Sekurang-kurangnya ada dua perkara yang menyebabkan saya sepatutnya mengingati tarikh hari ini, 8 Februari 2011.
Pertamanya.
Kerana 8 Februari 2011 merupakan tarikh ulang tahun perkahwinan kami yang ke 6. Antara manis dan pahit yang silih berganti mengiringi sebuah kembara hidup, rupa-rupanya usia perkahwinan kami sudah memasuki tahun yang ke-6.
Syukur pada Allah SWT atas segala nikmat yang telah diberikan.
Nikmat berbentuk rohani dan jasmani juga.
Terima kasih kepada isteri dan anak-anak kerana sudi berkongsi segalanya.
Semuanya.
Kedua.
Kerana 8 Februari 2011 merupakan 'tarikh jangka' kelahiran cahaya mata kami yang ketiga. Pada usia mencecah 40-an, dengan rezeki perkahwinan yang agak 'terlewat', ia tentunya satu anugerah Allah SWT. yang tidak ternilai.
Harapnya segala-gala dipermudahkan oleh Allah SWT, dan mudah-mudahan juga anak itu menjadi 'harta yang soleh atau solehah' yang sentiasa mendoakan kedua ibubapanya. Ketika terputusnya segala amalan anak Adam kecuali tiga perkara.
Salah satunya anak-anak soleh dan solehah yang sentiasa mendoakan.
Mendingin hati dengan mutiara RasulNya.
Apabila seorang anak Adam meninggal, maka akan terputus amalannya kecuali tiga perkara :
Shadaqoh jariyah, atau ilmu yang bermanfaat, atau anak shalih yang mendoakan kepadanya.
Razak Nordin berpesan : Mengharapkan rahmat Allah SWT sentiasa berpanjangan, dunia sampai akhirat.
No comments:
Post a Comment