Alhamdulillah, dengan ketentuan Allah SWT jua, warga JPA PTSS setelah sekian lamanya. Akhirnya berjaya juga mengadakan jamuan di luar 'jajahan' PTSS.
Untuk kali pertama ini, tempatnya adalah di restoran Bunga Naga, Jitra Kedah.
Dengan pelbagai harapan yang baik-baik semuanya.
Silaturrahim, ukhwah antara warga JPA, barangkali itulah antara yang terangkum dalam pelbagai harapan itu. Harapan-harapan lain datang menambah, meraikan 'ahli keluarga' JPA yang terpaksa berpisah dan juga menyambut ahli keluarga JPA yang baru mendaftar sebagai warga JPA. Sekali sekali berubah angin apa salahnya , kata orang begitulah.
Kepada yang terpaksa berpisah, tiada ucapan perpisahan, namun yang diucapkan adalah, sehingga ketemu lagi di lain ketentuan.
Kepada yang baru sampai, semoga berbahagia dan tabah menjadi warga JPA.
Pengerusi memulakan majlis.
Masing-masing tidak sabar menunggu gambar diambil..hehehe. Ingatkan tak sabar nak makan..jangan marah ye..
Meja belakang paling gempaq..pasal semuanya kaum Adam semuanya.
Ucapan Ketua Jabatan
Amboi, tongkat dagu Ciksu...yang lain mengawal keayuan...
Ucapan 'ahli keluarga' JPA yang terpaksa berpisah. Semoga berbahagia dengan kehidupan baru walau di mana jatuhnya.
Apa lagi yang mahu ditulis.
Semoga semuanya berpuashati seadanya.
Dan yang kesiannya, gambar jurugambar terlupa nak diambil.
Sehingga ketemu lagi, jika ada rezekinya untuk kita semua.
No comments:
Post a Comment