Sunday, December 5, 2010

'Sudut Bundle' Pusat Islam Luqman Hakim

Terima kasih kepada En. Rashdan Rashid di atas inisiatif mewujudkan 'sudut bundle' di Pusat Islam Luqman Hakim, PTSS.

Baju-baju terpakai yang 'dijual' dengan harga RM 1 sepasang dan semua hasil pembelian tersebut disalurkan ke Tabung Pusat Islam Luqman Hakim.

Sehingga petang tadi, sebahagiannya sudah 'terjual' berdasarkan 'hasil jualan' yang ditunjukkan oleh En. Rashdan kepada saya petang tadi.

Alhamdulillah. 
RM 1 sepasang
Masukkan wang di sini
Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli sambil menderma, bolehlah datang sendiri ke Pusat Islam Luqman Hakim bila-bila masa.

Dan kepada sesiapa yang berminat untuk menyumbangkan pakaian-pakaian terpakai untuk 'dijual' di 'sudut budle' tersebut, bolehlah menghubungi En. Rashdan secara terus di talian 019-5102722 untuk tindakan selanjutnya.

Jika ada pakaian-pakaian yang 'nak dipakai tidaklah muat, nak dibuang terasalah sayang,' atau atas pelbagai sebab lagi, mungkin 'sudut bundle' Pusat Islam Luqman Hakim ada jawapannya. 

Razak Nordin berpesan ; Selamat menabur benih untuk dituai hasil-hasilnya 'di sana' nanti. Walaupun hanya dengan sebiji benih.

1 comment:

askRAIN said...

catatan menunjukkan jualan yang pertama lebih kurang RM70+-

bagi sesiapa yang berminat silalah dermakan kepada pusat islam ptss... secara tak langsung semua ini adalah amal jariah dan amat membantu pelajar yang kurang berada.

kepada pelajar... mari mari mariiii sila dapatkan pakaian bundle. sambil membeli sambil menderma...

p/s: saja tambah kuatkan iklan ust razak.

Share/Bookmark