Friday, September 3, 2010

Kerana Seorang Manusia, Satu Kepala Otak

Lazimnya.

"Satu" manusia, satu kepala otak.
Kepala-kepala lain yang ada pada diri manusia dikecualikan dalam "bebelan" ini. 

Dan kerana itu barangkali.
Lazimnya juga setiap manusia mempunyai pandangan-pandangan, pemikiran-pemikiran serta kepercayaan-kepercayaan tersendiri.

"Satu manusia, satu kepala otak" melahirkan manusia yang selalu percaya, yakin dan "taksub" dengan prinsip-prinsip hidup yang dipercayai dan dipegangnya.

Dulu, kini dan mungkin akan datang juga.

Beruntunglah.
Seandainya prinsip itu berbetulan dengan kehendak Allah SWT serta RasulNya. Mudah-mudahan dia dibawa ke syurga akhirnya.

Tetapi malanglah.
Seandainya prinsip itu berlawanan dan bersalahan dengan kehendak Allah SWT serta RasulNya. Entah ke mana kesudahan bagi orang-orang seperti ini. Saya pun tidak pasti.

Hebat di dunia, malang di akhirat.

Bukan sesuatu yang kita ingin dan dambakan.

Hebat di dunia, hebat juga di akhirat.
Itu yang sepatutnya semua muslim mukmin hajat dan dambakan.

Kerana.
Syurga Allah SWT hanya menerima manusia-manusia hebat untuk menjadi penghuninya.

Prinsip kita.
Suluh dengan apa?
Suluh dengan Quran atau Sunnah.

Atau.

Selain-selain Quran dan Sunnah. Berpaksikan nafsu?

Kepada yang sudi, bolehlah sama-sama kita pakat-pakat semak.

Prinsip hidup masing-masing.

Berbetulan atau bersalahan dan berlawanan!

Razak Nordin berpesan ; Adakalanya manusia terlupa untuk bermuhasabah kerana hidup sudah terlalu "selesa".

No comments:

Share/Bookmark