Wednesday, July 6, 2011

Surat Amaran Untuk Suami Jika Isteri Menyusukan Anak







Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW melarang menyetubuhi isteri yang sedang menyusukan anak dan menamakan perbuatan itu persetubuhan Al-Ghailah atau Ghail. Maksudnya persetubuhan itu adalah membunuh anak secara diam-diam atau senyap-senyap. Sebab apabila persetubuhan itu membuahkan hamil, ia akan merosakkan susu ibu dan melemahkan anak.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

"Janganlah bunuh anak kamu secara senyap-senyap, kerana sesungguhnya susu itu diperolehi oleh penunggang kuda kemudian dirosakkannya."

Al-Ghail ialah susu yang diberikan oleh ibu kepada anaknya iaitu ibu yang sedang hamil atau yang disetubuhi oleh suaminya. Yuda'tsiruhu ialah membuang atau membinasakannya. Dengan kata lain Al Ghail itu adalah perbuatan yang dilakukan terhadap anak itu sama dengan yang dilakukan oleh penunggang terhadap kudanya. Seolah-olah dia membinasakannya, kerana perbuatan itu menimbulkan penyakit terhadap bayi atau seakan-akan jenayah ringan bagi wanita yang sedang menyusui. Lantas perbuatan itu diserupakan dengan membunuh secara rahsia atau senyap-senyap. Itulah sebabnya Rasulullah SAW menganjurkan kepada umatnya supaya menghentikan perbuatan itu.

Bagaimanapun larangan di sini bukan larangan yang berbentuk haram, ia hanya merupakan bimbingan, pelajaran dan anjuran untuk meninggalkan perbuatan itu dalam masa menyusui.

Selanjutnya Rasulullah SAW menjelaskan dalam sabdanya sebagai berikut :

Ertinya : "Pada mulanya aku bermaksud untuk melarang Al Ghailah, kemudian aku lihat orang-orang Parsi dan orang-orang Rum melakukannya dan tidak memudaratkan anak-anak mereka.

Maka meninggalkan perbuatan itu hanya bererti mendinding datangnya penyakit yang akan menulari anak-anak yang menyusu. Inilah yang ditetapkan oleh doktor akhir-akhir ini. 

Adapun suami yang khuatir akan keselamatan dirinya pada waktu isterinya menyusukan, mungkin sahaja dia akan menjauhi isterinya, jika dia yakin mendatangkan mudarat terhadap anak yang sedang menyusu.

Pantang Larang Wanita. Oleh Jasim Muhammad. Penterjemah : Syahrin Nasution. Muka surat 94-95.

No comments: