Wednesday, November 14, 2012

Tidak Pernah Diantara Anda Dengan Mereka

Manusia sering tidak munasabah, tidak logik, dan berpusatkan diri sendiri; maafkanlah mereka.

Sekiranya anda baik hati, orang mungkin menuduh anda tamak, mempunyai niat tidak baik; jadilah baik hati.

Sekiranya anda berjaya, anda mungkin mendapat seorang sahabat palsu dan sahabat sejati; jadilah seorang yang berjaya.

Sekiranya anda jujur dan berterus terang, orang mungkin menipu anda; jadilah seorang yang jujur dan berterus terang.

Apa yang mengambil masa bertahun-tahun untuk anda bina, mungkin dihancurkan oleh orang lain dalam sekelip mata ; binalah.

Segala kebaikan yang anda lakukan hari ini, orang akan lupakannya esok hari ; lakukan kebaikan.

Berikanlah kepada dunia ini yang terbaik yang anda ada.

Dalam analisa terakhirnya, ia adalah diantara anda dengan Tuhan ; ianya tidak pernah diantara anda dengan mereka. 

MOTHER TERESA

No comments:

Share/Bookmark