Thursday, August 18, 2011

Catatan Dari Bangi/Kajang







Hari Pertama
Alhamdulillah, akhirnya saya selamat juga sampai ke Hotel Residence, Bangi sekitar jam 11 pagi semalam. Atas urusan rasmi.

Dengan semangat dan keinginan yang tidak seberapa, saya cuba mempositifkan fikiran sedapat mungkin. Terima hakikat bahawa setiap sesuatu akan ada kesudahannya. Bila dan bagaimana, setelah azam dan tawakkal terserah kepada Allah SWT menyusunnya.

Dan akhirnya, atas sebab musabbab yang telah disusunNya, Allah mentakdirkan saya sampai juga walaupun didahului oleh beberapa halangan emosi dan fizikal.

Alhamdulillah, Allah permudahkan sehingga setakat ini dan mudah-mudahan dipermudahkan sehingga ke penghunjungnya jua.

Hari Kedua 

Bermula dengan sesi pembentangan oleh penggubal-penggubal kurikulum baru. Untuk sesi pagi, dua pembentangan telah dilaksanakan dengan jayanya. Dengan sedikit penambahbaikan oleh panel-panel penilai yang didatangkan khas dari seluruh politeknik Malaysia dengan bimbingan mentor dari UITM Shah Alam.

Pembentangan sesi petang akan bersambung jam 2.30 petang.

Mudah-mudahan semuanya dipermudahkan hendaknya.

Untuk isteri dan anak-anak.

Salam sayang dan rindu dari kejauhan ini.

Jauh di mata, dekat di hati, Insyaallah.

Hotel Residence
KM 7, Jalan Kajang-Puchong
Kajang Selangor.

No comments: