Friday, October 21, 2011

Ku Mulakan Pagi Jumaat Ini

Ya Allah Ya Aziz Ya Rahman Ya Rahim

Selawat serta salam kepada Nabi Muhammad SAW
Malam dan hari Jumaat ini
Selawat umatnya terus menuju Baqi'
Menemui Rasul mulia 
Jasad yang Allah haramkan bumi menghancurkannya

Pengetahuanku pada kemurahanMu
Itulah yang memberhentikan aku
di pintuMu

Bagaimana aku akan kecewa?
Sedangkan Engkaulah harapanku

Bagaimana aku akan hina?
Sedangkan Engkaulah tempat sandaran

Bagaimana aku akan mulia berbangga?
Sedangkan Engkaulah menempatkanku
dalam lemah dan hina

Bagaimana aku akan miskin?
Padahal Engkaulah yang mencukupkan

Hidupkanlah hati-hati ini
dengan makrifatMu

Matikanlah kami
sebagai pejuang agamaMu

Puaskanlah keluargaku dengan aturanMu
Berbanding aturan kami sendiri
Bantulah aku dalam menunaikan
tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah

Ingatkanlah aku
bahawa aku hanya seorang hamba

Supaya tidak lupa

Ku pinjamkan kata-kata Rabiah al-Adawiyah;

"Ya Rabbi, malam telah berakhir dan siang kini sudah bermula
Engkau terimakah amalku sepanjang malam ini
Aku sangat bahagia jika ia Engkau terima
Tapi aku tetap bersabar jika Engkau menolaknya
Aku akan melakukan amal selagi aku masih Engkau izinkan hidup
Sama ada Engkau suka atau tidak suka, aku akan terus berdiri di hadapanMu
Sekiranya Engkau mengusir aku sekalipun, aku tidak meninggalkanMu kerana aku sangat mencintai dan merinduiMu, oh Tuhanku."

Ya Allah....Perkenankanlah permintaan ini.

No comments: