Friday, March 18, 2011

Pesanan Untuk Abi, Abah, Papa, Walid, Baba, Umi, Mama, Mak






Untuk aku dan engkau yang sedang menjadi Abi, Abah, Papa, Walid, Baba, Umi, Mama, Mak.

Ini antara pesan-pesan dari Rasulmu.

Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda,

"Satu dinar yang engkau nafkahkan di jalan Allah, satu dinar yang engkau nafkahkan bagi membebaskan seorang hamba, satu dinar yang engkau sedekahkan kepada orang miskin, dan satu dinar yang engkau nafkahkan untuk keluargamu, yang paling besar nilainya adalah yang engkau nafkahkan untuk keluargamu."
(H.R Bukhari)

Dan sabda Rasulullah SAW.

"Sesiapa yang mengejar dunia dengan tujuan mengelak daripada meminta-minta dan dengan tujuan menjaga anak dan isterinya daripada memakan harta curi, harta samun dan sebagainya, dan dengan tujuan menjaga hubungan dengan jiran tetangga, dia akan bertemu dengan Allah di akhirat kelak dengan keadaan wajah yang berseri-seri umpama bulan purnama. Mana-mana yang mengejar dunia dengan cara yang halal tetapi semata-mata untuk mengumpulkan harta dengan tujuan untuk bermegah-megah, dia akan bertemu dengan Tuhannya di akhirat kelak dalam keadaan Tuhannya tidak redha kepadanya."

Razak Nordin berpesan : Berilah khabar gembira kepada mereka yang sentiasa diredhaiNya.

No comments:

Share/Bookmark