Sunday, February 20, 2011

Selamat Datang Nursyamimi Hayani







Alhamdulillah.

Isteri saya selamat melahirkan anak ketiga kami pada 10 Februari 2011, sekitar jam 7.50++ malam di Wad Bersalin Hospital Taiping, Perak.

Syukur pada Allah SWT atas segala rahmatnya.

Dan terima kasih kepada semua yang telah membantu.

Terutama buat bapa dan ibu mertua yang telah menghantar isteri saya yang sedang sakit ke Wad Bersalin, Hospital Taiping serta menjaga anak-anak yang lain sebelum saya sampai di sana sekitar jam 11 malam.

Terima kasih juga kepada doktor serta jururawat-jururawat yang terlibat sebelum, semasa dan sehingga isteri saya dibenarkan keluar wad pada keesokkan harinya.

Buat kaum keluarga, sahabat-sahabat serta sesiapa sahaja yang sudi mendoakan.

Selang bunga dan bayi perempuan yang diberi nama NURSYAMIMI HAYANI BINTI RAZAK.

Razak Nordin berpesan : Kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat jua yang sentiasa diharapkan.

Wednesday, February 9, 2011

Jangan Salah Pilih






Lagi mutiara dari Rasul Junjungan.

Ketika mana mungkin sebahagian manusia hampir terlupa, biarlah pesan ini kembali memperbaharui ingatan serta kesedaran.

Supaya dalam hidup, ketika mana pun tidak salah dalam memilih.

1654. Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi saw. bersabda: Tiada bayi yang dapat bicara ketika dalam ribaan kecuali tiga: Isa a.s.

Dan dahulu di masa Bani Israil ada orang bernama Juraij, selalu shalat, maka datanglah ibunya memanggilnya. Juraij berkata: Apakah aku harus pergi menyambut panggilan ibu atau terus shalat? Karena Juraij tidak datang pada ibunya, maka ibunya berdoa: Ya Allah, jangan mematikannya sehingga melihat wajah wanita pelacur. Maka ketika Juraij dalam tempat ibadahnya datang merayu padanya seorang pelacur dan ketika Juraij menolak, maka pelacur itu berzina dengan penggembala sehingga hamil dan melahirkan bayi laki-laki, dan ketika ditanya: Dari siapa bayi itu? Jawab pelacur itu: Dari Juraij, maka orang-orang datang untuk merobohkan biara Juraij dan memaki serta mengusirnya dari biara itu, kemudian ia berwudhu lalu shalat dan menanyakan dimana bayi itu, dan ketika dibawakan bayi itu kepadanya: ia bertanya kepada bayi itu: Siapa ayahmu hai bayi? Jawab bayi: Penggembala. Ketika itu maka orang banyak menyesal dan mereka berkata: Kami akan membangun kembali biaramu dari emas. Tetapi Juraij berkata: Tidak, tetapi bangunlah dari tanah.

Dan yang ketiga: Ada wanita yang sedang menyusukan bayinya di masa Bani Israil, ketika kelihatan seorang yang tampan berkendara kuda maka ibunya berdoa: Ya Allah, semoga putraku ini menjadi orang seperti itu. Tiba-tiba bayi itu melepaskan tetek ibunya dan melihat orang yang berkendaraan itu sambil berdoa: Ya Allah, jangan menjadikan aku seperti orang itu, kemudian kembali menghisap tetek ibunya. Kemudian ibunya melihat wanita yang dipukuli orang banyak karena dituduh berzina, maka ibunya berdoa: Ya Allah, jangan Engkau jadikan anakku seperti orang itu. Tiba-tiba anaknya melepaskan tetek ibunya dan melihat wanita yang dituduh berzina itu lalu berdoa: Ya Allah, jadikan aku seperti orang itu. Kemudian ibunya bertanya: Mengapakah itu? Dijawab: Orang yang berkendaraan itu seorang penguasa yang kejam, sedang wanita itu dituduh mencuri dan berzina padahal tidak mencuri dan tidak berzina. (Bukhari, Muslim).


Razak Nordin berpesan : Setiap cerita ada ibrohnya

Mudah-Mudahan Kita Bukan Mereka






Mengambil ingatan dari salah satu pesan RasulNya.

97. Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi saw. bersabda: Tidak akan tiba hari kiamat sehingga matahari terbit dari barat, maka bila matahari telah terbit dari barat, dan orang-orang pun melihatnya, segera mereka beriman semuanya, pada saat itu tidak berguna iman yang baru, jika dahulunya mereka tidak beriman. Kemudian Nabi saw. membaca ayat 158 surat Al-An’am: “Pada hari tibanya salah satu ayat (bukti) yang telah ditentukan oleh Tuhanmu, maka tidak akan berguna iman yang baru bagi orangnya jika dahulunya mereka tidak beriman“. (Bukhari, Muslim).


Razak Nordin berpesan : Setiap cerita ada ibrohnya.

Hanya Kerana Satu Kerana






Hanya Kerana Satu Kerana.

Kerana Allah

Jika Allah Menghendaki Dari Amal Baikmu, tiada yang mustahil.

Sebuah kisah yang boleh dijadikan motivasi buat diri untuk tidak pernah jemu-jemu berbakti dan berkebajikan serta beramal kerana Allah SWT. Bukan kerana, kerana-kerana yang lain.

4926. Hadis Abdullah bin Umar r.a:

Rasulullah s.a.w bersabda: Ketika tiga orang lelaki sedang berjalan-jalan, tiba-tiba turun hujan. Lalu mereka berteduh di dalam gua sebuah gunung. Secara tiba-tiba pintu gua itu tertutup dengan sebuah batu besar menyebabkan mereka terkurung, lalu sebahagian daripada mereka berkata kepada sebahagian yang lain: Ingatlah semua amal baik yang pernah kamu lakukan kerana Allah s.w.t. Setelah itu berdoalah kepada Allah s.w.t dengan amalan masing-masing. Semoga Allah s.w.t menolong kesulitan ini. Lelaki pertama berkata: Ya Allah, suatu ketika dahulu aku mempunyai dua orang ibu bapa yang sudah tua melarat. Mereka tinggal bersama keluargaku yang terdiri dari seorang isteri dan beberapa orang anak yang masih kecil. Aku pelihara mereka serta berkhidmat untuk mereka. Sebaik sahaja aku mempunyai masa lapang aku terus memerahkan susu untuk mereka. Aku utamakan kedua orang tuaku untuk meminumnya terlebih dahulu daripada anak-anakku. Satu hari kerana kesibukan pekerjaanku sehingga ke petang, baru aku dapat pulang. Aku dapati kedua orang tuaku sudah tidur. Seperti biasa aku terus memerah susu. Aku letakkan susu tersebut di dalam sebuah bejana. Aku berdiri di hujung kepala kedua orang tuaku, namun aku tidak sanggup membangkitkan mereka dari tidur yang nyenyak. Aku juga tidak sanggup memberi anak-anakku minum terlebih dahulu sebelum kedua orang tuaku meminumnya, sekalipun mereka meminta-minta di hadapanku kerana lapar dahaga. Aku terus setia menunggui mereka dan mereka juga tetap pula tidur sampai ke pagi. Jika Engkau tahu apa yang aku lakukan itu adalah semata-mata mengharapkan keredaanMu, maka tolonglah aku dari kesulitan ini. Gerakkanlah batu besar ini, sehingga kami boleh melihat langit. Disebabkan khidmat bakti tersebut Allah s.w.t berkenan menolong mereka dengan menggerakkan sedikit batu besar tersebut, sehingga mereka boleh melihat langit.

Lelaki kedua pula berkata: Ya Allah, suatu ketika dahulu aku mempunyai seorang sepupu perempuan. Aku mengasihinya sebagaimana cinta seorang lelaki terhadap seorang perempuan yang cukup mendalam. Aku minta supaya dia melayani keinginan nafsuku. Namun begitu dia tidak sudi untuk berbuat demikian kecuali setelah aku mampu memberikannya wang sebanyak seratus dinar. Untuk tujuan tersebut dengan susah payah akhirnya aku mampu mengumpulkan wang sebanyak itu. Aku membawa wang tersebut kepadanya. Sebaik sahaja aku ingin menyetubuhinya, dia berkata: Wahai hamba Allah! Takutlah kepada Allah. Janganlah kamu meragut kesucian ku kecuali dengan pernikahan terlebih dahulu. Mendengar kata-kata tersebut aku terus bangkit daripadanya serta membatalkan niat jahatku itu. Seandainya Engkau tahu bahawa apa yang aku lakukan itu adalah semata-mata untuk mencari keredaanMu, tolonglah kami dari kesulitan ini. Gerakkanlah batu besar ini. Allah s.w.t berkenan menolong mereka di mana batu besar itu terbuka sedikit lagi.

Lelaki ketiga pula berkata: Ya Allah, suatu ketika dahulu aku pernah mengupah seorang pekerja untuk menugal padi. Sebaik sahaja selesai melakukan pekerjaan, dia berkata: Berikan upahku. Namun aku enggan membayar upahnya. Dia terus menugal padi dan meminta lagi upahnya beberapa kali. Aku masih seperti biasa, enggan membayar upahnya dan terus mengupahnya menugal padi sehingga aku berjaya memiliki beberapa ekor lembu dan beberapa ekor anaknya. Suatu hari lelaki tadi datang kepadaku dan berkata: Takutlah kamu kepada Allah. Kamu jangan lagi menzalimi aku dengan kewajipanku. Kemudian aku berkata kepadanya: Ambillah lembu itu serta anak-anaknya. Dia berkata: Takutlah kepada Allah dan janganlah mempermain-mainkan aku. Aku berkata: Aku tidak mempermain-mainkan kamu, tetapi ambillah lembu itu serta anak-anaknya. Sehingga akhirnya dia mengambil lembu tersebut. Seandainya Engkau tahu bahawa apa yang aku lakukan itu adalah semata-mata untuk mencari keredaanMu, tolonglah kami dari kesulitan yang tinggal hanya sedikit lagi. Akhirnya Allah pun menolong mereka dengan menggerakkan batu besar yang menutupi gua tempat di mana mereka berteduh.

(Catatan pokok-kayu : Dalam kisah lain yang pernah didengar dan dibaca sebelum ini, pekerja tersebut yang dikatakan bekerja sebagai pengembala kambing telah pergi meninggalkan majikannya tanpa mengambil upah. Tiba-tiba pada suatu hari datang kembali untuk menuntut balik upahnya, lalu diberikan upahnya oleh majikan tersebut berupa sekumpulan kambing yang telah membiak hasil belian dari upah asalnya.) 

Au Kama Kal. Benarlah Rasulullah SAW.
 
Rujukan Terjemahan Hadis

Boleh dibaca bersekali dengan tajuk Pejuang, Ilmuan dan Hartawan Ke Neraka?

Razak Nordin berpesan : Setiap cerita ada ibrohnya.

Penawar Jiwa Luka







Kehidupan dan rencah-rencahnya tidak mungkin berpisah.

Dan semasa saya melayari internet semalam, saya terjumpa maksud-maksud hadis di bawah yang mungkin boleh menjadi penawar kepada setiap muslim mukmin dalam mendepani pelbagai cabaran hidup.

Pertama :
1662. Abdullah bin Mas’ud r.a. berkata: Aku masuk ke tempat Rasulullah saw. ketika beliau sakit panas, maka aku bertanya: Ya Rasulullah, panasmu ini sangat keras. Jawab Nabi saw.: Benar aku menderita panas seperti yang diderita oleh dua orang dari kalian. Aku berkata: Yang demikian itu karena engkau mendapat pahala lipat dua kali. Jawab Nabi saw.: Benar demikian. Tiada seorang muslim yang menderita gangguan berupa duri atau lebih dari itu melainkan Allah akan menghapuskan dengan gangguan itu dosa-dosanya sebagaimana gugurnya daun yang kering dari dahan pohon. (Bukhari, Muslim).

Kedua :
1663. ‘Aisyah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda: Tiada musibah (bala’) yang menimpa pada seorang muslim, melainkan Allah menghapuskan dosanya dengan musibah itu, walaupun hanya duri yang mengenainya. (Bukhari, Muslim).

Ketiga :
1664. Abu Said dan Abu Hurairah r.a. keduanya berkata: Nabi saw. bersabda: Tiada suatu yang menimpa pada seorang muslim berupa lelah atau penyakit, atau kerisauan, kesedihan atau gangguan sampaipun duri yang mengenainya melainkan Allah akan menjadikan semua itu sebagai penebus dosanya. (Bukhari, Muslim).

Razak Nordin berpesan : Setiap cerita ada ibrohnya.

Tuesday, February 8, 2011

Dua Di Sebalik 8 Februari 2011

Sekurang-kurangnya ada dua perkara yang menyebabkan saya sepatutnya mengingati tarikh hari ini, 8 Februari 2011.

Pertamanya.

Kerana 8 Februari 2011 merupakan tarikh ulang tahun perkahwinan kami yang ke 6. Antara manis dan pahit yang silih berganti mengiringi sebuah kembara hidup, rupa-rupanya usia perkahwinan kami sudah memasuki tahun yang ke-6.

Syukur pada Allah SWT atas segala nikmat yang telah diberikan.

Nikmat berbentuk rohani dan jasmani juga.

Terima kasih kepada isteri dan anak-anak kerana sudi berkongsi segalanya.

Semuanya.
Kedua. 
Kerana 8 Februari 2011 merupakan 'tarikh jangka' kelahiran cahaya mata kami yang ketiga. Pada usia mencecah 40-an, dengan rezeki perkahwinan yang agak 'terlewat', ia tentunya satu anugerah Allah SWT. yang tidak ternilai.

Harapnya segala-gala dipermudahkan oleh Allah SWT, dan mudah-mudahan juga anak itu menjadi 'harta yang soleh atau solehah' yang sentiasa mendoakan kedua ibubapanya. Ketika terputusnya segala amalan anak Adam kecuali tiga perkara.

Salah satunya anak-anak soleh dan solehah yang sentiasa mendoakan.

Mendingin hati dengan mutiara RasulNya.

Apabila seorang anak Adam meninggal, maka akan terputus amalannya kecuali tiga perkara :

Shadaqoh jariyah, atau ilmu yang bermanfaat, atau anak shalih yang mendoakan kepadanya.

Razak Nordin berpesan : Mengharapkan rahmat Allah SWT sentiasa berpanjangan, dunia sampai akhirat.

Thursday, February 3, 2011

Salam Dari Kamunting

Aku masih di Kamunting. Cuaca di Kamunting agak panas petang ini.  Mungkin sama panas dengan hatiku ketika ini.  Kenapalah broadband celcom slow benar di kawasan Taman Lela ni. Nak upload gambar sekeping pun tak dapat. Tak nak guna, itu saja yang ada. Maka banyaklah sabar yang dituntut. Titik.

Tapi apakan daya, aku terpaksa juga di sini menunggu ketikanya isteriku melahirkan anak ketiga kami, insyallah.

Doktor pakar kata 3 Feb 2011. Tarikh jangka asalnya 8 Feb 2011. Maknanya bila-bila masa lah tu kot. Tak kiralah mana satu yang betul. Yang penting semua selamat dan baik-baik belaka. Doaku untuk isteri dan baby yang bakal lahir dari Tuhan Maha Berkuasa.

Siang agak melemaskan, tapi malam menjadi penyelamat.

Yang agak bermakna di siang hari mungkin, sesudah subuh mesti pi jalan-jalan di Taman Tasik Kamunting, melegakan sendi-sendi dan minda yang tegang.

Seronoknya time malam, setiap malam ada kuliah kat surau taman ni. Orang sekarang kata, kira kena dengan jiwa akulah tu.  

Dan setiap malam, ada sahaja ilmu baru yang aku dapat, kira oklah tu. Sikit-sikit, lama-lama jadi banyaklah, insyaallah.

Mudah-mudahan aku terus tabah...berkorban untuk orang-orang yang disayangi...

Razak Nordin berpesan : Sejak aku menulis 'gaya baru' ni, bini aku kata, entri paling 'bengong'. Entahlah.
Share/Bookmark