Thursday, August 16, 2012

AWAS tiga perkara di hari raya ni Ajak !

Email yang saya terima dari seseorang yang 'tidak dikenali.' 

Assalamualaikum Ajak

Sempena Syawal yang bakal tiba suka saya berkongi nasihat dan pesanan yang saya terima dari salah seorang sahabat:

TIGA perkara yang jarang dikawal oleh sebahagian besar daripada kita iaitu :

1. Kawal perbelanjaan - Jika gagal kawal,  lepas raya poket mesti kering..:)

2. Kawal nafsu makan - Jika gagal kawal,  lemak-lemak di perut pasti akan naik mendadak! (Makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang)

3. Kawal perasaan - Jika gagal kawal,  anda pasti nak tergesa-gesa saje di jalan raya hingga boleh mengakibatkan kemalangan!

Semoga kita semua berwaspada selalu..

Wednesday, August 15, 2012

Indahnya Kasih SayangNya

Menuju detik-detik akhir Ramadan.

Hadits Qudsi yang diriwayatkan di dalam  Sahih Al Bukhari, Allah berfirman:

إِنَّ عَبْدًا أَصَابَ ذَنْبًا -وَرُبَّمَا قَالَ أَذْنَبْتُ ذَنْبًا- فَقَالَ رَبِّ أَذْنَبْتُ -وَرُبَّمَا قَالَ أَصَبْتُ- فَاغْفِرْ لِى فَقَالَ رَبُّهُ أَعَلِمَ عَبْدِى أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِهِ غَفَرْتُ لِعَبْدِيَ. ثُمَّ مَكَثَ مَا شَاءَ اللَّهُ ثُمَّ أَصَابَ ذَنْبًا أو أَذْنَبَ ذَنْبًا، فَقَالَ رَبِّ أَذْنَبْتُ -أَوْ أَصَبْتُ- ذَنْبًا آخَرَ فَاغْفِرْ لِى. فَقَالَ أَعَلِمَ عَبْدِى أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِهِ غَفَرْتُ لِعَبْدِيْ، ثُمَّ مَكَثَ مَا شَاءَ اللَّهُ ثُمَّ أَذْنَبَ ذَنْبًا – وَرُبَّمَا قَالَ أَصَابَ ذَنْبًا -قَالَ رَبِّ أَصَبْتُ- أَوْ أَذْنَبْتُ- ذَنْبًا آخَرَ فَاغْفِرْ لِى فَقَالَ أَعَلِمَ عَبْدِى أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِهِ غَفَرْتُ لِعَبْدِى – ثلاثا- فَلْيَعْمَلْ مَا شَاءَ
“Sesungguhnya ada seorang hamba yang melakukan dosa, kemudian ia berkata : “Wahai Tuhanku, aku telah berdosa maka ampunilah aku”, maka Allah berfirman : “Tahukah hambaKu ini bahawa ia mempunyai Tuhan yang mengampuni dosa, maka Aku mengampuni hambaKu”. Kemudian hamba itu berhenti berbuat dosa sesuai dengan kehendak Allah, setelah itu hamba tersebut berbuat dosa kembali, kemudian ia berkata : “Wahai Tuhanku, aku telah berdosa maka ampunilah aku”, maka Allah berfirman : “Tahukah hambaKu ini bahawa ia mempunyai Tuhan yang mengampuni dosa, maka Aku mengampuni hambaKu”. Kemudian hamba itu berhenti berbuat dosa sesuai dengan kehendak Allah, setelah itu hamba tersebut berbuat dosa kembali, kemudian ia berkata : “Wahai Tuhanku, aku telah berdosa maka ampunilah aku”, maka Allah berfirman : “Tahukah hambaKu ini bahawa ia mempunyai Tuhan yang mengampuni dosa, maka Aku mengampuni hambaKu”, maka lakukanlah apa yang ia mahu”.

Ambillah kesempatan itu sementara ia masih ada.

Thursday, August 9, 2012

Peduli Apa Yang Orang Kata

Asalkan benar.
Menyumbanglah setakat yang termampu walaupun sumbangan itu tidak sesempurnanya dan mungkin juga tidak dapat memenuhi kehendak semua orang. Berikan apa yang kita mampu, kalaupun tidak dapat memberikan semua yang orang mahu.
Ketahuilah, bangunan yang tersergam indah asalnya batu bata yang terpisah. Disusun satu demi satu hingga jadi saling lengkap melengkapi
 Ingatlah bahawa tangan yang mencubit dan memukul mu, tangan itu jugalah yang mengesat hingus serta membasuh berak dan kencingmu. Tangan itulah juga yang mengusap ubun-ubunmu dikala engkau resah. Tangan itulah juga yang mendodoikanmu dikala engkau gelisah

Wednesday, August 8, 2012

Senyum Antara Dua : Mana Satu Yer?

Senyum antara dua itu.

Mana satu ye?

Gambar bukan sekadar hiasan tanpa izin..
Yang ini.

Jika anda hanya memiliki senyuman, berikanlah kepada orang yang anda cintai.

Atau.

Yang ini.

Seandainya anda hanya memiliki sebuah senyuman, berikanlah kepada orang yang belum anda cintai.

Ada orang kata, salah satu ujian yang paling sukar yang mungkin pernah kita hadapi adalah kemampuan untuk memaafkan hal-hal yang tampak tidak termaafkan.

Kata orang, kita harus membiarkan episod kehidupan kita yang paling sukar, tidak diinginkan, tidak diundang, dan bahkan paling keji, untuk berlalu di hadapan kita hingga ia jadi tidak menyakitkan dan tidak memberikan pengaruh pada emosi dan jasad.

Kata orang juga, senyum tulus adalah cara unik kita untuk membiarkan segala sesuatu berlalu, membiarkan hal-hal lain terjadi, menunjukkan kepuasan dan lebih banyak melatih otot muka.

Kata orang lagi, senyumlah walaupun hatimu sakit cukup mengurangi rasa sakit itu. Senyumlah dan dunia pun akan tersenyum bersamamu.

Dan lagi katanya, teruslah, teruslah, teruslah, senyumlah, senyumlah, senyumlah!!

Thursday, August 2, 2012

Fikir-Fikir 13 Ramadan


Orang putih kata, dengan wang:-

With money.
You can buy a house, but not a home.
You can buy a clock, but not time.
You can buy a bed, but not sleep.
You can buy a book, but not knowledge.
You can get a position, but not respect.
You can buy blood, but not life.
So find your happiness inside you.

Mungkin betul, mungkin ada silapnya.

Tapi bila Allah SWT berkata, ia pasti benar. 

“Dan(Dialah) yang menyatu-padukan di antara hati-hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara(hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana,” (al-Anfal, 8: 63)

Fikir-fikirkan, wahai orang-orang yang mempunyai akal fikiran.

Kedua-duanya sekali.
Share/Bookmark