Thursday, August 25, 2011

'Misteri' Lelaki Kacak







Muhasabah diri, 25 Ramadan dengan maksud hadis-hadis di bawah ;

Rasulullah (Sallallahu Alaihi Wasallam) bersabda : "Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati. Selepas pengebumian dan semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga."

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata, "Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Janganlah kamu bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih."

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bau-bauan kesturi. Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :"Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya selain daripada al-Quran, mahupun dari nabi atau malaikat."

Pertanyaan untuk AKU DAN KAMU-KAMU.

Adakah bacaan-bacaan yang kita baca setiap hari akan menjadi 'lelaki kacak' yang akan membela dan membawa kita ke syurga atau sebaliknya menjadi lelaki 'paling hodoh' yang tidak membela tetapi membawa kita ke neraka?

Friday, August 19, 2011

Tazkirah 30 Saat 19 Ramadan 1432







Dalam sebuah hadis qudsi yang diriwayatkan dari Abu Dzar, Allah berfirman:

“Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya kamu sentiasa berbuat dosa pada malam dan siang hari, sedang Aku mengampuni dosa seluruhnya. Barangsiapa mengerti dan menyedari bahawa Akulah berkuasa mengampuni dosa-dosa, niscaya Ku ampuni dia dengan tidak ambil peduli”

Dan lagi, firman Allah SWT.

Katakanlah: “Hai hamba-hambaku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (al-Zumar, 39: 53)

Apa lagikah yang ditunggu di suku kedua Ramadan ini?

Untuk semua kita, insan-insan yang pernah berdosa!

Jumaat
19 Ogos 2011/ 19 Ramadan 1432/ 8.48 pagi
 
Hotel Residence
KM 7, Jalan Kajang-Puchong
Kajang Selangor.

Thursday, August 18, 2011

Catatan Dari Bangi/Kajang







Hari Pertama
Alhamdulillah, akhirnya saya selamat juga sampai ke Hotel Residence, Bangi sekitar jam 11 pagi semalam. Atas urusan rasmi.

Dengan semangat dan keinginan yang tidak seberapa, saya cuba mempositifkan fikiran sedapat mungkin. Terima hakikat bahawa setiap sesuatu akan ada kesudahannya. Bila dan bagaimana, setelah azam dan tawakkal terserah kepada Allah SWT menyusunnya.

Dan akhirnya, atas sebab musabbab yang telah disusunNya, Allah mentakdirkan saya sampai juga walaupun didahului oleh beberapa halangan emosi dan fizikal.

Alhamdulillah, Allah permudahkan sehingga setakat ini dan mudah-mudahan dipermudahkan sehingga ke penghunjungnya jua.

Hari Kedua 

Bermula dengan sesi pembentangan oleh penggubal-penggubal kurikulum baru. Untuk sesi pagi, dua pembentangan telah dilaksanakan dengan jayanya. Dengan sedikit penambahbaikan oleh panel-panel penilai yang didatangkan khas dari seluruh politeknik Malaysia dengan bimbingan mentor dari UITM Shah Alam.

Pembentangan sesi petang akan bersambung jam 2.30 petang.

Mudah-mudahan semuanya dipermudahkan hendaknya.

Untuk isteri dan anak-anak.

Salam sayang dan rindu dari kejauhan ini.

Jauh di mata, dekat di hati, Insyaallah.

Hotel Residence
KM 7, Jalan Kajang-Puchong
Kajang Selangor.

Thursday, August 11, 2011

Bagaimana Ingin Ku Pujuk Hati Ini







Bagaimana ya?

Ingin dipujuk hati yang 'sekeping' ini ; 'sekeping' itu yang seringkali juga mengganggu seluruh rohani dan jasmani pemiliknya.  Kata orang, bahagia hati, bahagialah rohani dan sihat jasmaninya. Derita hati, deritalah rohani dan sakitlah jasmaninya. Kata orang yang mungkin ada kebenarannya.

Susah dan sukar benar rasanya.

Supaya hiduplah untuk hari ini, bukan untuk semalam yang telah berlalu dan bukan juga kebimbangan serta kerisauan hari esok yang belum muncul. Memujuk hati agar semalam dan esok tidak perlu mengganggu hidup hari ini. Nikmatilah hidup hari ini dan biarlah esok datang untuk menjadi hari ini yang seterusnya.

Susah dan sukar benar rasanya.

Barangkalinya, lebih mudah memujuk orang lain untuk bersabar atas segala ujian daripada memujuk hati sendiri agar redha, tabah serta pasrah atas segala takdir dariNya. Lebih mudah mencari hikmat atas ujian ke atas orang lain berbanding menggali muhasabah di sebalik ujian dan dugaan yang ditakdirkan ke atas diri.

Bagaimana ya?

Ingin dipujuk hati ini, bahawa ujian-ujian yang ada terlalu kecil dan 'kerdil' berbanding ujian-ujian yang telah ditakdirkan menjadi milik idola-idola masa lampau. Para Rasul, Nabi-nabi, serta penyambung-penyambung kebenaran selepasnya. Apakah bentuk bebanan emosi dan fizikal yang tidak pernah dialami? Tali gantung hanyalah umpama buaian dan penjara umpama 'homestay' tempat mereka berehat sementara dari kelelahan duniawi. Dan seandainya nyawa yang menjadi taruhan, itulah peluang untuk menemui Kekasih yang sekian lama dirindui. PenciptaNya.

Susah dan payah benar rasanya.

Acapkali juga kisah-kisah agung dibaca untuk memujuk hati ini yang seringkali rasa ngilu dan sayu. Timbul dan tenggelam dalam selang masa yang tidak lama.

Dan mudah-mudahan saatnya tiba jua ; dengan dorongan ini.

Dan mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, sesungguhnya ia amatlah berat dan payah kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.

Dengan khauf dan raja', kita hamba yang tidak pernah berputus asa dari rahmat Allah SWT.

Lebih-lebih pada bulan Ramadan yang penuh berkat ini.

Muhasabah dan memperbaiki diri.

Memberi apa yang kita ada, menampung kekurangan diri.

Ameen.

Thursday, August 4, 2011

Kau Berbuka Makan Apa?-Membelek Cerita Lama Dan Sama-Moreh 5

Kau berbuka makan apa ye?

Makan apa?

Ayam panggang?
Ayam percik?
Ayam golek?
Ayam goreng?
Ayam sos tiram?

Daging percik?
Daging bakar?
Daging kurma?
Daging gulai?
Sup tulang?
Sup daging?

Murtabak?
Roti "john"?

Roti Arab?
Roti jala?
Capati?

Nasi beriani?
Nasi kerabu?
Laksam?
Nasi tomato?
Nasi Arab?


Kuih apa?
Badak berendam?
Kuih lapis?
Lompat tikam?
Puteri mandi?
Buah gomok?


Minum air apa?

Air tebu?
Air tembikai?
Air soya?
Air "honey dew"?
Kordial roselle?
Kordial jambu batu?
ABC istimewa?

Banyaknya.

Itu pun masih ada yang belum termasuk senarai mungkin.

Apapun yang kita makan.

Bersyukurlah.

Makanan masih ada untuk kita.

Mulut kita masih berselera untuk makan.

Tekak kita masih mampu menelan makanan dan menghirup minuman.

Kita masih ada deria rasa untuk merasai nikmat.

Kerana ada orang-orang lain nasibnya mungkin tidak sebaik kita.

Razak Nordin tiada pesanan.

Nota Tengah-Aamin,Aamin,Aamin-Lawatan Semula Moreh 4

"Kecewa dan merugi orang yang berkesempatan hidup pada bulan Ramadhan tetapi tidak sampai terampun dosa-dosanya. Rasulullah s.a.w. menaiki mimbar untuk berkhutbah, menginjak anak tangga pertama beliau mengucapkan "aamin", begitu pula pada anak tangga kedua dan ketiga. Seusai solat para sahabat bertanya, mengapa Rasulullah s.a.w. mengucapkan "aamin"? Lalu Baginda menjawab, Malaikat Jibril datang dan berkata ;

"Kecewa dan merugi seseorang yang bila namamu disebut dan dia tidak mengucapkan selawat ke atasmu, lalu aku berkata 'aamin".

Kemudian Malaikat berkata lagi ;
"Kecewa dan merugi orang yang berkesempatan hidup bersama kedua orang tuanya tetapi dia tidak sampai boleh masuk syurga, ;lalu aku mengucapkan "aamin".

Kemudian katanya lagi ;
"Kecewa dan merugi orang yang berkesempatan hidup pada bulan Ramadhan tetapi tidak sampai terampun dosa-dosanya, lalu aku mengucapkan "aamin".

Hadis riwayat Ahmad.

Razak Nordin berpesan ; Lalu, kita bagaimana? Mengambil peluang atau membiarkan kesempatan itu pergi tanpa kesan.

Wednesday, August 3, 2011

'Moreh' 3 Ramadan







Lakukanlah amal-amal ibadah serta kebajikan sehabis baik dan selebihnya biarlah TUHAN yang melakukan 'kerja-kerja'Nya. Sekalipun seolah-olah tiada bantuan dan jalan keluar terhadap masalah-masalah dan pelbagai macam mehnah di sepanjang perjalanan hidup kita.

Mengalirlah seperti air dan jangan pernah sesekali cuba menyalahkan ketentuan takdir dariNya. Kerana manusia hanya mengetahui apa yang terzahir di depan mata, itu pun bukan semuanya,  tetapi Allah Maha Mengetahui jauh ke hadapan tentang ketentuan yang terbaik bagi sesiapa yang mengasihiNya dan dikasihiNya jua.

......Allah  redha akan mereka dan mereka pun redha (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut(melanggar perintah) Tuhannya. (Al Bayyinah ayat 8)

Mudah-mudahan mereka itu adalah kita, penyambung generasi Uwais Al Qarni.

Tuesday, August 2, 2011

16 Cara Membina Hubungan Dengan Bos







1. BINA KESEFAHAMAN & KESERASIAN
  • Mengetahui stail pengurusan dan keutamaan bos.
  • Sesuaikan diri anda dengan cara beliau membuat kerja
  • Memandang sesuatu dari perspektif seorang ketua
2. JANGAN KRITIK BOS DI KHALAYAK RAMAI
  • Jangan berlagak terlalu pandai hingga menjadikan bos kelihatan bodoh
  • Jangan paksa bos mengaku salah ; jaga air muka bos
3. MENGATAKAN TIDAK SETUJU SECARA POSITIF
  • Elakkan konfrantasi secara langsung
  • Mengatakan tidak setuju secara hormat dan beri cadangan alternatif
  • Hormati pandangan bos dan terima 'authoriti'nya
  • Dengar apabila bos bercakap
4. SENTIASA MEMBERIKAN MAKLUMAT KEPADA BOS
  • Berikan bos maklumat terkini mengenai apa yang sedang berlaku
  • Berkerja pada dasar 'no surprise'
  • Beritahu bos mengenai masalah-masalah yang kemungkinan akan timbul
5. MAKLUMAT ANDA HENDAKLAH BETUL
  • Data sahih
  • Pastikan data ada asasnya
6. JUJUR DAN BOLEH DIPERCAYAI
  • Nyatakan pandangan anda dengan jelas dan tepat
  • Jangan jadi kaki angguk( yes-man) sahaja
  • Tunaikan apa yang anda janjikan
7. SEMBAHKAN PENYELESAIAN, BUKAN MASALAH
  • Nyatakan masalah dengan jelas dan cadangkan alternatif penyelesaian kepadanya
  • Berikan cadangan yang 'impressive'
8.  PUJI BOS DI ATAS PRESTASI YANG CEMERLANG
  • Kejayaan organisasi
  • Kejayaan dirinya
  • Kejayaan keluarganya
9. BANTU BOS MENGENAI KELEMAHANNYA
  • Nasihat secara psikologi
  • Nasihat semasa 'mood'nya baik
10. TUNJUKKAN INISIATIF
  • Menawarkan diri untuk melaksanakan tugas yang berat
  • Mengetahui kerja anda sebaiknya
11.BERIKAN SOKONGAN
  • Sokongan padu rakan sangat diperlukan
12. CARI PERSETUJUAN BERSAMA
  • THE BOSS is always needs
  • Minta tunjuk ajar
  • Dapatkan 'endorsement'nya
13. JANGAN MENGAMPU
  • Akhirnya diketahui tidak berkualiti
  • Dicemuh rakan sejawat
14. TUNJUKKAN RASA HORMAT
  • Dahulukan bos
  • Jangan berlagak semasa majlis rasmi
15. WUJUDKAN KOMUNIKASI MESRA
  • Tanyakan matlamat organisasinya
  • Berbincang dengan ikhlas mengenai organisasinya
16. TUNJUKKAN KEBOLEHAN ANDA
  • Jelaskan kejayaan dan pencapaian anda

Maka Jadilah Pemimpin, Bukan Boss!







  • BOSS memaksa pengikutnya, PEMIMPIN memberi inspirasi
  • BOSS bergantung kepada autoriti, PEMIMIPIN bergantung kepada hubungan yang baik 
  • BOSS menimbulkan rasa ketakutan, PEMIMPIN menyebarkan kasih sayang
  • BOSS berkata "Saya", PEMIMPIN berkata "Kita"
  • BOSS menunjukkan SIAPA yang salah, PEMIMPIN menunjukkan APA yang salah
  • BOSS tahu bagaimana ia DILAKUKAN, PEMIMPIN tahu bagaimana MELAKUKANNYA
  • BOSS memaksa orang menghormatinya, PEMIMPIN dihormati secara semulajadi.
Share/Bookmark