Tuesday, March 22, 2011

Kerana Kita Berbicara Dengan Manusia






Sekecil mana pun kemahiran, adakalanya ia memerlukan kepada bimbingan dan latihan supaya ianya menjadi "kebiasaan yang sebati" dengan diri seseorang individu.

Salah satu perkara penting dalam berkomunikasi sesama manusia ialah kesopanan dalam bertanya.

Untuk menjadikan soalan lebih sopan, anda boleh memulakan dengan :-

1. "Boleh encik/puan/Tuan...."
2. "Boleh saya....................."
3. "Bagaimana kalau............"
4. "Adakah boleh diterima jika........"
5. "Harap encik/tuan dapat beritahu saya...."

Dimensi Psikologi Manusia.
Perlu diketahui dan difahami bahawa manusia juga mempunyai dimensi psikologi.

Dimensi psikologi perlu diambilkira sewaktu berinterkasi dengan mereka untuk kita memahami perlakuan, kehendak dan masalah mereka.

1. Manusia menganggap dirinya istimewa dan penting.

2. Manusia dahagakan kasih sayang :
*dihormati
*diiktiraf
*diutamakan
*dihargai

3. Manusia mempunyai perasaan-ia mempengaruhi tingkahlaku.

4. Manusia akan mempertahankan maruahnya.

5. Manusia mempunyai sikap pendendam-tidak lupa dua perkara, iaitu peristiwa yang menghiris perasaan dan peristiwa indah.

6. Sikap dan tabiat manusia memakan masa untuk dipujuk.

7. Tidak semua manusia itu sama-"rambut sama hitam, hati lain-lain."

Sumber : Disedut secara bebas dari nota kursus Operasi Kaunter Berkesan yang disampaikan oleh Dr Mohd Khair bin Md. Som pada 15-17 Mac 2011 bertempat di Bilik Latihan, Pauh Inn, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau, Perlis.

Razak Nordin berpesan : Masih relevenkah pantun Melayu : Yang Kurik Itu Kendi, Yang Merah Itu Saga, Yang Baik Itu Budi, Yang Indah Itu Bahasa.

1 comment:

I-nie said...

Salam,
bole x kalo sy dapatkan contact no Dr Khair bin Md Som.

Share/Bookmark