Wednesday, April 20, 2011

Penghargaan Untuk Pos Malaysia








Persepsi saya terhadap Pos Malaysia selalunya agak kurang baik berdasarkan pengalaman peribadi sehinggalah apa yang berlaku kepada isteri saya awal minggu ini. Sekurang-kurangnya ianya telah mengembalikan sedikit kepercayaan saya terhadap perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pos Malaysia.

Saya memilih untuk menyebut kebaikan.

Pada hari Ahad yang baru lalu, isteri saya telah menggunakan perkhidmatan Pos Laju yang ditawarkan oleh Pos Malaysia untuk menghantar barang kepada seseorang. 'Pilihan terakhir' setelah susahnya 'menjejaki' 'perkhidmatan pos swasta' yang ada sekitar pekan Changlun dan juga Arau. Yang paling dekat adalah di Kangar dan ianya pula tidak dibuka pada hari Ahad. 

Menjejaki sejauh Jitra atau Alor Setar 'perkhidmatan pos swasta' mungkin tidak berbaloi.

Alhamdulillah.

Barang yang diposkan pada tengahari hari Ahad tersebut telah sampai ke tangan penerimanya sebelum tengahari, hari berikutnya. 

Walaupun perkara ini mungkin kecil kepada sesetengah orang, namun 'agak besar' juga kepada saya secara peribadi.

Sebab itu, saya cuba kongsikan di sini.

Setidak-tidaknya. 

Mengembalikan sedikit kepercayaan saya terhadap perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pos Malaysia. 

Mengubah slogan 'Pelanggan Selalu Betul' kepada 'Pelanggan Selalu Memerlukan'

Pelanggan tidak selalu betul tetapi pelanggan selalu memerlukan yang terbaik daripada sebarang perkhidmatan yang ditawarkan.

Terima kasih Pos Malaysia.

Semoga begitulah selalu.

No comments:

Share/Bookmark