Friday, July 8, 2011

Seloka Pulut Santan







Kerana pulut santan binasa

Kerana mulut masuk neraka

Kerana tangan begitulah juga.

Thursday, July 7, 2011

Basikal Merah Di Hari Jadi Ku







Terima kasih kepada semua yang mengucapkan selamat hari lahir kepada saya dalam beberapa hari ini melalui Facebook atau pun secara 'live'.

Terima kasih juga ada segala doa yang telah dipanjatkan untuk saya. Moga-moga ianya diperkenankan oleh Allah SWT. Doa sahabat kepada sahabat dan juga bekas pelajar-pelajar saya. 

Walau bagaimanapun, berbanyak-banyak kemaafan saya pohonkan kepada semua yang mengucapkannya melalui Facebook kerana saya tidak memberikan respon segera melalui Facebook kerana semenjak akhir-akhir ini jarang benar saya membuka Facebook kecuali untuk berkongsi 'entry' saya di pokok-kayu. Dan semua ucapan tersebut saya telah membacanya hanya melalui email sahaja.

Apa pun terima kasih buat semua. 

Teristimewa ucapan terima kasih ini buat isteri dan anak-anak yang menghadiahkan cinta,kasih serta sayang buat Abi sepanjang perjalanan yang dilalui bersama selama ini. Susah senang, pahit maung kehidupan dihadapi bersama dengan segala kesabaran dan ketabahan yang masih berbaki ini.

Terima kasih juga buat isteri dan anak-anak yang dari segi fizikalnya telah menghadiahkan Abi dua biji kek serta sebuah basikal berwarna merah.

Sekali lagi.
Terima kasih buat semua.

Wednesday, July 6, 2011

Surat Amaran Untuk Suami Jika Isteri Menyusukan Anak







Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW melarang menyetubuhi isteri yang sedang menyusukan anak dan menamakan perbuatan itu persetubuhan Al-Ghailah atau Ghail. Maksudnya persetubuhan itu adalah membunuh anak secara diam-diam atau senyap-senyap. Sebab apabila persetubuhan itu membuahkan hamil, ia akan merosakkan susu ibu dan melemahkan anak.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

"Janganlah bunuh anak kamu secara senyap-senyap, kerana sesungguhnya susu itu diperolehi oleh penunggang kuda kemudian dirosakkannya."

Al-Ghail ialah susu yang diberikan oleh ibu kepada anaknya iaitu ibu yang sedang hamil atau yang disetubuhi oleh suaminya. Yuda'tsiruhu ialah membuang atau membinasakannya. Dengan kata lain Al Ghail itu adalah perbuatan yang dilakukan terhadap anak itu sama dengan yang dilakukan oleh penunggang terhadap kudanya. Seolah-olah dia membinasakannya, kerana perbuatan itu menimbulkan penyakit terhadap bayi atau seakan-akan jenayah ringan bagi wanita yang sedang menyusui. Lantas perbuatan itu diserupakan dengan membunuh secara rahsia atau senyap-senyap. Itulah sebabnya Rasulullah SAW menganjurkan kepada umatnya supaya menghentikan perbuatan itu.

Bagaimanapun larangan di sini bukan larangan yang berbentuk haram, ia hanya merupakan bimbingan, pelajaran dan anjuran untuk meninggalkan perbuatan itu dalam masa menyusui.

Selanjutnya Rasulullah SAW menjelaskan dalam sabdanya sebagai berikut :

Ertinya : "Pada mulanya aku bermaksud untuk melarang Al Ghailah, kemudian aku lihat orang-orang Parsi dan orang-orang Rum melakukannya dan tidak memudaratkan anak-anak mereka.

Maka meninggalkan perbuatan itu hanya bererti mendinding datangnya penyakit yang akan menulari anak-anak yang menyusu. Inilah yang ditetapkan oleh doktor akhir-akhir ini. 

Adapun suami yang khuatir akan keselamatan dirinya pada waktu isterinya menyusukan, mungkin sahaja dia akan menjauhi isterinya, jika dia yakin mendatangkan mudarat terhadap anak yang sedang menyusu.

Pantang Larang Wanita. Oleh Jasim Muhammad. Penterjemah : Syahrin Nasution. Muka surat 94-95.

Kursus Dalaman Kaedah PnP Kursus Bahasa Arab(1) Politeknik KPT


Tahniah dan syabas buat semua yang terlibat menjayakan kursus dalaman selama sehari ini.
Tahniah kepada Tuan penceramah atas inisiatif mengadakan sesi perkongsian ini dan tahniah juga buat semua peserta kerana sudi hadir secara sukarela, bukan paksa rela.
Tuan Penceramah Ustaz Mohd Hanafi Jusoh yang bersemangat! (Gambar atas dan bawah)
Para peserta yang tekun dan khusyuk..Sumpah, ini bukan lakonan!
Ini juga bukan lakonan tapi realiti, sambil-sambil mengawal ayu!
Peserta yang menongkat dagu sedang tekun berinternet kot. Dan peserta berjaket hitam sedang mengawal kemanchoannya.

Apapun, sekali lagi tahniah buat semua.

Tuan penceramah dan juga para peserta kursus.

Buat semua, selamat maju jaya dalam stress dan depresi!

Meminjam kata-kata Imam As-Syahid Hassan Al Banna ;

"Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka akan ku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda.

Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah.

Ikhlas dari :
Pokok-Kayu 
Masih Memangku
Ketua Kursus UPIM, JPA, PTSS.

Aksi-Aksi Yang Ummi Niza Belum Lihat

'Spider Man' Ruknuddin Razin Raziq
'Spider Women' Nursyuhada Najihah

Anak-anak perhiasan dunia yang selalu memberikan rasa indah dan bahagia pada sekeping hati milik Abi dan Umi di sebalik pelbagai ragam serta karenah. Semuanya menjadi rencah yang dicampur, lalu menjadikan kehidupan ini mempunyai pelbagai rasa. Ketentuan yang ditakdirkan.

Seketika, biarlah mereka menjadi kanak-kanak.

Usah memaksa mereka terlalu cepat untuk menjadi dewasa.  

Monday, July 4, 2011

'Ganjil' 39 Tahun

Alhamdulillah.

Hari ini 4 Julai 2011.

Bermakna hari ini umur saya 'tepat-tepat' 39 tahun.

Bersyukur kepada Allah SWT atas segala nikmat yang telah dikurniakan selama 39 tahun itu dan mudah-mudahan segala nikmat dariNya akan berterusan selagi nyawa dikandung badan, selama-lamanya.

Dari dunia sampai akhirat.

Dari segala macam nikmat Tuhan itu, barangkali buat masa ini antara yang diharapkan ialah ketenangan hati serta jiwa tanpa resah gelisah, keluh kesah dan gundah gulana yang banyak mengganggu kedamaian hidup.

Dikurniakan hati yang tabah, semangat yang tidak mudah lentur serta kesabaran yang paling tinggi maqamnya dalam mendepani perjalanan hidup yang serba macam ini.  

Dalam perkataan yang ringkas.

Semoga dikurniakan kebaikan dunia dan akhirat juga.

Terbaik hanya dariNya. Untuk kita, hamba-hambaNya.

Ameen.

Friday, July 1, 2011

Madah Yang Dibuktikan, Bukan Hanya Manis Di Bibir







Al-Fawaid-Ibnu Qayyim berkata dan membuktikannya :
Sesungguhnya perjalanan seorang daie itu sangat panjang dan melelahkan. Ketika itu orang lalai akan hairan melihat daie menyengsarakan diri dalam kelelahan dan bertanya:

"sampai bila kau akan melelahkan diri?".

Dijawab daie dengan pasti,

 "sebenarnya aku mengharapkan pengistirehatan (syurga)"

As Syahid Syed Qutb berkata dan membuktikannya :
"Telunjuk yang bersyahadah setiap kali bersolat bahawa Tiada Ilah yang disembah dengan sesungguhnya melainkan Allah dan Muhamad Rasulullah, tidak akan aku menulis satu perkataan yang hina. Jika aku dipenjara kerana benar aku redha. Jika aku dipenjara secara batil, aku tidak akan menuntut rahmat daripada kebatilan"

Abdul Qadir Audah berkata dan membuktikannya :
"Jika aku dipenjarakan kerana perjuangan suci ini, aku boleh beruzlah.

Jika aku dibuang daerah, aku boleh melancong percuma.

Jika aku dibunuh kerana perjuangan yang benar ini maka aku dapat bertemu Tuhanku sebagai seorang syuhada'.

Imam As-Syahid Hassan Al Banna berkata dan membuktikannya :
"Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka akan ku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda.

Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah.