Friday, March 11, 2011

Arnab : Antara Dua Sifat


Dikatakan bahawa arnab mempunyai sifat-sifat positif dan juga sifat-sifat negatif. Dan ianya disimpulkan seperti berikut.

Sifat Positif

Ada fahaman yang menyatakan bahawa antara sifat positif berkenaan arnab ini adalah peka, bijaksana, berkelakuan baik, senang menerima tetamu, sopan, diplomatik dan berjiwa seni.

Sifat Negatif

Sementara antara sifat negatifnya pula adalah tidak tegas, suka berahsia, mudah tersinggung, kompleks, suka menyendiri, suka mengumpat, pengecut dan mudah terpedaya.

Sesekali belajar daripada binatang. Mengambil nilai-nilai baik dari makhluk ciptaan Allah.

Tetapi jangan sampai menjadi seperti maksud firman di bawah.

179) Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia; mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah), dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu bagaikan binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

(Al-A’raaf 7:179)

Razak Nordin berpesan : Betul atau tidak, tetapi sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi serta segala isinya terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal.

No comments: