Friday, October 21, 2011

Antara Semalam Dan Hari Ini







ANTARA SEMALAM DAN HARI INI.
بين الأمس واليوم

Sebuah Wasiat Imam As-syahid Hassan Al-Banna

Wahai saudaraku, dengarlah!.

Apa yang saya mahu dari kalimat-kalimat ini ialah untuk membentangkan fikrah anda di hadapan anda sekelian. Boleh jadi detik-detik getir sedang menanti kita menyebabkan kita akan berpisah. Pada ketika itu saya tidak akan dapat lagi bercakap atau menulis kepada kamu. Oleh itu saya berwasiat kepada anda sekelian; telitilah kalimat ini, ingatilahnya sedaya yang boleh dan bersatulah padanya. Sesungguhnya setiap kalimat ini mengandungi erti-erti yang sangat padat.

Wahai saudaraku;

Anda sekelian bukan satu pertubuhan kebajikan, bukan parti politik, juga bukan suatu badan yang dibentuk untuk tujuan-tujuan terbatas. Anda sebenarnya adalah suatu roh baru yang mengalir di hati umat ini dan dihidupkan dengan al Quran. Anda adalah suatu suara yang bergema tinggi melaungkan dakwah Rasulullah saw. Tidak keterlaluan jika anda merasai bahawa anda adalah penanggung beban Kenabian setelah kesemua manusia enggan melakukannya.

Andainya anda ditanya, kamu mengajak kepada apa..? Katakanlah, kami mengajak kepada Islam yang di bawa oleh Nabi Muhammad saw. Pemerintahan adalah sebahagian daripada ajarannya. Kebebasan adalah salah satu dari tuntutannya. Jika dikatakan kepada anda.. ini adalah politik. Katakanlah inilah dia Islam dan kami tidak tahu pembahagian seperti ini. Andainya mereka mengatakan kamu penyeru revolusi. Katakanlah, kami adalah penyeru kebenaran dan kedamaian. Jika kamu mengganggu dan menghalang dakwah kami, Allah telah membenarkan kami mempertahankan diri dan kamu adalah pengacau yang zalim. Andainya dikatakan kepada anda; kamu meminta bantuan dari orang tertentu atau mana-mana pertubuhan. Katakanlah, kami hanya beriman kepada Allah sahaja dan kami kufur dengan segala sekutu-sekutu. Jika mereka berkeras meneruskan permusuhan mereka, katakanlah.. kami tidak mahu orang-orang yang jahil.

Wahai saudaraku;

Berimanlah kepada Allah, berbanggalah dengan mengenali dan bergantung kepadaNya. Janganlah kamu takut dan gerun selain dari-Nya. Tunaikanlah segala kewajipanNya dan jauhilah larangan-Nya. Berakhlaklah dengan akhlak yang mulia dan sempurna. Jadilah orangorang yang mantap dengan akhlak, mulia dengan apa yang dikurniakan oleh Allah kepada kamu iaitu kemuliaan orang mukmin dan orang orang yang bertakwa. Tatapilah dan kajilah al Quran. Bincanglah Seerah Nabimu. Jadilah orang yang beramal dan bukannya orang yang suka bercakap dan berdebat. Bila Allah memberikan hidayat kepada seseorang, maka diberinya ilham untuk beramal. Sesuatu kaum itu tidak sesat selepas mereka mendapat petunjuk kecuali orang-orang yang suka berdebat. Kasih mengasihilah di antara kamu dan jaga serapi-rapinya ikatan kamu kerana ia merupakan rahsia kekuatan kamu dan tunjang kejayaan kamu. Tetapkanlah diri kamu sehingga Allah membuka di antara kamu dan kaummu dengan kebenaran. Dialah sebaik-baik pembuka.

Dengar dan patuhlah kepada pemimpin kamu di masa susah dan senang, ketika segar dan lesu. Mereka adalah simbol fikrah kamu dan penghubung di antara kamu.

Selepas itu tunggulah kemenangan dan sokongan dari Allah. Peluang tetap akan datang dan janganlah ragu. Pada hari itu orang-orang mukmin akan merasa gembira dengan pertolongan Allah. Allah akan menolong sesiapa yang dikehendakinya. Dia Maha Berkuasa lagi Penyanyang (Al-Ruum)

Allahu Akbar walil-Llahi- hamd.

No comments:

Share/Bookmark