarters agak "gelisah" juga dalam sedikit kehangatan itu. 

Apa tidaknya .
Sekitar jam 2 pagi lebih itu, banyak juga kereta yang keluar mencari kedinginan pagi barangkali. Bukan sebuah tetapi lebih dari satu banyaknya.  Mungkin cuba lari dari kehangatan sementara itu. Sementara sahaja.

Sementara isteri masih setia mengipas-ngipas anak-anak di bilik, saya gelisah sambil berlegar-legar di ruang rumah menanti-nanti bilakah "karan" akan bersambung semula.

Saat berganti minit.
Minit berganti jam.
Tetapi "karan" belum lagi "hidup".

Jam di dinding sudah melangkaui pukul 3. 30 pagi lebih.

Kepala saya  mula "hanyut".  

Dalam keterpaksaan itu, berbekalkan sedikit kedinginan penghawa dingin yang masih berbaki itu, saya gagahkan jua untuk melelapkan mata ketika anak-anak masih "sembang-sembang" sesama mereka. Disuruh tidur tidaklah mau, akhirnya saya terbuai layu yang entah bila ketikanya.

"Abi, lampu dah nyala", kata kakak mengejutkan lena saya. Baru saya perasan kipas sudah mula berpusing. Tidak pasti sama ada si kakak belum lagi tidur atau dia baru terjaga sekali lagi dari tidurnya.

"Ok", jawab saya ringkas, kemudian menyambung tidur. Entahlah pukul berapa ketika itu. Tidak berapa penting sangat pada saya.

"Pelik jugak. Selalunya Abang yang amat sentitif dengan kepanasan, ini Umi yang jaga dulu",  ujar isteri saya pagi tadi ketika kami bersiap-siap untuk datang bekerja pagi tadi.

Seperti dijangka.
Ketiadaan bekalan eletrik awal pagi tadi menjadi antara topik separuh hangat pagi tadi.

Separuh hangat yang mengganggu lena ramai orang di awal pagi itu.
Separuh hangat yang mengejutkan anak-anak kecil  dari mimpi-mimpi indah mereka.
Separuh hangat yang memaksa sebahagian orang untuk keluar mencari kedinginan.

Separuh hangat yang bersifat sementara.
Tetapi yang sementara itu telah menghuru-harakan penghuni-penghuni di kalangan manusia itu.  

Sedangkan hangatnya hanya sementara.
Sedangkan hangatnya itu belum lagi api.
Sedangkan kalau pun ianya api, api itu baru api dunia.
Sedangkan kehangatan ini, boleh lagi lari-lari.
Mencari dingin di tempat lain.

Bagaimana kepanasan "di sana" ye???
Putus yang tiada sambungnya lagi.
Dan tentunya tidak boleh lari-lari lagi. 
"Jalan tutup" tanpa alternatif. 

Untuk aku dan engkau yang bergelar manusia, hamba-hamba-Nya.
"Pukul berapa api takdok ye", tanya Amie ketika kami bersembang pasal "keputusan api" awal pagi tadi.

"Pukul 12.30 sampai jam 4.00 pagi", jawab Hasni ringkas sambil mengesahkan pertanyaan Amie.

"Oo..lamanya, macam mana aku boleh tak perasan", saya hanya bermonolog dalam diri.

Razak Nordin berpesan ; Penghawa dingin tanpa tenaga elektrik, tiada gunanya juga. Itulah simboliknya.

No comments: