Friday, October 21, 2011

Bersifat Benar Dalam Bergurau







Rasulullah SAW telah menunjukkan bahawa diharuskan bergurau dengan kata-kata kerana bersukacita, atau kerana bermesra atau menarik rasa hati tetapi pada batas yang hak dan benar, serta tidak menyakiti hati orang lain. Itulah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW seperti yang diriwayatkan oleh Tirmizi daripada Abu Hurairah katanya : Para sahabat bertanya Rasulullah SAW : Wahai Rasul, engkau bergurau dengan kami?

Jawab Rasulullah yang bermaksud : Sesungguhnya aku sekalipun bergurau dengan kamu, tidak mengatakan melainkan yang hak(benar).

Diriwayatkan daripada Hasan pula katanya : Suatu hari Rasulullah SAW. telah berkata kepada seorang perempuan tua: "Orang tua tidak masuk syurga."

Maka perempuan tua itupun merasa begitu sedih.

Segera Rasulullah SAW. bersabda : Pada ketika itu engkau tidak tua, seraya membaca ayat 35-36 dari surah Al Waqiah yang bermaksud ;

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara( yang tidak pernah disentuh)."

Dipetik serta diringkaskan dari halaman 66-67, buku MANUSIA DAN ISLAM, JILID DUA. Panel penulis diketuai oleh Dr. Haron Din.

Allahu'lam.

No comments: