Lembu Oh Lembu ....awat hang duk main atas Lebuh Raya....kan dah kena langgar ngan aku. Tapi hang tak rugi apa-apa. Aku jugak yang pokai. Apapun terima kasih Tuhan kerana Innova (versi kecik) aku cedera ringan jer. Aku pulok sakit pinggang sketlah. Aku rasa ini sebab berkat baca doa sebelum memandu. Cuma aku nak ingatkan kepada tuan-tuan lembu.....kalau nak bela lembu tu, bela betul2lah...kalau aku report sia-sia jer lembu-lembu yang berkeliaran tu masuk penjara. Jangan gelaklah...kat luar negara dah ada binatang masuk penjara tau. Sekali lagi syukur pada Allah kerana aku dan Abe De selamat. Syukur Tuhan.
Ingatlah : Hidup ini banyak kemungkinan dan kemungkinan ada di mana-mana.
No comments:
Post a Comment