Saturday, June 19, 2010

Coretan Buat Sahabat-Sahabat

Insyaallah.
Bermula minggu depan politeknik-politeknik seluruh malaysia akan menerima lagi pendaftaran pelajar - pelajar baru bagi Sesi Julai 2010.

Kepada rakan-rakan dan sahabat-sahabat yang sedang menabur bakti dan memerah keringat di politeknik seluruh Malaysia yang saya kenali dan juga yang pernah mengenali diri saya.

Sahabat-sahabat di :-
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis
Politeknik Kota Kinabalu Sabah.
Politeknik Sandakan, Sabah.
Politeknik Port Dickson, Seremban, Negeri Sembilan.
Politeknik Kota Melaka, Melaka.
Politeknik Merlimau, Melaka.
Politeknik Sultan Azlan Shah, Tanjung Malim, Perak.
Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam, Selangor.
Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang.
Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang.
Politeknik Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah.
Polimas, Jitra, Kedah.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat kembali ke "medan dan kelapangan" masing-masing untuk meneruskan "perjuangan" yang belum selesai ini.

Kepada yang masih bercuti, walau di mana sahaja anda berada.
Selamat menghabiskan baki cuti masing-masing.
Semoga lebih "ceria" apabila kembali bertugas nanti.

Kepada yang tidak bercuti atau "tidak sempat" bercuti.
Selamat kembali dengan rutin yang kembali padat dan mungkin memenatkan.

Saya tahu banyak hati-hati yang kecewa dan jauh hati kerana pelbagai sebab. Tetapi apakan daya, selagi kita di "bumi" ini, setakat itulah barangkali "hak" kita.

Orang selalu berkata " Jangan ditanya apa yang negara bagi kepada anda, tetapi tanyalah apa yang anda berikan kepada negara".

"Apa yang ditanam, itulah yang kita dapat". Betul ke boleh dipakai dalam semua situasi hidup.

Masih relevenkah ungkapan-ungkapan di atas.
Saya tiada jawapannya.

Jawapannya mungkin ada pada sahabat-sahabat yang pernah meluahkan rasa hati mereka sama ada di facebook dan juga melalui perbualan-perbualan secara tidak formal.

Buat diri sendiri dan sahabat-sahabat yang pernah dan sedang kecewa serta jauh hati.
Selagi boleh bertahan, bertahanlah.
Selagi mampu, berbaktilah.

Kerana bukan semua kecewa dan jauh hati boleh diluahkan dengan kata-kata dan juga dalam bentuk perkataan atau tulisan. Dalam banyak keadaan, diam itu lebih baik dari meluahkannya.

Buat semua sahabat.
Sama ada yang selesa dan bahagia dengan apa yang ada.
Sama ada yang sedang kecewa dan terluka hatinya.
Sama ada tidak kisah pun apa nak jadi.

Terimalah :-
Semoga ada sinar buat kita semua. Ameen.

Razak Nordin berpesan ; Hanya jauhari mengenal manikamnya.

No comments:

Share/Bookmark