Suatu peringatan buat lelaki-lelaki.
Seseorang perempuan pada hari kiamat nanti akan menarik empat golongan lelaki bersama-samanya ke dalam neraka. Kenyataan ini bukan untuk memperkecilkan kaum wanita tetapi sebaliknya adalah sebagai peringatan kepada kaum lelaki supaya menjadi yang 'sepatutnya' kepada golongan wanita. Mudah-mudahan wanita-wanita kita dan kita-kita semuanya akan menjadi penghuni Syurga yang kekal abadi. Empat golongan itu adalah :-
1. AYAHNYA, apabila si ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya semasa di dunia. Dia tidak memberikan didikan agama yang sepatutnya tetapi sebaliknya membiarkan anak-anak perempuan hidup dalam maksiat kepada Allah SWT.
2. SUAMINYA, apabila si suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Isteri melanggar perintah-perintah Allah SWT, tetapi si suami tidak menegur dan mencegahnya. Apatahlah lagi hanya berdiam diri walaupun dia sebenarnya mempunyai kemampuan untuk menegur dan mencegahnya.
3. ABANG- ABANGNYA, apabila abang yang mengambilalih tanggungjawab ayah untuk menjaga maruah wanita-wanita di bawah tanggungjawabnya, tidak mengambil kisah tentang mereka. Mengambil kisah hanya kepada keluarganya sahaja tetapi membiarkan mana-mana perempuan di bawah tanggungjawabnya terpesong jauh daripada ajaran Islam.
4. ANAK LELAKINYA, apabila seorang anak tidak menasihati ibunya mengenai mana-mana perbuatannya yang terpesong dan menyimpang daripada ajaran Islam. Tidak menghalang ibunya daripada membuat perkara-perkara mungkar kepada Allah SWT.
Ayahnya.
Suaminya.
Abang-abangnya.
Anak lelakinya.
Itu adalah kita.
Oleh itu marilah kita sama-sama berusaha menjadi Ayahnya, Suaminya, Abang-Abangnya serta Anak lelaki yang tidak termasuk ke dalam golongan-golongan yang telah dijelaskan di atas.
No comments:
Post a Comment