Saya bersetuju apabila ada orang berkata bahawa sebenarnya tiada manusia yang bodoh, cumanya manusia mungkin berbeza kepandaian.
Kalau tidak.
Masakan satu minggu berlainan nama-nama harinya.
Masakan satu bulan berlainan minggunya.
Masakan satu tahun berlainan bulannya.
Masakan warna juga berbeza-beza.
Dan setiap warna itu pula mempunyai peminat-peminat yang berbeza pula.
Dan ada kalanya warna-warna tersebut perlu disinergikan untuk menjadikannya warna warni. Cantik di pandangan mata, cantik juga di hati.
Dan pelbagai mithalan lagi.
Yang saya tidak bersetuju ialah apabila sedikit 'kepandaian' anugerah Tuhan itu merubah sesiapa yang 'memilikinya' menjadi sombong, bongkak, takabbur, riya, ujub dan segala sifat mazmumah yang lain.
Ibarat setitis air dari lautan yang menakung di seluruh pelusuk dunia.
Itulah bandingan yang selalu disebutkan tentang 'banyaknya' ilmu yang dimiliki oleh manusia-manusia seluruhnya berbanding ilmu yang di miliki oleh Allah SWT.
Dan sepatutnya, dengan berbeza kepandaian yang dimiliki, menjadikan manusia saling memerlukan dan saling melengkapi demi kesejahteraan hidup dunia dan akhirat.
Bukan sebaliknya.
Salahkah menjadi seperti padi, semakin berisi semakin menunduk?
No comments:
Post a Comment