Kali ini saya ingin berkongsi info tentang kesihatan.
Untuk yang sedang sihat, berusaha agar kesihatan terus kekal dan terjaga.
Bagi yang ditakdirkan kurang sihat, pastinya tiada istilah terlambat kepada usaha yang berterusan dan istiqamah.
Ya, hanya dengan berjalan kaki. Selebihnya terserahlah kepada Allah yang Segala Maha itu.
Berjalan 10,000 langkah sehari.
PERBANDINGAN BERJALAN DENGAN PENGGUNAAN KALORI
MASA (Minit) JARAK (KM) JUMLAH KALORI
10 0.8 44
20 1.6 88
30 2.4 132
40 3.2 176
50 4 219
60 4.8 263
70 5.6 307
Jadual di atas adalah untuk individu dewasa yang mempunyai berat badan 70kg.
BERJALAN 10,000 langkah bersamaan 7km hingga 8km perjalanan.
Secara anggarannya 1 km bersamaan 1,250 langkah.
Berjalan 10,000 langkah membantu membakar 300 hingga 358 kalori.
Berjalan dalam tempoh 60 minit dengan jarak sejauh 4.8km akan membakar sehingga 265 kalori iaitu bersamaaan sekeping roti canai.
Pelbagai faedah diperolehi dengan menjadikan10,000 langkah sebagai amalan harian antaranya ia mengurangkan risiko PENYAKIT JANTUNG, DIABETES & HIPERTENSI.
Maklumat lanjut : http://www.infosihat.gov.my/isusemasa.php?id=82
No comments:
Post a Comment