Monday, November 1, 2010

Mempengaruhi Pemikiran-Menimbulkan Rasa Takut






"Sapa kencing atas tilam, Umi 'buh' dalam jamban." 'psiko' seorang ibu kepada anak-anaknya setiap kali mereka melakukan 'kesalahan' terkencing atas tilam semasa tidur malam.  

"Tak nak, tak nak, tak nak." Bersungguh-sungguh jawapan 'skema' anak-anak akibat dari ketakutan "ugutan psiko" itu. Gara-gara kerana takut-takut 'ditidurkan' dalam jamban. 

Walaupun jarang-jarang berlaku tetapi inzar tetap juga diberikan. Paling tidak, bertujuan untuk menakut-nakutkan mereka supaya tidak mengulangi kesilapan yang serupa. Banyak yang berjaya, tetapi sesekali terlepas juga.

Menimbulkan Rasa Takut

Salah satu faktor yang mempengaruhi pemikiran kita ialah kandungan mesej yang menimbulkan rasa takut.

Dalam buku mereka yang bertajuk Belajar Berfikir, Ainon Mohd dan Abdullah Hassan telah mengemukakan kajian-kajian yang dibuat oleh Rogers. Kajian-kajian menunjukkan apabila orang dapat menimbulkan rasa takut di hati kita, kita lebih mudah terpengaruh. Kajian-kajian berkenaan isu-isu seperti anti nuklear, keselamatan kenderaan, kerosakan gigi dan lain-lain menunjukkan rasa takut dapat mempengaruhi pemikiran kita.

Rasa takut dapat ditimbulkan dengan mengemukakan kesan-kesan buruk dan bahaya yang akan berlaku sekiranya kita tidak menukar pemikiran kita sekarang.  Para pengiklan menimbulkan rasa takut, sebagai contoh dengan memberitahu risiko mendapat malu jikalau kita tidak membuang bau nafas, bau ketiak dan lain-lain iaitu dengan cara membeli produk mereka.

Walaupun begitu, kajian-kajian Rogers mendapati rasa takut tidak sentiasa dapat mempengaruhi kita. Ia berkesan hanya dalam keadaan-keadaan berikut :

Pertama, apabila kita percaya kesan-kesan buruk itu sangat buruk sekiranya ia berlaku. Jikalau pada pendapat kita kesan itu tidak berapa buruk, kita tidak berasa takut. Oleh itu, kita tidak terdorong menukar fikiran kita sekarang.

Kedua, kesan-kesan buruk itu sangat mungkin terjadi jikalau kita tidak menukar pemikiran kita sekarang. Tetapi kesan-kesan itu boleh dielakkan. Ancaman dan gertakan bertujuan menimbulkan rasa takut di hati kita. Apabila kita takut, kita akan membuat pilihan dan keputusan seperti yang dikehendaki oleh orang itu. Strategi menimbulkan rasa takut tidak berkesan dalam keadaan pertama, apabila kita tidak dapat mengemukakan bukti-bukti yang kuat. Oleh itu apabila kita tidak mempunyai bukti-bukti yang kuat, jangan gunakan strategi ini bagi mempungaruhi orang lain. Kedua, apabila kita terlalu ditakut-takutkan, hal itu boleh menyebabkan kita menjadi defensif dan menolak orang yang cuba mempengaruhi pemikiran kita.

Razak Nordin berpesan ; Tertarik pada ayat ini "Oleh itu apabila kita tidak mempunyai bukti-bukti yang kuat, jangan gunakan strategi ini bagi mempungaruhi orang lain. Kedua, apabila kita terlalu ditakut-takutkan, hal itu boleh menyebabkan kita menjadi defensif dan menolak orang yang cuba mempengaruhi pemikiran kita."   

Barangkali ini yang orang siasah sering terlupa.

No comments: