Monday, November 8, 2010

Aku Geram, Aku Benci







Aku geram
Aku benci.

Bila orang bercakap perkara-perkara yang tidak patut dan tidak logik dek akal waras. 

Bila orang menulis perkara-perkara yang tidak patut dan tidak logik. Kononnya profesional sangat. Atau saja nak sakitkan hati.

Bila orang membuang sampah di tepi tong sampah sedangkan tong-tong sampah belum lagi penuh diisi.

Bila orang mengungkit-ungkit kebaikan yang dilakukan serta mengutuk-ngutuk orang lain yang belum sempat menyumbang bakti.

Bila orang 'menekan kepala orang-orang yang kelemasan di air dalam', bukannya 'menghulurkan tangan' tanda simpati dan juga untuk menolongnya.

Bila orang berpisah dengan seseorang yang pernah disayangi, barulah dedah sana, dedah sini.
Jahat ini, jahat itu.
Buruk ini, buruk itu.
Tak kena sana, tak kena sini.
Apa salahnya, katakan sahaja tiada jodoh antara kita. Titik.
Ini tidak, apa yang pernah berlaku dalam 'kelambu' pun di dedahkan di khalayak ramai. Nampak sangat bengong dan tololnya.
Masa seronok bersama dulu-dulu, senyap sahaja. Takder pula buat CD ke, pahtu jual kat Pasar Malam atau jual secara online melalui internet.

Bila orang pun macam ayam betina juga. Bertelur sebiji riuh sekampung. Kalau bertelur beratus biji, bolehlah gagah nak riuh sekampung pun.

Dan macam-macam.
Bila.
Bila.
Bila.
Lagi.
Tak larat nak senaraikan banyak-banyak.
Padanlah tu.

Hey 'orang-orang'.

Kau dan aku sama jer!!!!

Aku sakit, engkau pun sakit juga.
Aku derita, engkau pun derita juga
Aku pedih, engkau pun pedih juga.
Aku menangis, engkau pun menangis juga.
Dll@ Dan lain-lain.
Tak larat nak tulis. Banyak sangat.
Kalau rajin senarailah sendiri.

Ni yang paling best.
Aku mati, engkau mati jugok.

Pelik apanya.

Sama ada.
Engkau dulu, aku kemudian.
Atau.
Aku kemudian, engkau dulu.
Itu sahaja bezanya.

Apa salahnya.

Cakap siang, pandang-pandang. Cakap malam dengar-dengar.

Razak Nordin berpesan ; Lepaskan geram, sebelum melepaskan geram dikenakan bayaran atau diharamkan.

No comments: