Wednesday, September 29, 2010

Festival Kesenian Islam Politeknik Zon Utara






Pada hari Sabtu yang lalu bersamaan 25 September 2010, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin khususnya Jabatan Pengajian Am telah diamanahkan untuk mengambil tanggungjawab sebagai tuan rumah Festival Kesenian Islam Politeknik Zon Utara yang melibatkan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin(PTSS) sebagai tuan rumah, POLIMAS,Jitra, Kedah, Politeknik Sultanah Bahiyah Kulim, Kedah dan juga Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang.

Sebagai Penasihat II, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih atas komitmen dan kerjasama semua AJK yang terlibat sama ada dari Jabatan Pengajian Am sendiri atau jabatan-jabatan lain yang sudi membantu.

Yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Jabatan Matematik Sains Dan Komputer bagi penyediaan hadiah dan cenderahati.
Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan bagi urusan penyambut tetamu serta urusan penginapan.
Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual bagi penyediaan pentas pertandingan serta rakaman.

Serta semua yang turut membantu tetapi tidak disenaraikan namanya di sini.

Sekali lagi, terima kasih daun keladi.

Candid-candid sepagi festival.

Pengerusi majlis memulakan acara

Acara Nasyid
POLIMAS memulakan persembahan.

Wakil tuan rumah mengambil tempat

Dari Seberang Perai..Akhirnya dinobatkan sebagai juara..

Persembahan terakhir nasyid, Politeknik Sultanah Bahiyah Kulim

Penonton merangkap juru foto..

Barisan hakim, peserta-peserta, krew-krew merangkap penonton

Para peserta dan penonton-penonton di sebelah kiri dewan

Antara krew yang bertugas

Tuan hadiah dan cenderahati bersama hadiah-hadiah serta cenderahati sebelum diserahkan kepada para pemenang.

Hadiah-hadiah serta cenderahati-cenderahati bersedia untuk diserahkan kepada empunya..


Dan johan Dikir Barat jatuh kepada....
Tuan rumah...tempat pertama dari dua kumpulan yang bertanding

Apa-apa pun, tahniah kepada semua pemenang termasuk acara-acara lain yang tidak sempat dirakamkan oleh kamera saya.

Razak Nordin berpesan ; Syukur pada Allah SAW dan terima kasih buat semua yang membantu bagi menjayakan festival berkenaan.

2 comments:

Anonymous said...

Salam ya ustaz, Ustaz mungkin terlepas pandang AJK utk menunaikan amanah di Pusat Islam Luqmanul Hakim pada hari terbabit..Solat zohornya tidak berjemaah..tiada azannya.

ajak said...

Yang saya terlepas pandang tu...sesiapa yang mampu sama-sama pakat pandanglah...hidup saling membantu-membantu...kerana bukan semuanya kita mampu memandangnya pada setiap saat dan masa di semua ketika dan tempat juga...