Sunday, February 20, 2011

Selamat Datang Nursyamimi Hayani







Alhamdulillah.

Isteri saya selamat melahirkan anak ketiga kami pada 10 Februari 2011, sekitar jam 7.50++ malam di Wad Bersalin Hospital Taiping, Perak.

Syukur pada Allah SWT atas segala rahmatnya.

Dan terima kasih kepada semua yang telah membantu.

Terutama buat bapa dan ibu mertua yang telah menghantar isteri saya yang sedang sakit ke Wad Bersalin, Hospital Taiping serta menjaga anak-anak yang lain sebelum saya sampai di sana sekitar jam 11 malam.

Terima kasih juga kepada doktor serta jururawat-jururawat yang terlibat sebelum, semasa dan sehingga isteri saya dibenarkan keluar wad pada keesokkan harinya.

Buat kaum keluarga, sahabat-sahabat serta sesiapa sahaja yang sudi mendoakan.

Selang bunga dan bayi perempuan yang diberi nama NURSYAMIMI HAYANI BINTI RAZAK.

Razak Nordin berpesan : Kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat jua yang sentiasa diharapkan.

2 comments:

Azmira said...

tahniah ustaz.. comey sangat.. mata tu tak lari dari mata ustaz.. hehe...

Abdullah Risuki said...

tahniah Jak
baru tiga tak ramai lagi tu...........
ada rezeki boleh tambah lagi

lama dah tak baca blog pokok-kayu ni

Share/Bookmark