Monday, November 29, 2010

Menjelang 6 Disember 2010

Insyaallah.

Secara 'rasmi'nya, proses pengajaran dan pembelajaran bagi Sesi Pengajian Disember 2010 akan bermula 6 Disember 2010. Bermakna kuliah akan bermula secara rasminya bermula tarikh tersebut.

Dan hari ini, alhamdulillah, para pelajar baru telah pun mendaftar untuk sama-sama menjadi warga Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Insyaallah, akan disusuli dengan pendaftaran pelajar-pelajar lama pada 5 Disember 2010.

Dan ketika ini jugalah saya diuji dengan tahap kesihatan saya agak merosot kalau pun tidaklah seteruk dulu-dulu. Sudah berlarutan hampir seminggu. Sakit-sakit badan dan 'rasa yang tak tau ke rasa'. Sungguh tidak selesa dan tidak bermaya serta segala macam rasa lagi tetapi susah untuk digambarkan dengan tulisan dan kata-kata. Hanya sesiapa yang pernah mengalami dan merasai akan memahaminya mungkin.

Mudah-mudahan, dengan selang masa yang masih berbaki ini, saya diberikan kesihatan yang baik dan kekuatan baru oleh Allah SWT untuk meneruskan langkah-langkah yang seterusnya.

Kesihatan mental dan juga kekuatan fizikal.

Sama ada yang ternampak oleh mata kasar atau yang tersembunyi di sebalik senyuman dan gelak tawa.
Sama ada yang diketahui atau yang belum diketahui.
Sama ada yang terang atau tersembunyi di sebalik jasad yang tidak mampu berbicara tetapi hanya mampu merasa.   

Mudah-mudahan begitulah hendaknya.

Semua ini bukan rungutan dan putus asa, terapi minda pengubat jiwa. Merungkai kekusutan dengan berbicara. Dengan khauf dan raja' kepada yang Maha Esa.

Insyaallah.

Allah yang Maha Berkuasa juga sedang 'membaca'nya. Mudah-mudahan pertolonganNya akan sentiasa tiba jua.

Razak Nordin berpesan ; Sesungguhnya saya benar-benar mengharapkan dariNya.

Thursday, November 25, 2010

Begitulah Kasihnya Ibu

Untuk tiga hari berturut-turut.

Selasa, Rabu dan Khamis.

Isteri saya 'terpaksa' mengunjungi klinik dan hospital.

Selasa dan Rabu untuk memeriksa tahap kesihatan kandungan, zuriat ketiga kami yang insyaallah akan 'selamat datang' pada bulan Februari 2011. Doa-doakanlah semoga semuanya sempurna, selamat dan dipermudahkan oleh Allah SWT. Amin.

Dan hari ini, ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar kerana ada temujanji doktor bagi pemeriksaan diri sendiri pula. 'Penyakit perempuan.'

Itulah yang dilakukan oleh kebanyakan ibu dan isteri.

Semuanya dilakukan sendiri, membawa perut 'boyot', kadang-kadang melupakan kepenatan dan kesusahan sendiri demi memastikan bayi yang dikandungnya sihat walafiat. Di ketika lain, melayan 'karenah' suami, bersabar dengan peel anak-anak serta menjalankan rutin harian sebagai isteri dan ibu seperti biasa. Tetap menunaikan tanggungjawab terhadap keluarga walaupun dengan segala kepayahan yang ada.  

Pening-pening, sakit belakang, sakit pinggang, bengkak kaki, muntah-muntah adalah antara 'wajib tanggung' ibu-ibu mengandung yang kebanyakkan orang tahu kalaupun saya tidak memberitahunya di sini.

Kenapa Saya Menulis Semua Ini

Sekurang-kurangnya atas dua sebab.

Pertama ;  Untuk semua anak-anak yang masih mempunyai ibu-ibu. Hargailah pengorbanan ibu-ibu yang terlalu banyak bersusah payah sehinggalah kita menjadi seperti hari ini. Caranya, terpulanglah. Saya tiada cadangan untuk anda.

Kedua ; Untuk suami-suami terutama saya sendiri. Buatlah apa yang patut untuk suri anda itu. Kalau pun tidak sepadan 'seratus peratus' dengan apa yang isteri anda lakukan untuk anda sendiri.  

Ini bukan cerita semata.

Kaedah usul fiqh ada menyebutkan "Pengajaran diambil dari lafaz yang umum, bukan dari sebab yang khusus."

Razak Nordin berpesan ; Kadang-kadang kita terlupa. Ingatkan kita sahaja yang penat, letih dan merasa sakit. Rupanya tidak.

Sungguh Tidak Bersedia

Apa sudah jadi dengan diri saya.

Pendaftaran kemasukan para pelajar baru akan bermula awal minggu hadapan. Bermakna semester baru akan bermula lagi.

'Malangnya' sehingga 'saat dan ketika' ini, saya sungguh-sungguh tidak bersedia untuk menghadapinya.

Pelik tapi benar.

Semakin lama bekerja, saya semakin hilang 'motivasi dan semangat perjuangan harmoni.'

Atau begitukah hukum alam?

Kelamaan dan rutin yang mengundang 'jemu dan kegelisahan'. Lalu acapkali 'terputus angin juga.'

Tetapi itulah yang sedang terjadi pada emosi dan perasaan dalaman saya.

Seperti Iman juga barangkali.
Adakalanya bertambah, ketika lain berkurang pula.

Kalau dulu-dulu, saya selalunya berasa seronok setiap kali menyambut 'kedatangan' semester baru.

Seronok menerima 'warga baru' dan juga seronok untuk memulakan proses pengajaran dan pembelajaran.

Seronok untuk bertemu pelajar-pelajar baru yang silih berganti setiap semester dan tahun itu.

Menjelang minggu hadapan, saya mempunyai masa kurang lebih empat hari lagi untuk mengembalikan 'semangat perjuangan harmoni' yang semakin malap itu.

Harapnya.

Jatuh, rebah dan mudah-mudahan dapat bangkit kembali.

Kepada Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, hambaMu bermohon dengan penuh raja', pulihkanlah semangat hambaMu ini untuk terus berbakti demi agama, bangsa dan negara.

Kurniakanlah kepada hambaMu ini kekuatan mental dan fizikal. Dan juga kesihatan mental dan fizikal. Dipermudahkan segala urusan berkaitan.

Tidak seperti manusia-manusia.

Engkaulah pembantu di kala senang dan susah. Satu-satunya 'teman sejati' ketika suka dan berduka lara yang setianya tanpa batasan. Tanpa rasa jemu, bosan dan menyampah.

Lalu.

Kenapa saya menulis di sini?

Kerana menulis merupakan salah satu cara saya menghilangkan resah di dada.

Tidak kiralah 'apa-apa sahaja' yang dituliskan.

Kecil atau besar.
Sedikit atau banyak.
Berat atau ringan.

Maaf.

Ini bukan satu pendedahan!!

Ini hanyalah satu 'terapi'...untuk diri sendiri.

Razak Nordin berpesan ;  Betul ke kata orang  'Teman gembira senang dicari, teman berduka sukar dijumpai."

Tuesday, November 23, 2010

Anak-Anak : Antara Garam, Gula Dan Sambal Belacan

Sekadar berkongsi cerita hidup.

Andainya ada kebaikan untuk dikongsikan.

Menjadi 'bapa fantasi' mungkin lebih mudah berbanding menjadi 'bapa realiti.'

Kalau boleh saya katakan begitu.

Sesiapa yang sudah mendirikan rumahtangga serta mempunyai anak-anak mungkin memahami maksud ayat di atas. 

Rupanya mendidik anak-anak bukanlah sesuatu yang senang dan mudah. Semuanya adalah realiti nyata bukannya fantasi dan angan-angan tanpa rasa dan merasai.  

Ketika belum mendirikan rumahtangga dan memiliki anak-anak dari zuriat sendiri, saya selalu juga menjadi 'sakit hati' dan 'geram' melihat karenah anak-anak orang lain yang tidak suka mendengar serta mengikut 'arahan' ibu dan bapa. Dan adakalanya 'sakit hati' juga melihat ibubapa yang dilihat terlalu 'memanjakan' anak-anak.

Hanya mengubah dengan hati dan lisan yang bising-bising, sedangkan kuasa tangan dibiarkan terikat entah kenapa.  Kadang-kadang hanya melihat sahaja.

Lalu seketika saya cuba 'mengambil alih'. Juga dalam fantasi. Seketika menjadi 'bapa fantasi' yang 'begitu mudah' menyelesaikan masalah tersebut. Juga menggunakan fantasi juga.

Marah.
Cubit telinga.
Penampar.
Jerkah.
Pukul.
Belasah.

Selesai masalah.
Semuanya dalam 'fantasi dan khayalan.'
'Semudah' itu tetapi malangnya semua itu hanyalah 'dunia fantasi'. 

Bukan 'dunia realiti.'

Apabila Mempunyai Anak-Anak Sendiri


Apabila mempunyai anak-anak dari zuriat sendiri, barulah saya mengerti bahawa menjadi 'bapa realiti' bukanlah semudah yang disangkakan. Kerana kita bukan 'bapa fantasi' tanpa rasa dan merasai.

Kadang-kadang ia menjadi gula manis secukupnya.

Senyum, gelak, senda gurau, hilai tawa, telatah, mimik muka dan segala macam lagi 'penemuan-penemuan' baru yang bisa menjadi penenang jiwa, menghilang resah di dada serta memberikan rasa bahagia.

Kadang-kadang ia menjadi garam tanpa gula.

Kenakalan, kedegilan, pelbagai karenah, peel dan ragam mereka, adakalanya menuntut kesabaran yang menyesakkan dada dan minda juga.

Kadang-kadang ia menjadi 'sambal belacan' secukup rasa.

Rasa 'geram, marah, tertekan dan segala macam rasa lagi'' dengan pelbagai macam karenah anak-anak bertembung dengan sulaman kasih serta sayang dan aliran darah penyambung warisan. Dan berbagai rasa yang tidak mampu diungkapkan melalui ungkapan bahasa dan kata-kata.

Rasa 'pedas, manis, masin, masam' yang sebati dan secukup rasa melengkapkan perasaan ' benci tapi rindu'.  

Apabila mulut memakannya.
Lidah pula terasa pedasnya.
Mata turut melelehkan air matanya.
Dahi dan hidung mengeluarkan peluhnya.

Antara garam, gula dan kepedasan yang saling melengkapi itu, menambah selera, penyeri hidangan. Menghilangkan rasa hambar lidah menelannya.

Pedas-pedas sambal belacan.
Pedasnya hanya seketika, hilang pedas teringinlah pula.
Kenikmatannya yang lebih utama.
Kadangkala terlupa bisa dan pantangnya juga.

Akhirnya.

Dan dalam banyak keadaan, saya hanya mampu menyimpan geram di dalam hati dengan sesekali lisan mengomel sakan, sedangkan kuasa tangan dibiarkan terikat memendam rasa.

Salahkah saya?

Kadang-kadang keliru juga!!!

Orang putih kata 'try and error'.

Moga-moga tidak tersilap pula.

Razak Nordin berpesan ; Kerana saya  bapa realiti, saya bukan bapa fantasi.

Ketika Sahabat Diuji







"Salam...Mohon sumbangan dari Tabung Kebajikan Pusat Islam utk saudara kita ust. Safuan atas kebakaran rumah ptg ini...tinggal sehelai sepinggang..sempat jumpa beliau jap td"

Begitulah kurang lebih bunyi SMS dari seorang sahabat yang saya terima petang semalam. Dan 'dengan segera' saya panjangkan SMS tersebut kepada AJK-AJK 'tertinggi' untuk mendapatkan persetujuan bersama. Meringankan walaupun sedikit bebanan buat sahabat yang sedang diuji oleh Allah SWT.

Hari ini hari orang, esok-esok hari kita pula.
Mana tahu.
Inikan kehidupan dunia.

Saya turut bersimpati dengan sahabat lama ini. Atas ujian Allah yang telah ditakdirkan untuknya seisi keluarga. Walaupun beratnya hanya pada memandang, tetapi mudah-mudahan panggilan telefon saya pagi tadi dapat meringankan serba sedikit bebanan yang sedang ditanggungnya.

Walaupun hanya suara, tetapi tawa gelak ringkasnya dapat juga melegakan perasaan saya di kejauhan ini.  

Begitulah kita.
Manusia yang sentiasa akan diduga dan diuji oleh Allah SWT. dengan pelbagai cara, bentuk dan keadaan.

Setelah berusaha membuat yang terbaik dalam setiap gerak kerja hidup kita, berdoa, berazam serta bertawakkal kepadaNya, apalah upaya kita untuk menidakkan apa yang telah ditakdirkan untuk kita semua.

Hamba-hambaNya.

Berusaha adalah 'hak' kita selagi upaya,tetapi ketentuan adalah milik Allah SWT. jua.

Semoga Ustaz Safuan serta keluarga dan kita semua diberikan kekuatan yang berpanjangan dalam mendepani perjalanan hidup yang pelbagai ragam ini. Dengan pelbagai ujian dan dugaan dari Allah SWT. yang adakalanya silih berganti.

Berat dan ringan.
Lama atau sekejap cuma.

Semuanya meninggalkan 'rasa', sama ada di jiwa atau fizikal jua.

Hanya kepadaMu kami mengadu dan memohon wahai TUHANKU. 

Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu. 

Kepada sesiapa yang mengenali atau tidak serta berhajat untuk memberikan sumbangan bolehlah menghubungi Ustaz Safuan di talian : 013-9697099.

Razak Nordin berpesan ; Ya Allah. Berikanlah kami semua kekuatan selama-lamanya. Untuk menghadapi ujian mental dan fizikal juga.

Monday, November 22, 2010

Senyum Pagi-Makna Ayat-Ayat Formal Yang Biasa Digunakan Di Pejabat.







Santai-santai pagi Isnin.

Mungkin sesiapa yang pernah dan sedang bekerja di mana-mana pejabat biasa berjumpa dengan ayat-ayat di bawah.  

Untuk tindakan segera : Cepat! Buat sekarang! Jangan bertangguh-tangguh macam selalu-selalu. Berubahlah.

Salinan kepada : Saja nak bagitau kami pun tengah buat kerja ni.

Tindakan sedang diambil : Kami tak buat apa-apa lagi pun, kami lupalah.

Untuk  tindakan yang anda fikirkan perlu : Saya malas nak pening-peningkan kepala. Kamu buat jelah apa yang patut.

Untuk makluman anda, tolong..: Kami tidak berminat menyelesaikan masalah anda.

Kami sedang memproses permohonan anda dengan pihak-pihak yang berkaitan : Kami belum buat apa-apa pun. Tapi kami saja salahkan pihak lain.

Dalam proses : Kami tak buat apa-apa lagi pun. Nasib baik tuan/puan tolong 'peringatankan'.

Razak Nordin berpesan ; Semua huraian di atas hanyalah imaginasi penulis. Tiada 'kaitan' dengan mana-mana sumber dan rujukan rasmi@ pakat kongsilah sorang sikit.  

Tuesday, November 16, 2010

Hari Raya ; Kenapa Berbeza?







Saya ditanya acapkali juga kenapa sambutan perayaan Aidil Adha tidak sama antara satu negara dengan satu negara yang lain.

Untuk kali ini, saya tidak bercadang untuk memberikan huraian sendiri mengikut ilmu serta kefahaman saya. Di sini saya hanya ingin berkongsi dua artikel yang saya jumpa untuk bacaan dan pertimbangan masing-masing.

Dan jika ada sebarang pandangan, bolehlah dikongsikan. bagi tujuan pencerahan sahaja, bukan sebaliknya. Sebarang kontroversi tidak dialu-alukan di pokok-kayu. Ingat, hanya pencerahan dan penambahan ilmu ke arah kebaikan bersama. 

Artikal 1.
Izinkan saya salin dan tampal di sini. Dengan izin bagi tujuan perkongsian. Disalin bulat-bulat tanpa sebarang perubahan dari sumber asal.

Selamat membaca dan berkongsi.

 KENAPA BERBEZA EIDUL ADHA? Dec 24, '07 9:50 PM

for everyone
SN Keluaran 21 Disember 2007

[SN153] Di dalam kegembiraan umat Islam menyambut Hari Raya Haji, tahun ini menyaksikan sekali lagi kesedihan yang menimpa umat Islam di dalam mengharungi peristiwa yang penuh bermakna ini. Bagi mereka yang benar-benar beriman kepada Allah dan cintakan penyatuan umat Islam, Hari Raya Haji yang baru sahaja berlalu ini disambut dengan hati yang penuh terguris dan meninggalkan luka yang amat pedih. Hal ini tidak lain tidak bukan adalah kerana perbezaan yang berlaku di kalangan umat Islam di dalam penetapan hari Eidul Adha 1428 Hijriah. Sebagaimana yang telah dimaklumi, kerajaan Malaysia dan juga beberapa kerajaan negara umat Islam yang lain, termasuk negara jiran Indonesia, telah menetapkan Eidul Adha pada tahun ini jatuh pada hari Khamis 20 Disember 2007. Terdapat juga beberapa negara kaum Muslimin lainnya yang menetapkan Hari Raya Haji 1428H pada hari Jumaat 21 Disember 2007. Ini bermakna, umat Islam di seluruh dunia telah menyambut hari kebesaran Islam ini dalam tiga hari yang berbeza. Ketetapan ini tidak sama dengan apa yang telah ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi yang telah mengumumkan bahawa wukuf atau Hari Arafah (9 Zulhijah) adalah pada hari Selasa, 18 Disember 2007 yang secara automatik, ketetapan ini membawa maksud bahawa Hari Raya Eidul Adha (10 Zulhijah) adalah pada hari Rabu 19 Disember 2007.

Keadaan ini sebenarnya telah mengundang banyak tanda tanya kerana ia melibatkan beberapa persoalan hukum yang lain. Contohnya, kita disunatkan berpuasa pada Hari Arafah, jadi bilakah sepatutnya kita berpuasa, adakah pada hari Selasa (18 Disember) yakni sesuai dengan hari ketika jemaah haji wukuf di Arafah, atau pada hari Rabu (19 Disember) sesuai dengan ketetapan pemerintah setempat? Jika berpuasa pada hari Rabu (19 Disember), persoalannya, betulkah hari itu adalah hari Arafah, sedangkan jamaah haji di Mekah pada hari itu justeru sedang merayakan Eidul Adha dan sudah pun wukuf di Arafah hari sebelumnya? Jadi, bukankah berpuasa pada hari Rabu bererti berpuasa pada hari yang kita diharamkan untuk berpuasa kerana bermaksud kita telah berpuasa pada Hari Raya? Bila pemerintah mengisytiharkan bahawa hari Arafah jatuh pada Rabu 18 Disember, lantas ‘Arafah’ manakah yang dimaksudkan oleh mereka, mengingat bahawa Arafah hanya ada satu sahaja, yakni satu-satunya tempat suci di mana para jemaah haji melakukan wukuf? Jika umat Islam memilih untuk puasa sunat pada hari Selasa 18 Disember, bila pula harus solat Eidul Adhanya? Rabu (19 Disember) atau Khamis (20 Disember) atau Jumaat (21 Disember)?

Sebenarnya pertanyaan-pertanyaan di atas langsung tidak perlu timbul. Namun, ia timbul tatkala pemerintah di negeri-negeri kaum Muslimin dengan kekuasaan yang dimiliki masing-masing telah menetapkan hari kebesaran kaum Muslimin ini di atas landasan yang salah. Apa yang berlaku ini sesungguhnya sesuatu yang amat memalukan dunia Islam. Kenyataan ini juga menunjukkan betapa umat Islam dewasa ini telah kehilangan penyatuan dan jatidiri, sehingga untuk hal-hal ubudiyah sekalipun mereka tetap berpecah dengan mengikut sempadan assabiyyah dan wathaniyyah masing-masing. Umum mengetahui bahawa perpecahan umat ini terjadi setelah runtuhnya Khilafah Uthmaniyyah pada 28 Rejab 1342H (3 Mac 1924M) yang mana umat Islam telah kehilangan seorang pemimpin (Khalifah) yang selama ini telah menyatupadukan mereka di peringkat antarabangsa. Pemimpin tunggal umat Islam sedunia sudah tidak ada lagi dan umat Islam telah terpecah belah kepada lebih dari 50 buah negara yang bergerak atas dasar dan mengikut kepentingan negara masing-masing. Sehingga untuk menetapkan hari yang begini mulia untuk keseluruhan umat Islam pun, hawa nafsu dan sempadan palsu inilah yang dijadikan ukuran, bukannya hukum wahyu.

Penentuan Hari Eidul Adha Wajib Berdasarkan Penduduk Mekah

Bagi pengkaji fikih, mereka akan dapati bahawa terdapat sedikit khilaf dalam hal mengamalkan satu ru’yah untuk Eidul Fitri, namun khilaf semacam ini tidak pernah ada dalam penentuan Eidul Adha. Sesungguhnya ulama seluruh madzhab (Hanafi, Maliki, Syafi’i dan Hanbali) telah sepakat mengamalkan ru’yah yang sama untuk Eidul Adha. Ru’yah yang dimaksudkan adalah ru’yatul hilal untuk menetapkan awal bulan Zulhijjah, yang dilakukan oleh penduduk Mekah dan ru’yah ini akan dirujuk di seluruh dunia. Oleh sebab itu, kaum Muslimin dalam sejarahnya senantiasa ber-eidul Adha pada hari yang sama. Fakta ini dapat dilihat sejak masa Rasulullah lagi dan dilanjutkan pada masa Khulafa’ Rasyidin, Umawiyyin, Abbasiyyin dan Uthmaniyyin. Namun meskipun penetapan Eidul Adha ini sudah menjadi perkara yang ma’lum min al-din bi al-dharurah di dalam Islam, anehnya pemerintah Malaysia dan beberapa negara umat Islam lainnya, telah begitu berani menetapkan Eidul Adha pada tarikh yang berlainan. Sedangkan kewajiban kaum Muslimin untuk menyambut Hari Raya Korban ini secara bersama-sama (serentak) telah ditunjukkan oleh banyak nas syara’. Di antaranya adalah:-

(1) Hadis A’isyah ra, dia berkata “Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bersabda, ‘Eidul Fitri adalah hari orang-orang (kaum Muslimin) berbuka (selesai Ramadhan). Dan Eidul Adha adalah hari orang-orang menyembelih korban” [HR At-Tirmidzi – lihat Imam Syaukani, Nailul Authar, Beirut : Dar Ibn Hazm, 2000, hlm 697, hadis No. 1305]. Imam At-Tirmidzi juga meriwayatkan hadis yang serupa dari Abu Hurairah ra dengan lafaz, “Bulan puasa adalah bulan mereka (kaum Muslimin) berpuasa. Eidul Fitri adalah hari mereka berbuka. Eidul Adha adalah hari mereka menyembelih korban” [Nailul Authar, hlm 697 hadis No. 1306]. Imam At-Tirmidzi berkata, “Sebahagian ahlul ‘ilmi (ulama) menafsirkan hadis ini dengan menyatakan, ‘Sesungguhnya makna puasa dan Eidul Fitri ini adalah yang dilakukan bersama jemaah (keseluruhan masyarakat Islam) dan sebahagian besar manusia” .

Hadis di atas secara jelas menunjukkan kewajiban berpuasa Ramadhan, ber-eidul Fitri, dan ber-eidul Adha bersama-sama orang ramai, iaitu maksudnya bersama kaum Muslimin keseluruhannya, dan langsung tidak timbul soal sempadan negara. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam tidak pernah membataskan perintah (hadis) baginda agar kaum Muslimin menyambut hari raya (berbeza) mengikut sempadan negara masing-masing. Hal ini kerana kaum Muslimin itu tidak pernah dibezakan oleh Rasulullah melalui sempadan negara, malah kaum Muslimin itu hidup di bawah naungan Daulah Islam yang sama. Justeru, atas dasar apakah pemerintah sekarang mengisytiharkan hari raya yang berbeza? Adakah mereka mengikut nas atau melawan nas, mengikut Rasulullah atau berlawanan dengan Rasulullah? Sesungguhnya berdasarkan hadis ini, mana-mana Muslim pun tidak dibenarkan berpuasa sendirian, atau berbuka (ber-eidul Fitri) bersendirian ataupun ber-eidul Adha sendirian (mengikut sempadan negara masing-masing). Yang benar adalah mereka wajib berpuasa dan berhari raya bersama-sama kaum Muslimin yang lain di seluruh dunia pada hari yang sama.

(2) Dari Husain Ibn Al-Harits Al-Jadali, dia berkata, “Sesungguhnya Amir (Wali) Mekah pernah berkhutbah dan berkata, “Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam mengamanatkan kepada kami untuk melaksanakan manasik haji berdasarkan ru’yah. Jika kami tidak dapat meru’yah tetapi ada dua saksi adil yang berjaya meru’yah, maka kami melaksanakan manasik haji berdasarkan kesaksian keduanya” [HR Abu Dawud dan Ad-Daruquthni]. Imam Ad-Daruquthni berkata, “Isnadnya bersambung (muttashil) dan sahih” [Lihat Imam Syaukani, Nailul Authar hlm 841 hadis No. 1629]. Hadis ini dengan jelas menunjukkan bahawa penentuan hari Arafah dan hari-hari pelaksanaan manasik haji, telah dilaksanakan pada saat adanya Daulah Islamiyyah oleh pihak Wali Mekah. Hal ini berlandaskan perintah Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam kepada Amir (Wali) Mekah untuk menetapkan hari dimulainya manasik haji berdasarkan ru’yah. Di samping itu, Rasulullah juga telah menetapkan bahawa pelaksanaan manasik haji (seperti wukuf di Arafah, tawaf ifadhah, bermalam di Muzdalifah, melempar jamrah) harus ditetapkan berdasarkan ru’yah penduduk Mekah sendiri, bukan berdasarkan ru’yah penduduk Madinah, penduduk Najd atau penduduk negeri-negeri Islam lainnya. Dalam keadaan sekarang di mana tidak adanya Daulah Islamiyyah (Khilafah), penentuan waktu manasik haji ini pun masih tetap sama di mana ia tetap menjadi autoriti pihak yang memerintah Hijaz dari kalangan kaum Muslimin, meskipun kekuasaannya diperolehi dengan jalan paksa. Dalam keadaan ini, kaum Muslimin di seluruh dunia wajib merayakan Eidul Adha pada yaumun nahr (hari penyembelihan korban) iaitu tatkala para jemaah haji di Mekah sedang menyembelih korban pada tanggal 10 Zulhijjah (sehari selepas wukuf di Arafah), dan bukan keesokan harinya (hari pertama dari Hari Tasyriq). Ini bermakna (pada tahun ini) kaum Muslimin di seluruh dunia wajib berhari raya pada tanggal 19 Disember, bukannya 20 atau 21 Disember. Menyambut Hari Raya Haji pada selain 19 Disember adalah menyalahi nas syara’ dengan sejelas-jelasnya.

(3) Dari Abu Hurairah ra, dia berkata, “Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam telah melarang puasa pada Hari Arafah, di Arafah” [HR Abu Dawud, An Nasa’i – lihat Imam Syaukani, Nailul Authar hlm 875, hadis No. 1709]. Berdasarkan hadis itu, Imam Asy-Syafi’i berkata, “Di sunatkan berpuasa pada Hari Arafah (tanggal 9 Zulhijjah) bagi mereka yang bukan jemaah haji”. Hadis di atas merupakan dalil yang jelas dan terang mengenai kewajiban merayakan Eidul Adha pada hari yang sama di atas seluruh kaum Muslimin. Sebab, jika disyari’atkan puasa bagi selain jemaah haji pada Hari Arafah (hari tatkala jemaah haji wukuf di Padang Arafah), maka artinya, Hari Arafah itu satu adanya, tidak lebih dari satu, tidak boleh lebih dari satu dan tidak akan lebih dari satu. Ini justeru bermakna, puasa sunat bagi kaum Muslimin (selain jemaah haji) juga akan berlaku pada hari yang satu. Ini kerana perbezaan titik paling jauh di antara belahan dunia ini sekalipun hanyalah 12 jam sahaja (tidak sampai pun 24 jam) dan Malaysia pula, hanya berbeza 5 jam sahaja dengan Arab Saudi. Bagaimanakah perbezaan 5 jam ini ‘tiba-tiba’ menyebabkan Hari Arafah menjadi berbeza lebih dari sehari (24 jam) sebagaimana yang ditetapkan oleh pemerintah? Sungguh tidak masuk akal dan alangkah dangkalnya pendapat dan ketetapan ini! Justeru, sungguh-sungguh menyalahi nas apabila kaum Muslimin di Malaysia, Indonesia dan lain-lainnya (yang beraya pada 20 Disember) berpuasa sunat pada hari penyembelihan korban di Mekah (10 Dzulhijjah), yang sebenar dan sesungguhnya adalah hari raya Eidul Adha. Dan bukankah berpuasa pada hari raya itu adalah perbuatan yang jelas-jelas diharamkan oleh Rasulullah? Lalu atas dasar apa pula kaum Muslimin solat Eidul Adha di luar waktunya yang mana mereka sebenarnya bersolat Eidul Adha pada tanggal 11 Zulhijjah (hari pertama dari Hari Tasyriq)? Sungguh, perbuatan ini amat-amat menyalahi nas dan tidak boleh dilakukan oleh seorang Muslim pun yang masih ada keimanan dan rasa takut kepada Allah dan Hari Akhirat!

Mengikut Nas Atau Mengikut Pemerintah?

Sebahagian dari kaum Muslimin yang membolehkan perbezaan Eidul Adha beristidlal (menggunakan dalil) dengan hadis, “Berpuasalah kalian apabila melihat (ru’yah) hilal, dan berbukalah kalian (ber-eidul Fitri) apabila melihat hilal. Dan jika mendung/awan menghalang (pandangan) kalian, maka perkirakanlah”. Beristidlal dengan hadis ini untuk membolehkan perbezaan hari raya (termasuk Eidul Adha) di antara negeri-negeri umat Islam dan untuk membolehkan penggunaan kaedah hisab adalah istidlal yang keliru. Kekeliruannya dapat ditinjau dari beberapa aspek:

Pertama, Hadis tersebut tidak menyentuh Hari Raya Eidul Adha baik secara langsung mahupun tidak langsung. Hadis itu hanya menjelaskan tentang Eidul Fitri, bukannya Eidul Adha. Maka dari itu, tidaklah tepat beristidlal dengan hadis tersebut untuk membolehkan perbezaan Eidul Adha berdasarkan perbezaan mathla’ (tempat terbit hilal), di antara negeri-negeri umat Islam. Selain itu, mathla’ hilal itu sendiri faktanya tidaklah berbeza-beza, sebab anak bulan itu terbit di langit pada satu titik waktu yang sama. Dan waktu kelahiran anak bulan ini berlaku untuk bumi seluruhnya. Yang berbeza sebenarnya hanyalah tempat dan waktu pencerapan/pengamatan (di bumi) kerana berlakunya pusingan bumi. Itu pun (pusingan bumi) masih terjadi dalam jangka waktu yang selisihnya masih terhitung pada hari yang sama, yang lamanya tidak lebih dari 12 jam. Jadi, langsung tidak timbul soal perbezaan hari (24 jam) kerana titik yang paling jauh sekalipun hanya mengalami selang masa selama 12 jam sahaja.

Kedua, hadis tersebut telah menetapkan awal puasa Ramadhan dan Eidul Fitri berdasarkan ru’yatul hilal, bukan berdasarkan kaedah hisab. Pada hadis tersebut tak terdapat sedikit pun dalalah (pemahaman) yang membolehkan kaedah hisab untuk menetapkan awal bulan Ramadhan dan hari raya Eidul Fitri. Manakala perkataan Nabi yang berbunyi, “...jika mendung/awan menghalang (pandangan) kalian, maka perkirakanlah” maksudnya bukanlah perkiraan berdasarkan kaedah hisab, tetapi bermaksud menyempurnakan bilangan (bulan) Sya’ban atau Ramadhan kepada 30 hari, (bila hilal tidak kelihatan) [sila rujuk ‘SN92 Rukyah Dan Hisab - Matla’ Syariyyah Atau Matla’ Assabiyyah’ untuk kefahaman lanjut]. Jadi, adalah teramat keliru jika menggunakan hadis ini dan menetapkan tarikh Eidul Adha berdasarkan kaedah hisab.

Ketiga, Andaikata kita terima bahawa hadis tersebut juga berlaku untuk Eidul Adha dengan jalan Qiyas (padahal Qiyas tidak berlaku dalam hal ibadah yang bersifat tauqifiyah) maka hadis tersebut justeru akan bertentangan dengan hadis dari Husain Ibn Al-Harits Al-Jadali di atas, yang bersifat khusus untuk Eidul Adha dan manasik haji. Dalam hadis penetapan Ramadhan dan Eidul Fitri, Rasulullah memberi autoriti kepada mana-mana orang Islam di seluruh dunia untuk melihat hilal. Manakala dalam hadis penetapan Eidul Adha, Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam hanya memberikan autoriti kepada kaum Muslimin/Amir/wali Mekah untuk menetapkan ru’yah bagi bulan Zulhijjah dan untuk menetapkan waktu manasik haji khusus berdasarkan ru’yah penduduk Mekah (bukan ru’yah kaum Muslimin di negeri-negeri yang lain). Apabila terdapat nas khusus di dalam satu-satu perkara, maka nas yang bersifat khusus ini akan terpakai dan mesti diguna terlebih dahulu berbanding dengan nas yang bersifat am. Nas yang bersifat am pula tidak boleh digunakan bukan pada tempatnya sehingga menyalahi nas khusus yang telah sedia ada. Sesungguhnya hadis-hadis tidak akan bertentangan antara satu sama lain (kecuali dalam kes nasikh-mansuh), melainkan umat Islamlah yang (kerana kesalahfahaman mereka) menjadikannya bertentangan.

Berdasarkan penjelasan ini, atas dasar apakah lagi umat Islam ini berbeza pendapat di dalam menetapkan tarikh Hari Raya Haji? Bukankah yang sepatutnya dijadikan rujukan oleh umat Islam adalah nas, dan nas semata-mata? Ternyata, apabila nas diketepikan, maka berpecahlah umat Islam. Walaupun Rasulullah telah membuat ketetapan tentang hari Eidul Adha bagi seluruh kaum Muslimin, malangnya sebahagian besar kaum Muslimin hari ini telah mengikut ‘ketetapan’ yang dibuat oleh pemerintah negara masing-masing yang justeru bertentangan dengan apa yang Rasulullah telah tetapkan. Atas dasar wahyu, Rasulullah telah membuat ketetapan Eidul Adha dan telah menyatukan kaum Muslimin di seluruh dunia dengan ketetapan tersebut. Justeru atas dasar apakah ketetapan Eidul Adha yang dibuat oleh pemerintah sekarang? Atas dasar apakah pemerintah kaum Muslimin memecah-belah dan mencerai-beraikan kesatuan kita? Atas dasar apakah kaum Muslimin di seluruh dunia menyambut Eidul Adha pada hari yang berbeza-beza? Atas dasar apa lagi, jika bukan atas dasar assabiyyah dan wathaniyyah!!!? Atas dasar apa pula para ulama dan imam-imam yang ada hanya mengikut sahaja apa yang ditetapkan oleh pemerintah? Tidakkah mereka ini mengkaji nas dan mendengar apa yang Rasulullah tetapkan? Alasan apakah yang mereka akan berikan kepada Allah Azza wa Jalla di akhirat nanti atas perbuatan mereka yang menyalahi ketetapan RasulNya? Apakah kerana (alasan) menjaga ‘periuk nasi’ (di dunia) maka hal ini lebih penting bagi mereka, dari menjaga agama Allah atau dari menjaga diri mereka sendiri dari azab Allah (di akhirat)? Sesungguhnya mereka tidak akan ada alasan lagi di hadapan Allah kelak.

Sebahagian dari kaum Muslimin (sama ada yang jahil mahupun yang mengetahui akan nas-nas yang jelas tentang Eidul Adha), ada yang beranggapan bahawa kita wajib mengikut sahaja apa yang telah ditetapkan oleh pemerintah. Alasan mereka adalah kerana ini akan menjaga kesatuan umat Islam dan jika ia salah sekalipun, maka pemerintahlah yang akan menanggung dosa. Mereka melihat bahawa jika mana-mana individu Muslim atau gerakan Islam yang menyambut hari raya berlainan dari hari yang telah ditetapkan oleh pemerintah, maka golongan ini dikatakan memecahbelahkan kesatuan umat! Subhanallah! Betapa dangkalnya hujah ini! Tidakkah mereka sedar bahawa pemerintah yang telah menetapkan hari raya tanpa mengikut nas inilah yang merupakan pemecah kesatuan umat Islam? Tidakkah mereka sedar bahawa pemerintah inilah yang telah menyebabkan umat Islam menyambut hari raya yang tidak sama? Tidakkah mereka sedar bahawa kerana pemerintah inilah, umat Islam di seluruh dunia tidak bersatu, bukan sekadar tidak bersatu di dalam menyambut hari raya, malah tidak bersatu di dalam segala hal? Tidakkah mereka ini sedar bahawa mereka sendiri telah menyumbang kepada perpecahan umat Islam apabila mereka mentaati pemerintah yang tidak mentaati hukum Allah ini? Dan tidakkah mereka membaca ayat-ayat Allah bahawa setiap diri itu akan menanggung dosa di atas perbuatannya sendiri?

Mereka menuduh bahawa orang yang tidak berhari raya menurut ketetapan pemerintah sebagai pemecah kesatuan, tidakkah mereka ini sedar bahawa ‘kesatuan’ yang mereka maksudkan itu adalah ‘kesatuan jahiliyyah’? Ini kerana pemerintah hari ini hanya menyatukan umat Islam berdasarkan sempadan negara-bangsa (nation-state) semata-mata. Jadi, apakah mereka ingin menyahut seruan jahiliyyah (assabiyyah dan wathaniyyah) oleh pemerintah dan menyambut hari raya berdasarkan sempadan bangsa dan negara? Lalu seruan ini mereka namakan sebagai ‘penyatuan umat’? Maha Suci Allah! Apakah kesatuan jahiliyyah yang mereka serukan, bukannya kesatuan atas dasar La ilaha illallah, Muhammad Rasulullah yang tidak mengenal batas sempadan, warna kulit, keturunan dan sebagainya? Alangkah jauhnya mereka dari kebenaran! Ya benar, kita wajib taat kepada pemimpin, tetapi tidakkah mereka ini mendengar sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bahawa, “Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam (perkara) memaksiati Allah” [HR Ahmad dan Hakim]. Apakah ketetapan hari raya yang bertentangan dengan ketetapan wahyu ini bukan (perkara) memaksiati Allah? Jadi, siapakah pemecah belah umat yang sebenarnya? Apakah orang yang ingin mentaati Allah dan Rasul dikatakan pemecah belah umat, manakala pemerintah yang melanggar perintah Allah dan Rasul dianggap penjaga kesatuan umat?

Justeru, Hizbut Tahrir menyeru kepada umat Islam di Malaysia khususnya dan di dunia amnya untuk menarik pengajaran dari peristiwa ini, bahawa segala perpecahan yang berlaku ini adalah kerana tidak diterapkan hukum Islam di dalam kehidupan sama ada oleh individu, masyarakat mahupun negara. Demikianlah keadaan umat bila tidak kembali kepada hukum Allah. Demikianlah keadaan umat apabila tidak adanya seorang Khalifah yang memimpin mereka. Umat akan terus berpecah belah dalam berbagai hal, termasuklah dalam perkara menetapkan hari kebesaran bagi mereka sendiri. Hal ini tidak lain adalah kerana adanya batas sempadan negara-bangsa yang dicipta oleh penjajah kuffar yang dipertahankan oleh pemerintah hari ini. Jika keadaan ini terus berlangsung, bagaimana mungkin umat Islam akan mampu mewujudkan kerahmatan Islam yang telah dijanjikan Allah? Kerana itu, perpecahan ini wajib dihentikan. Caranya, umat Islam wajib bersungguh-sungguh, dengan segala daya dan upaya masing-masing, untuk berjuang ke arah penyatuan umat Islam sedunia dengan melantik seorang Khalifah yang akan menggabungkan semula keseluruhan negeri-negeri mereka dan menyatukan semula hari raya mereka. Hanya dengan cara ini sahajalah umat Islam akan kembali bersatu di dalam satu kesatuan yang utuh.

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Marilah bersama-sama di dalam perjuangan menyatukan semula umat ini di bawah Daulah Khilafah. Ketahuilah oleh kalian bahawasanya perjuangan untuk menegakkan Khilafah ini sedang menghampiri kejayaannya. Penuhilah oleh kalian seruan kepada mendirikan semula Khilafah dengan bersama-sama barisan pemuda-pemuda kaum Muslimin di seluruh dunia yang pada ketika ini sedang bergerak aktif menyahut seruan Allah dan Rasul untuk menegakkan agamaNya. Pemuda-pemuda ini Insya Allah tidak akan berhenti dari seruan ini sehinggalah Allah menunaikan janjiNya kepada mereka. Seruan inilah yang akan mengakhiri segala perpecahan dan kehinaan yang membelenggu umat Islam pada ketika ini. Belenggu-belenggu jahiliyyah ini, Insya Allah, akan tertanggal satu demi satu dengan bergabungnya kalian ke dalam barisan pemuda yang berjuang menegakkan Khilafah ini. Sesungguhnya perjuangan ini memerlukan pengorbanan yang besar sebagaimana pengorbanan yang telah dilakukan oleh Rasulullah dan para sahabat di dalam perjuangan dakwah mereka sehingga tertegaknya Daulah Islam di Madinah. Namun, pengorbanan ini telah dijanjikan oleh Allah dengan syurgaNya yang seluas langit dan bumi dan demi Allah, sesungguhnya tidak ada balasan yang lebih baik dari balasan ini. Justeru, bersegeralah kepada kebaikan ini wahai kaum Muslimin.

Ya Allah, saksikanlah bahawa kami telah menyampaikan.
 
Artikel 2.
Mungkin tiada perkaitan secara langsung. Tetapi pada saya ada baiknya artikel 1 di atas dibaca secara bersama dengan artikel di bawah.
 
Untuk artikel 2, Ramadan : Antara Bulan dan Matahari saya pautkan di sini.

Razak Nordin berpesan ; Terima kasih kepada pemilik -pemilik asal yang telah dinyatakan sumber-sumbernya. Jika ada kebaikan dari perkongsian ini, biarlah ianya menjadi sedekah jariah yang berpanjangan.  

Ketika Kita Diuji







Ketika Kepala 'Bersimpang Siur.'

Barangkali semua orang menyedari dan mengakui bahawa kehidupan pada zaman mana pun mempunyai cabaran-cabarannya yang tersendiri serta berbeza-beza.

Manusia berbeza.
Cabarannya pula berbeza-beza serta bertahap-tahap pula.

Zaman berbeza.
Cabarannya pula berbeza-beza juga.

Tahap berbeza.
Berbeza pula bentuk dan keadaannya.

Cabaran fizikal dan mental juga.

Kadangkala sakit fizikal dan sakit juga jiwa hati nuraninya. Bersilih ganti dan acapkali datang bersekali. Antara ringan dan berat yang menuntut kesabaran hati. Terkadang di luar kawalan upaya diri kecuali dengan pertolongan dan limpah perkenan Ilahi.

Mungkin dengan apa yang telah dan sedang berlaku diseputar hidup harian yang telah dan sedang dilalui. Kerana kita adalah manusia, mamalia berdarah panas yang juga mempunyai hati dan nurani serta fizikal yang bisa merasa sakit dan menderita. Dan juga deraian tangisan serta lelehan air mata.

Sama ada secara langsung atau pun tidak langsung. Yang mampu dihadapi serta dibalasnya. Dan ada juga yang 'tidak mampu' dibalas secara langsung . Di kala kita hanya mentimun mana mungkin untuk berlawan dengan durian yang banyak durinya itu. Hukum logik dan akalnya tidak mengizinkan mentimun untuk menang dengan keupayaan yang terbatas itu. Kalaulah betullah andaian begitu.

Kadangnya mampu 'membalasnya' tetapi kita memilih untuk tidak menjadi gagah seperti itu. Kerana teringat pesanan Rasul Junjungan bahawa gagah sebenar adalah sesiapa yang berjaya menahan diri ketika marah bukan gagah kerana menang dalam bergusti. Bandingan hadisnya begitu.

Tidaklah  Allah membebankan serta mempertanggungjawabkan seseorang kecuali apa-apa yang mampu ditanggungnya.

Itu janji Allah. Mudah-mudahan untuk kita begitulah.

Sabar Yang Banyak Cabangnya Itu.

Dalam bukunya yang berjudul AKHLAK DAN TASAWUF, Prof. Madya Mohd Sulaiman bin Haji Yasin antara lain telah merumuskannya seperti berikut ;

Pertama : Sabar atas kesusahan atau bala bencala yang menimpa pada manusia biasa malahan juga menimpa para Nabi. Di antaranya yang dirumuskan oleh al Quran :
  • Sabar atas kefakiran atau kelaparan
  • Sabar atas kesakitan
  • Sabar pada masa peperangan atau dalam masa ketakutan
  • Sabar atas kehilangan wang
  • Sabar atas kehilangan jiwa
  • Sabar atas kehilangan harta benda.
Kedua : Sabar atas keinginan hawa nafsu yang menjadi urusan syaitan. Di antaranya : Sabar atas tarikan dan runtunan hawa nafsu yang rendah dan hina, di antaranya
  • Sabar dari menurutkan rasa marah.
Firman Allah yang maksudnya ;
Dan jika kamu membalas kejahatan(pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang ditimpakan kepada kamu, dan jika kamu bersabar, maka sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang yang sabar."
Surah al Nahl ayat ; 126.


Ketiga :
  • Sabar atas kemewahan seperti yang diisyaratkan dalam ayat di bawah ini:
  • Sabar atas kenikmatan orang lain, terutama orang kafir dan golongan Taghut yang pada lahirnya nikmat tetapi pada batinnya azab.
  • Allah menegaskan dengan firmanNya yang bermaksud ; Katakanlah Wahai Muhammad akan firmanku ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu : "Wahai hamba-hambaku yang beriman! Bertakwalah kepada Tuhan kamu. Ingatlah orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan yang sebenar di akhirat. Dan ingatlah bumi Allah ini luas untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas. Sesungguhnya orang-orang yang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira". Az Zumar ayat 10
Sabar atas kenikmatan ini lebih berat dari sabar atas bala bencana. Oleh kerana itu Allah memperingatkan dari fitnah anak-anak dan harta benda serta isteri.

Dalam surah At Tagharabun ayat 16 Allah berfirman dengan maksudnya ; "Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah sedaya upaya kamu dan dengarlah akan pengajaran-pengajaranNya serta taatlah akan perintah-perintahNya dan belanjakan harta kamu serta buatlah kebajikan untuk diri kamu. Dan ingatlah sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya".

Keempat : Sabar atas ketaatan yang sememangnya banyak halangan; nafsu itu tabiatnya liar dan tidak suka kepada pengabdian serta malas pula untuk melaksanakan, seperti yang diisyaratkan oleh al Quran dalam surah Maryam 65 yang bermaksud ;

"Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, oleh itu sembahlah engkau akan Dia dan bersabarlah dengan bertekun tetap dalam beribadat kepadaNya ; adakah engkau mengetahui sesiapapun yang senama dan sebanding denganNya?"

Kesabaran ini memerlukan tiga peringkat :
  • Sebelum dapat melaksanakan sesuatu ketaatan maka perlulah memperbaiki niat dan ikhlas, sabar dari riya' yang merosakkan dan sabar untuk menguatkan azam.
  • Ketika mengerjakan ketaatan hendaklah sentiasa berjaga dan waspada dari faktor atau sebab yang boleh melemahkan.
  • Selepas mengerjakannya hendaklah bersifat sabar dari melakukan sesuatu yang membatalkan amal ketaatannya.
Kelima : Sabar atas kesusahan berdakwah ke jalan Allah. Dakwah kepada Allah atau ke jalan Allah adalah suatu usaha yang mulia dan suci, suatu usaha warisan daripada Rasul dan Nabi. Maka ia mempunyai halangan dan rintangan dari musuh-musuh kebenaran dan kebaikan, sama ada dari musuh iblis sdan syaitan, sama syaitan itu dari jin maupun syaitan itu dari jenis manusia sendiri, kerana dakwah kepada Allah, kepada agamaNya dan kepada jalanNya itu sangat bertentangan dengan keinginan dan kesukaan hawa nafsunya, dengan adat dan tradisinya, dengan keseronokan dan kerehatannya, dengan pangkat dan kedudukan, dengan kekayaan dan kekuasaan.

Razak Nordin berpesan ; Sabar. Sabar.Sabar. Pertolongan Allah sentiasa kita harapkan. Semoga kekuatan itu sentiasa bersama kita hendaknya.

Nota ; Semua terjemahan ayat dirujuk kepada Tafsir Pimpinan Rahman Kepada Pengertian Al Quran. Mushaf Malaysia Rasm Uthmani.

Menghargai Kasih Sayang Di Aidil Adha 1431 H

Semarak kasih sayang di Aidil Adha 1431 ;

Teristimewa buat isteri dan anak-anak.
Norhasnizar binti Khabi.
Nursyuhada Najihah binti Razak.
Ruknuddin Razin Raziq bin Razak.
Termasuk yang bakal lahir Februari nanti Insyaallah.

Semoga semua selamat sejahtera hendaknya. Semoga hadirmu bersama kasih sayang yang berpanjangan dengan rahmat Ilahi.
Tidak lupa buat kaum keluarga walau di mana sahaja kalian berada.
Dekat atau jauh.
Walaupun nama-nama kalian tidak dapat disenaraikan serta gambar-gambar juga tidak dapat diletakkan diruangan ini.

Paling istimewa buat insan yang tidak pernah sesaat pun dilupakan walaupun jasad telah bersemadi di alam sana. Dialah satu-satunya ibuku. Dunia dan akhirat.

Kenangan berfoto terakhir bersama Ibu di Pondok Pinang Merah, Paka Dungun, Terengganu.


Seterusnya, buat sahabat handai yang mengenali diri ini.
Dekat atau jauh.
Tanpa menamakannya satu persatu.

Buat semuanya ;

Yang dekat dan jauh hanyalah jarak dan ruang kosmos, tapi bukan kasih sayang anugerah Ilahi buat kita semua.

Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri

Dari kasih timbul simpati
Dengan sayang ada persaudaraan
Kerana kasih ingin berbakti
Saling sayang ma'af mema'afkan

Kasih sayang itu baja
Kasih sayang penyubur jiwa
Kasih sayang itu penawar
Penguat cinta penghapus duka

Kasih manusia sering bermusim
Sayang manusia tiada abadi
Kasih TUHAN tiada bertepi
Sayang TUHAN janji-NYA pasti

Tanpa kasih sayang TUHAN
Tiada simpati tiada persaudaraan
Tanpa kasih sayang TUHAN
Tiada bakti tiada kema'afan

Kasih sayang pada semua
Kasih sayang sesama kita
Kasih sayang oooo dunia
Moga selamat di Akhirat sana

Kasih Sayang
Artist: Raihan
Razak Nordin berpesan ; Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Penyayang, kita layari hidup sewajarnya. Hargailah. Selagi kita mampu memberi dan menerima kasih sayang itu.

Friday, November 12, 2010

Himar : Apabila Allah Membuat Perbandingan






Yang telah dilalui.

Menjadi bayi.
Menjadi kanak-kanak
Menjadi remaja.
Menjadi dewasa.

Yang akan dilalui.
Belumlah tentu.

Tadika pun sudahlah selesai.
Sekolah rendah pun sudahlah dilalui.
Menengah Rendah sudahlah habis.
Menengah Tinggi pun sudahlah tamat.

Maktab Perguruan pun sudah tamat.

Univiesiti pun dah masuk dan keluar semula.
Bersama Ijazah, 'Master' dan PHDnya juga.

Macam-macam bidang sudah diteroka.
Sastera.
Sains.
IT.
Teknikal.
Hospitali.
Kejuruteraan.
Rekabentuk.
Undang-undang.
DLL@ Dan lain-lain pun ada juga.
Hinggalah bidang Sains Angkasa.

Macam-macam sijil sudahlah ada.

Diploma pula bersusun-susun.
Ijazah pun bergulung-gulung.
Master pun dah ada.
PHD pun dah ada.

Dalam negara pun ada.
Luar negara pun ada juga.

Negara Arab pun ada.
Negara 'orang putih' sama juga.

Berkelana di negara unta-unta dan negara kanggaroo juga.

Boleh kata, macam-macam ilmu sudah di dada dan juga dalam kepala.

Kalau itulah lambangnya ilmu dan kehebatan seorang manusia.

Sesekali melihat apa yang sedang terjadi.

Apabila nasihat tidak didengar, kata tidak diendah, larangan tidak dihindari, tegahan tidak ditinggalkan, hormat bertukar cacian serta penghinaan dan pelbagai macam 'keterbalikan' lagi, mungkinkah kita penyebab utamanya.

Cuba mengubah kelaziman. Lazim menyalahkan orang lain berbanding membuat koreksi diri.

Mengubah orang lain dengan mengubah kita terlebih dahulu.

Mudah-mudahan kita tidak menjadi seperti perbandingan di bawah ini ;

Perbandingan orang-orang (Yahudi) yang ditanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim. (Al-Jumu’ah : 5)

Razak Nordin berpesan ; Pengajaran diambil dari lafaz yang umum, bukan atas sebab yang khusus.

Thursday, November 11, 2010

Apabila Sesekali DiBuai Rasa

Hendak tidur, tidurlah mata
Moga hilang nanti lelah di dada
Hendak lena, lenalah jiwa
Moga besok kan kembali ceria

Lama aku berjuang
Ku menempuh duri dan gelombang
Lama ku berpanas hujan
Inginku reguk setitik kedamaian

Moga dapat ku rehat seketika
Membasuh lukanya dosa dan noda
Doakan aku teman semua
Bangkitku nanti berjuang semula

Nanti akan ku impikan
Bersama kita berganding tangan
Nanti akan ku impikan
Bendera Islam sama dikibarkan

Aku kini lemah tak berdaya
Tak mampu rasa imbang perasaan
Kerdilnya diri di sisi Tuhan
Terasa malu menatap alam

Tidurlah, tidur biar lena
Bersama dodoian kasih ini
Nanti bila terjaga dapat kau bangkit
berjuang semula…

Tidurlah, tidur biar lena
Bersama alunan cinta di hati
Nanti bila terjaga dapat berbakti
pada agama…

Buaian Rasa(As-Shoff)

Razak Nordin berpesan ; Apabila himar mula berkopiah dan bersongkok, maka beramal dengan ilmu yang diketahui akan menjadi lebih susah dari susah.

Wednesday, November 10, 2010

Kalaulah Semudah Itu

'Jika anda bekerja semata-mata untuk wang, anda tidak akan menjadi kaya kerananya. Tetapi jika anda menyintai pekerjaan yang anda lakukan itu, kejayaan akan menjadi milik anda'. RAY KROC (PENGASAS McDonalds)

Razak Nordin berpesan ; Kebanyakan orang-orang yang telah berjaya yang pernah saya 'temui' sama ada melalui pembacaan atau media elektronik mempunyai pemikiran serupa ini. Adakah ia satu suratan atau kebetulan?

Fakta Menarik Hari Ini

Tahukah anda?

Bahawa pada tahun 1958, Momofuku Ando telah mencipta "Chicken Ramen" iaitu mi segera pertama dunia yang dihasilkan di negara Jepun.

Seterusnya pada tahun 1971, Ando memperkenalkan mi dalam cawan dan menjadikannya produk mi pertama yang didatangkan dalam cawan.

Industri makanan konservatif Jepun menolak mi segera yang dihasilkan Ando kerana ia disifatkan sebagai aneh.

Sebanyak 1.2 bilion paket mi segera dinikmati oleh rakyat Malaysia sepanjang tahun lalu.

Secara puratanya, seorang penduduk di semenanjung makan 38 paket dan 44 paket mi segera setahun bagi seorang penduduk di Sabah dan Sarawak.

Sumber : Helo Kampus. Mega UM. Isnin. 8 November 2010.  

Razak Nordin berpesan ;Tiba-tiba rindu kat Mi Rebus Terengganu.

Tuesday, November 9, 2010

Ilmuna Amaluhum (Ilmu Kita Amalan Mereka)???







Saya biasa berjumpa dengan artikel yang membicarakan tentang perkara seperti artikel 1 di bawah tetapi dalam versi yang berbeza.  Maksud saya dalam olahan atau cara penyampaian yang berbeza. Tetapi itu bukan maksud utama tulisan ini.

Sementara artikel 2 di bawah saya menjumpainya petang tadi secara tidak sengaja tetapi isi kandungannya menarik perhatian saya bagi tujuan membuat perbandingan. Walaupun artikel yang membicarakan perkara yang hampir sama pernah di'post'kan ke email saya, tetapi saya tidak membacanya secara bersungguh-sungguh sehinggalah saya menjumpai artikel 2 seperti yang telah saya kepilkan.

Saya sengaja meletakkan kedua-dua artikel tersebut dengan mengekalkan isi asalnya tanpa mengubah apa-apa. Walaubagaimanapun, saya telah meletakkan sumber-sumbernya sebagai tanda terima kasih kepada pemilik asalnya. Mohon diizinkan bagi tujuan perkongsian ilmu.

Untuk anda semua membuat perbandingan serta memberikan pandangan-pandangan.  Dari sudut apa sekalipun.

Artikel 1

Sumber
Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sesuka hati kita saja. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yang lainnya.

Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau anda ikut diet Rasulullah ini, Anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD/KOBIS
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan CUKA bersama IKAN
Jangan makan BAWANG PUTIH bersama BAWANG MERAH
Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)
(Sumber petikan dari buku Cara Makan RAsullulah SAW tulisan Prof Dr Abdul Basith Muhammad As-Sayyid)

CARA MAKAN

* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi. Buah baik dimakan ketika perut kosong kerana proses penghadamannya cepat berbanding kumpulan makanan lain. Jika dimakan selepas makanan lain, ia akan mengalami fermentasi kerana lambat dihadam. Zat zat yg terdapat di dalamnya akan rosak dan juga penyebab berlakunya kembung perut. 

* Tidur dibolehkan 1 jam SELEPAS makan tengah hari. Terlalu cepat tidur setelah makan akan menyukarkan proses penghadaman, mengeluarkan gas yang banyak, susah buang air besar dan menyebabkan mulut berbau. Dianjurkan tidur dengan mengiring ke sebelah kanan seperti mana yang sering dilakukan oleh Rasulullah SAW. Dengan itu perut yang terletak di sebelah kiri tubuh tidak ditindih dan tidak mengganggu proses penghadaman yang sedang berlaku.

*Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Diriwayatkan dari Anas dengan status marfu':"Makan malamlah sekalipun hanya dengan kurma kering, kerana meninggalkan makan malam dapat mempercepatkan penuaan". Ini adalah kerana, jika kita meninggalkan makan malam, tubuh akan mengurangkan kadar metabolisme badan. Waktu makan yang tidak teratur juga boleh mengganggu proses penghadaman.

Antara amalan-amalan kesihatan lain yang wajar diamalkan:

1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk akan menyempitkan saluran kapilari darah, membuatkankan jantung mengepam lebih banyak darah dan oksigen ke seluruh tubuh dengan kadar yang cepat dan menyebabkan kontraksi otot. Kontraksi otot dapat membakar lemak yang terdapat dalam tubuh. Selain itu, air sejuk juga akan menyebabkan kita menggigil disebabkan oleh tindakan refleks tubuh untuk mengekalkan suhu badan. Dengan menggigil lemak akan dibakar untuk menghasilkan tenaga dan haba. Denga itu ia juga dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan tidak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dalam peti sejuk/ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Antaranya menambahkan aliran darah ke otak dan menyahcas tenaga eletrostatik yang terdapat pada tubuh.
http://www.islamic-replies.ucoz.com/Benefits_Of_Prayer.html

Artikel 2
Dan petang tadi, secara tidak sengaja saya telah terjumpa artikel di bawah Disini

“Dan hendaklah kamu takut kepada Allah jika kamu meninggalkan anak-anak yang lemah.“
(QS. An Nisa: 9).

Pada hari ini, tidak dapat dipungkiri lagi bahwa cendikiawan Yahudi hampir menguasai segala bidang yang ada, baik dibidang Engineering, musik, saintis terlebih lagi dibidang perdagangan. Hampir tujuh puluh persen perdagangan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, makanan, senjata, perhotelan, perfilman di Hollywood dan sebagainya. Kenapa Tuhan memberi kelebihan kepada orang yahudi?. Apakah ada suatu proses yang mereka lakukan untuk mempersiapkan generasi unggul ?. Dr. Stephen Carr Leon dari Universitas Massachute USA telah membuat tesis untuk pasca sarjana dengan judul “Why The Jews So Smart ” (Mengapa yahudi begitu cerdas?). Untuk pengetahuan pembaca, penulisan dan penelitian tesis tersebut ia lakukan hampir memakan waktu kurang lebih delapan tahun, hal ini dilakukan karena untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Data-data yang dikumpulkan ialah faktor makanan, adat istiadat, agama, persiapan awal untuk melahirkan keturunan dan sebagainya.

Faktor pertama adalah bagaimana masyarakat Israel mempersiapkan generasi unggul yang dimulai dengan persiapan awal dalam melahirkan keturunan. Di Israel, seorang ibu yang sedang mengandung, maka hal yang pertama kali dilakukan adalah sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano, sang ayah akan membeli buku Matematik dan menyelesaikan soal-soal Matematik tersebut bersama sang istri. Stephen bertanya kepada temannya seorang Yahudi yang sedang mengandung, mengapa dia sering membawa buku Metamatik dan terkadang bertanya tentang beberapa soal matematik yang tak dapat menyelesaikanya.

Stephen bertanya kembali, “apakah soal Matematik ini untuk anak kamu?” Yahudi tadi menjawab, “Ya, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otaknya, agar ia menjadi genius apabila dewasa kelak”. Si ibu Yahudi tadi akan terus menjawab soalan Matematik tanpa merasa jenuh dengan harapan agar anaknya kelak jenius.

Perkara lain yang menjadi perhatian riset tersebut ialah makanan si ibu yang sedang mengandung. Dalam masyarakat Yahudi seorang ibu sejak awal mengandung gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari menu utamanya ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang dicampur dengan badam dan berbagai jenis kacang. Menurut kajian sains, memakan ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan sedangkan memakan kepala ikan tidak baik sebab kepala ikan mengandung zat kimia yang dapat merusakkan pengembangan dan pertumbuhan otak anak didalam kandungan.

Tesis tersebut juga menyatakan bahwa diantara adat orang Yahudi dan telah menjadi semacam kewajiban untuk ibu yang sedang mengandung untuk minum pil minyak ikan. Menurut kajian tesis tersebut, setiap undangan makan, orang Yahudi gemar sekali memakan isi ikan ( fillet) dan biasanya jika di atas meja ada ikan, maka daging tidak akan ada. Sebab, menurut masyarakat Yahudi, campuran daging dan ikan tak baik dimakan bersama-sama. Sedangkan Salad dan kacang, terutama hadam merupakan suatu kebiasaan di dalam setiap jamuan.

Perkara yang penting lagi ialah masyarakat Yahudi akan memakan buah buahan terlebih dahulu sebelum memakan hidangan utama. Sebab itu menurut penulis, kita jangan terperanjat jika seseorang diundang kerumah orang Yahudi maka tamu akan dihidangkan buah buahan terlebih dahulu. Menurut mereka, jika memakan hidangan nasi atau roti (mengandung karbohidrat) terlebih dahulu baru kemudian memakan buah buahan, ini akan menyebabkan seseorang merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Demikian juga dengan rokok. Bagi masyarakat Israel, merokok adalah perbuatan yang diangap sangat tercela, sehingga apabila seseorang diundang makan dirumah orang Yahudi, jangan sekali-kali merokok, sebab tanpa risih dan malu, mereka akan menyuruh tamu tersebut keluar dari rumah mereka dan merokok diluar rumah.

Masyarakat Yahudi sangat percaya dengan bahaya rokok bagi kesehatan dan otak Sebab menurut riset yang dilakukan oleh para saintis di Universitas Israel, menemukan bahwa nikotin rokok dapat menyebabkan kerusakan pada sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes. Ini bermakna, keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak yang dapat mengakibatkan bodoh atau malas.

Selanjutnya peneliti memperhatikan pendidikan Taman Kanak-kanak masyarakat Yahudi Dalam sekolah tersebut, konsumsi anak-anak dijaga dengan baik. Makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Peneliti tersebut mendapatkan bahwa kanak-kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata setiap anak didik diajarkan tiga bahasa yaitu bahasa Hebrew, Arab dan Inggris. Anak-anak TK tersebut selain dilatih berbahasa dengan tiga bahasa, mereka juga dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajiban.

Menurut masyarakat Yahudi, bermain musik dan memahami not- notnya dapat meningkatkan IQ dan sudah tentu bakal menjadikan anak itu memiliki otak cemerlang. Sebab menurut saintis Yahudi, alunan musik dapat merangsang dan memberikan senam untuk otak.

Seterusnya dalam pendidikan dasar, dari kelas satu hingga kelas enam, anak anak Yahudi akan ditekankan untuk belajar matematik yang berkonsepkan perdagangan. Oleh sebab itu tidak heran, di semua sekolah Yahudi, pelajaran matematik dan IPA (sains) merupakan pelajaran utama dan perhatian serius. Dengan demikian, segala pelajaran sosial akan dengan mudah dicerna oleh anak-anak Yahudi.

Selain dari pelajaran matematik dan IPA, pelajaran olahraga juga menjadi pelajaran wajib. Dan olahraga yang utama ialah olahraga memanah, menembak dan berlari. Sebab menurut masyarakat Yahudi, memanah dan menembak dapat melatih otak dalam memfokuskan sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk bela negara dalam militer.

Selanjutnya penulis memperhatikan pendidikan di sekolah menengah. Siswa sekolah menengah ditekan dengan pelajaran sains malahan mereka diwajibkan untuk membuat produk dalam segala projek kelas mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan main-main, Mereka diupayakan membuat kreatifitas dalam produksi teknologi, senjata, farmasi, Kedokteran dan ilmu teknik, Hasil kreatifitas, idea dan produk yang dihasilkan oleh murid sekolah menengah itu akan dibawa laboratarium di perguruan tinggi, seperti Politeknik dan Universitas.

Disamping teknologi, pendidikan memengah Yahudi sangat memperhatikan masalah ekonomi dan perdagangan. Di tahun akhir di universitas, para mahasiswa dibidang ekonomi dan perdagangan ditugaskan untuk melakukan projek-projek perniagaan dan mahasiswa tersebut akan lulus jika kelompok belajar mereka (setiap kumpulan terdiri dari sepuluh mahasiswa) dapat menjalankan perniagaan yang mendapat keuntungan sebanyak $ US 1 juta. Itulah kenyataan, bagaimana masyarakat Yahudi mempersiapkan generasi sehingga tidak heran masyarakat Yahudi menguasai bidang ekonomi, dan bisnis melalui jaringan bisnis masyarakat Yahudi yang ada di seluruh penjuru dunia.

Para sarjana dan alumni perguruan tinggi, setelah menjadi alumni akan disarankan untuk mendaftar menjadi anggota kumpulan dan koperasi Yahudi dan mereka akan segera dibantu dengan memberikan pinjaman tanpa bunga agar mereka bisa berdikari. Jika seseorang itu alumni fakultas kedokteran, maka organisasi Yahudi akan membantunya mendirikan rumah sakit dengan bantuan tanpa bunga. Demikian juga dengan profesi-profesi yang lain.

Dari tulisan diatas dapat dilihat bahwa masyarakat Yahudi benar-benar berusaha dengan gigih mempersiapkan generasi yang unggul sejak dari masa kehamilan, sampai kepada masa sarjana.

Sewaktu dalam kandungan, orangtua mereka telah mempersiapkan makanan dan pendidikan sehingga setiap anak yang lahir mempunyai otak yang cerdas. Memasuki bangku sekolah telah dipersiapkan mata pelajaran yang terpilih dan penekanan utama kepada kreatifitas dan produktivitas. Setelah menyelesaikan perguruan tinggi, masyarakat juga memberikan bantuan modal dengan pinjaman tanpa bunga.

Dengan persiapan matang tersebut yang dimulai dari dalam kandungan sampai dewasa itulah maka kita melihat hari ini masyarakat Yahudi dapat menguasai dunia. Malahan apa yang mereka ajarkan itu banyak mengambil dari hadist nabi, seperti “ajarlah anak-anakmu dengan memanah, berenang, dan menunggangi kuda”, demikian juga dengan hadist-hadist tentang makanan dan juga dengan hadist-hadist mengajarkan anak-anak alunan suara Al-Quran dan lain sebagainya. Fa’tabiru ya Ulil albaab.

M. Arifin Ismail, MA. M.Phil
Kuala Lumpur, Malaysia
Risalah Jum’at MUMTAZ : Edisi 425/ Thn VIII /5 J. Awal 1430 H /1 Mei 2009

Razak Nordin berpesan ; Ilmu kita, amalan mereka? Pandangan anda bagaimana?
Share/Bookmark